Saturday, March 28, 2009

Beza antara Kelab UMNO Mesir Dan PMRAM di Mesir

Sewaktu berada di Mesir selama 10 hari sempena cuti panjang Hari Raya Qurban lalu, saya menetap di perumahan siswa Malaysia, iaitu asrama Pahang. Pengalaman menarik untuk bersama ramai siswa/i Malaysia yang bakal menjadi ulamak.

Sempat juga untuk membeli cenderahati di kedai Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebuah NGO yang berusia 80 tahun. NGO yang menjaga kebajikan siswa/i Melayu di Mesir tanpa berpihak kepada percaturan politik Malaysia, bermakna tidak dapat dikuasai oleh United Malay National Organisation, yang mendakwa menjadi parti terbesar Melayu di dunia.

Sememangnya ada banyak perbedaan ketara dan gila antara Kelab UMNO Mesir dan PMRAM. Kelab UMNO tentunya bersifat rasis, sempit ideologi dan sekadar untuk menghabiskan wang, walau mereka ini juga dibawah pengajian Islam.

Menurut Nasir Zakaria yang baru ke Mesir dalam misi ke Gaza,

Pada tahun 1956, tercatat sejarah perjuangan anak Melayu demi pertahankan Mesir; tanah tempat mereka merantau. Seramai 65 orang mahasiswa Azhar berkorban nyawa pertahan Mesir dari serangan tiga penjuru iaitu Perancis, British dan Israil. Mereka menyertai anggota Pertahanan Awam. Banyak yang tidak mampu terlibat di dalam peperangan menyumbang di dalam bentuk lain.

Ia mengundang penghargaan dan rasa terhutang budi Kerajaan Mesir lantas menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM. Gerannya diserahkan dengan disaksikan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang ketika itu ialah Presiden PMRAM yang dikenali sebagai Persekutuan Melayu Mesir. Kerajaan Malaysia meluluskan peruntukan membina asrama dengan pertukaran hakmilik berlaku di atas pemilikan tanah itu. Perjanjian demi perjanjian ditandatangani, akhirnya PMRAM tidak lagi ada kuasa di ARMA. Ia satu sejarah hitam. PMRAM yang berjasa hanya dalam bentuk kenangan. Kerajaan Malaysia seolah sudah berfatwa qat’i. Tiada lagi rundingan.

Saya mendengar sendiri pelbagai masalah para siswa yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman kerajaan dalam mengharung kehidupan di Mesir. Sedangkan duit zakat yang berjumlah jutaan ringgit setiap tahun tidak sampai kepada siswa/i yang layak dan berhak.

Salah seorang yang saya temui dan menjadi pemandu pelancung ke Alexandria, ada berkata, lebih kurang begini:
Kami telah berusaha apa sahaja untuk mendapatkan bantuan, terutama dari duit zakat kerajaan negeri. Menulis surat rayuan, termasuk kepada badan korporat. Semuanya tidak dilayan.
Apabila kami mengadu kepada badan kebajikan kerajaan di Mesir, kami dikatakan sentiasa menyalahkan kerajaan dan dianggap memihak kepada parti pembangkang.
Tiada tindakan dilakukan walau aduan dan rayuan dibuat. Malah ada ramai pegawai yang dihantar ke sini buat bisnes dengan menggunakan tenaga siswa/i. Mereka kaya raya, ramai siswa/i terutama pelajar jurusan agama papa kedana. Kalau dibuat siasatan, banyak penyelewengan berlaku.
Mungkin masin mulut staf-staf yang dibayar oleh duit rakyat ke Mesir, memang kami balik jadi pembangkang!
Sewaktu lawatan Pak Lah ke Mesir, bulan November 2007, PMRAM telah menghantar memorandum, antara kandungannya:-

1. Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar
2. Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Arab
3. Mempelbagaikan Sumber Bantuan Kewangan Kepada Mahasiswa Al-Azhar
4. Memohon Kebenaran Untuk Kembali Beroperasi Di Pejabat Asal PMRAM
5. Menambah Produk Bacaan Ilmiah
6. Meningkatkan Kebajikan Golongan Saudara Baru
7. Membasmi Masalah Sosial
8. Meluaskan Jaringan Sektor Pekerjaan Di Kalangan Graduan Pengajian Islam

Dan teka apa yang diminta oleh Kelab UMNO Mesir (dari lebah.wordpress.com)?

Ini berbeza pula dengan peranan Kelab UMNO Mesir yang hanya minta “pembaikan tandas” sahaja di premis Kelab UMNO Kaherah,secara jelas telah mengabaikan kebajikan-kebajikan dan permasalahan mahasiswa mesir semasa majlis bersama Dato` Shafie Apdal yang diiringi bersama Yang Berhormat Datuk Dr Adham Baba dan rombongan semasa pertemuan dengan ahli Kelab UMNO Mesir pada 23 November 2007 lepas.

Penulis berpendapat, ahli Kelab UMNO adalah masih ditahap yang tidak matang kerana maklumat yang diterima bahawa tandas tersebut baru saja dibaikpulih tahun lepas yang telah mendapat peruntukan juga dari Datuk Shahrizat Binti Abdul Jalil .

Persoalannya bagaimana sudah rosak ? Duit lesap ke ? Siapa yang merosakkannya? Terlalu banyakkah orang menggunakan tandas tersebut ? Sehingga kini penulis masih tidak faham apakah kebajikan yang dilaungkan oleh Kelab UMNO Mesir untuk mahasiswa Mesir. Telah lama penulis mendapatkan maklumat setiap kali tetamu VIP datang bertandang ke Kelab UMNO Mesir mereka ini memohon peruntukan dari segi prasarana Kelab saja…setiap kali pertukaran sessi Pengerusi Kelab mereka akan mohon baikpulih,komputer dsb..kebajikan untuk pelajar bagaimana ? adakah tidak pandai menguruskan perkakasan2 yang tersedia ada..atau wang yang sering lesap ? kerana suara ahli yang melantik exco-exco kelab umno mesir bahkan muktamar tahunan pun tiada…bagaimana..tiada tokoh ke atau pengecut ! macam tiada matlamat je !