Wednesday, April 08, 2009

Ahmad bin Maslan - Menteri dalam kabinet Najib?

Seorang kawan dan junior di New Zealand, YB Tuan Haji Ahmad bin Maslan, MP Pontian Johor, (P164) seperti yang diduga, dikatakan akan menganggotai kabinet baru PM ke 6 esok.

Maka Ahmad kena meletakkan jawatan ketua penerangan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC)



Ahmad memang sudah terkenal sewaktu di New Zealand sebagai pemidato yang hebat dan beberapa kali berucap di perhimpunan agung United Malay National Organisation, dari wakil kelab UMNO Wellington (dia juga presiden) ke wakil UMNO Johor.

http://parlimenpontian.webs.com/p2Maslan.jpg
Bekas pelajar Sek. Men Sains Johor ini adalah orang kuat Mustapha (mantan setiausaha politik) dan Najib (pegang FELDA..) setelah Anwar tersungkur. Kalau terpilih sebagai menteri kabinet, (sama ada pertanian atau penerangan), boleh dikatakan Ahmad adalah bersih dari rasuah.

Kali terakhir bertemu Ahmad, tahun lepas di Parlimen, setelah lama tidak bertemu....memang ada gaya menteri UMNO! Diharapkan idealisme dan ketokohan Ahmad akan membawa perubahan yang diharapkan dalam 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib.

Saya memang meminati stail Ahmad sebagai politikus muda yang berwibawa, ada kelas dan boleh berhujah dengan hebat.


PPSMI

Ahli Parlimen Pontian, Johor Ahmad Maslan menyifatkan bahasa Inggeris penting cuma perlu diperkukuhkan dari segi pembelajaran kesusasteraan bahasa Inggeris.

``Perlu ditambah masa sesuai dengan teknologi terkini dan latihan guru yang berkesan,’’ katanya.

Namun beliau tidak bersetuju PPSMI diadakan di sekolah rendah, sebaliknya menekankan agar sekolah rendah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam mata pelajaran tersebut.

``Biar mereka menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah rendah,’’ katanya.

Menurut beliau adalah tidak wajar kerana bila peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tiga daripada mata pelajaran iaitu bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dijawab menggunakan bahasa Inggeris manakala dua sahaja iaitu bahasa Melayu, pemahaman dan penulisan menggunakan bahasa Melayu.

Di peringkat sekolah menengah pula katanya, tidak wajar pelajar aliran Sains terpaksa menjawab soalan peperiksaan enam daripada 10 mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris.

”Tidak ramai orang nampak ini, orang nampak Sains dan Matematik tetapi pelajar Sains terpaksa menjawab Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan EST dalam bahasa Inggeris,’’ katanya. Katanya, ini menyusahkan pelajar luar bandar untuk mengambil subjek dan aliran Sains.

Sebaliknya beliau mencadangkan pelajar sekolah menengah perlu diperkenalkan mata pelajaran baru yang diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris iaitu Keusahawanan atau Perniagaan. ``Ini kerana dunia perniagaan menggunakan bahasa Inggeris dan pelajar perlu dipersiapkan dengan ilmu perniagaan untuk menghadapi dunia global,’’ katanya.


E-Mail

pontian@parlimen.gov.my, ahmadmaslan@yahoo.com.my

Not again, not another dark side of Dubai

More negative rants about Dubai from UK media, the city that has been my home since 2000. I love this city for its imperfections. Yes, every city has its dark side. Even cities like Singapore, a 'fine' and squeaky clean city has headaches on its own.

Read the readers' comments of this article for better grasp on Dubai. There shall be more balanced views, especially from an ordinary expat like me. I have seen the bad but the good is much more paramount. Don't forget that Dubai is a host to more than 150 nationalities who are here to live and work or do business while making money, a lot of expats are already millionaires in their own currencies....last but not least, there are some good points from the article which can be addressed accordingly by Dubai government.

The dark side of Dubai

Dubai was meant to be a Middle-Eastern Shangri-La, a glittering monument to Arab enterprise and western capitalism. But as hard times arrive in the city state that rose from the desert sands, an uglier story is emerging. Johann Hari reports


Construction workers in their distinctive blue overalls building the upper floors of the new Burj al-Arab hotel

Getty

Construction workers in their distinctive blue overalls building the upper floors of the new Burj al-Arab hotel