Thursday, February 05, 2009

Saya dan Sultan Emas

Bos besar saya bernama Sultan (sekarang sudah di panggil Sheikh - macam Tan Sri lah). Dia pengerusi Dubai World dan puluhan syarikat besar lain dibawah Dubai World.

Orangnya kecil tetapi cekap. Hebat menunggang kuda mewakili UAE sehingga bertaraf Juara (kali terakhir kejohanan endurance di Trengganu). Seperti bos besar Sultan, Sheikh Mohamed al Maktoum sendiri. Pernah mendapat pingat emas Sukan Asia di Qatar.

Hanya sekali saya bertemu secara eksklusif dengan Sultan, bos besar ini, sewaktu membawa Yusuf Islam menemuinya. Hanya kami bertiga dalam pejabat besarnya dan Sultan adalah peminat Yusuf Islam. Kami berbual dekat tiga jam.

Kemudian saya bekerja satu pejabat dengan ibu mertuanya, M. Sultan berkahwin dua, dimana anak perempuan tunggal M itu menjadi isteri kedua Sultan. Saya memang baik dengan M sebelum saya tahu M itu ibu mertua Sultan. Sebab M ini sudah senior dan tidak ramai yang ingin berkawan. Apalagi dia wanita Emirati yang kaya raya dengan famili bertaraf juta-jutawan adanya dan M ini straightforward, kalau dia tidak suka, dia cakap terus terang.

Maka melalui ibu mertua Sultan, saya berbaik juga dengan isteri Sultan secara tidak langsung. Begitupun, saya tidak pula dapat berbaik dengan Sultan sendiri.

Sebenarnya saya menulis pasal Sultan kerana ada sultan yang berhati perak, bukan berhati emas seperti mana yang saya sangka.

Baca cerpen Mertua Sultan yang saya tulis dan tersiar dalam Dewan Sastera Ogos 2007.

Sedutan:
Kata pepatah, ‘Kalau tidak dapat menewaskan mereka, sertai mereka’. Walau ada pilihan ketiga, meninggalkan saja mereka, para luncai dengan labu-labunya, Reme mungkin terpaksa juga membuat pilihan terbaik, sertai mereka dalam kancah politik. Walau dia amat membenci politik dan tidak percaya kepada kebanyakan ahli politik.
Tetapi ini bukan politik berpartian, atau politik persatuan sukan, atau politik dunia hiburan, mahupun politik mat rempit, tetapi politik pejabat. Walau apa pun definisi, politik adalah politik dan politik itu membayangkan yang kotor-kotor.

Perak's own Dire Straits and Sultan of Swing



'Thank you and goodnight
now it's time to go home'
and he makes it fast with one more thing

'We are the Sultans, we are the Sultans of Swing

Baca - Saya dan Sultan Emas

"I explained to his majesty that following a guidebook that the Perak sultan had written on the monarchy, the sultan should follow my advice as leader of the house to dissolve the assembly."
Sultan Azlan Shah has written in Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance in 2004 that no sultan or agung had withheld consent to dissolve legislative body, except in Kelantan in 1977.
"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal," he added.

Apakah yang dibualkan di Istana Perak

Apakah Yang Di Bualkan di Istana Perak


Memang suspen juga adegan drama politik negeri Perak yang masih masuk babak klimaks.

Apakah agaknya yang dibualkan oleh Sultan Perak dengan Najib. Dengan isu yang amat serius, yakni rompakan siang hari oleh penyamun tarbus United Malays National Organisation, untuk menculik pemerintahan negeri melalui pintu belakang yang tidak demokratik ini, mungkin ada perbualan santai.

Dengan kes pembunuhan Altantuya juga sudah masuk klimaks, maka strategi Najib ini berjaya menenggelamkan kata-kata Sirul bahawa dia sekadar kambing hitam pada sekumpulan penjenayah besar yang berada di luar mahkamah.

Sultan Perak adalah mantan ketua hakim negara dan seorang yang dihormati dengan ketegasan. Mungkinkah Sultan bertanya mengenai lompat-melompat. "Tiada bayaran apa-apa kah?"
Ketiga-tiga ADUN dari PR yang pernah berikrar depan Sultan juga mungkin berpeluh-peluh mahu kelihatan tiada siapa yang dirasuah untuk menggulingkan kerajaan negeri.

Semuga DYMM Sultan Perak membuat keputusan tepat, yakni memihak kepada Pakatan Rakyat, bukan penyamun yang menang judi dan mabuk dengan pembohongan serta khianat.