Sunday, May 10, 2009

United Malay National Organisation yang gelap, samar, terang

Pada Ahmad Maslan, anak-anak muda bukan sahaja terdedah dengan kecanggihan teknologi, tetapi juga maklumat dan pengetahuan dari pelbagai sumber. Bukan semata-mata media perdana yang semakin terlalu ringan bahan kerana terlalu memberatkan propaganda United Malay National Organisation, hiburan melulu dan tulisan anti-rakyat.

Masih teringat kata-kata enta di perhimpunan United Malay National Organisation suatu masa dahulu, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.....apa yang dilakukan United Malay National Organisation selama ini melalui media perdana sudah lama makan tuan kerana matlamat yang menghalalkan apa saja demi kuasa dan survival politik ketuanan elitis.


AHMAD (kanan) ketika melakukan lawatan kerja ke Pejabat Penerangan Umno.

Ahmad Maslan sedia gerakkan jentera penerangan raih sokongan

AHMAD Maslan hanya tersipu-sipu apabila diingatkan zamannya bermain lastik dan layang-layang tidak lagi boleh disamakan dengan zaman pencinta internet, I-pod dan Playstation yang menjadi golongan sasarnya kini.

"Saya kena akui itu," kata Ketua Penerangan Umno yang baru dilantik itu. "Zaman memang sudah banyak berubah, apatah lagi golongan muda lebih terdedah kepada kecanggihan teknologi, termasuk kecenderungan mereka kepada media maya."

Di bahunya terpikul amanah yang amat berat. Sebagai pengganti Tan Sri Muhammad Muhd Taib, pelantikan Ahmad, 43, seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, 24 April lalu, bukan tanpa bersebab.

SINI