Wednesday, February 04, 2009

Syarikat Malaysia di Dubai Yang Menindas Pekerja

Pada tahun 2007, Paremba (yang dikuasai United Malays National Organisation) beberapa kali menjadi bahan berita di media UAE. Antaranya tidak membayar gaji sehingga empat bulan. Kemudian salah seorang pekerjanya, rakyat Malaysia ditahan dalam lokap dan dihadapkan ke mahkamah kerana menandatangani cek syarikat yang tendang.

Ketika itu keadaan ekonomi masih melambung.

Paremba telah terkubur di UAE. Banyak lagi syarikat Malaysia yang datang untuk sama menikmati kek ekonomi. Ada yang beretika dan profesional serta berjaya mengharumkan nama negara. Syarikat-syarikat ini memang boleh dibanggakan.

Begitupun, dalam keadaan sekarang, krisis ekonomi dunia yang sama melanda Dubai, kita mendengar pelbagai cerita mengenai penganiyaan terhadap pekerja Malaysia oleh syarikat Malaysia.

Bukan sahaja pembayaran gaji yang lambat yang sudah biasa sejak zaman ekonomi hebat dahulu, malah ada syarikat ang memberhentikan pekerja tanpa pampasan. Ada pekerja yang pulang ke Malaysia dengan meminjam wang untuk membeli tiket. Ada pekerja yang diancam untuk dilapurkan kepada polis kerana kononnya mencuri harta syarikat kalau tidak mahu menandatangani surat tertentu.

Ada pekerja yang dipaksa menandatangani surat perjanjian baru yang melupuskan hak untuk menuntut pampasan. Ada juga pekerja yang dibuang kerja tanpa prosedur dan salah seorang yang paling terkini dituduh terlibat dalam rompakan syarikat - baca SINI.

Masalahnya, ramai pekerja yang dianiayai ini masih muda dan tidak berani untuk mendedahkan kepincangan syarikat mereka yang diantaranya tersenarai di BSKL. Mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa menjadi mangsa kepada majikan. Kalau tidak mungkin terpaksa menanggung penganiayaan lain.

Lebih mengharukan, salah satu syarikat terbabit bercadang untuk memindahkan pekerja Malaysia dari apartmen ke kem buruh untuk menjimatkan wang. Kem buruh adalah penempatan buruh pembinaan.

Malangnya, dikalangan eksekutif tinggi pula, ramai yang sekadar jadi boneka kepada bos di Malaysia dan tentunya mementingkan diri sendiri (seperti para ahli politik yang melompat kerana dirasuahkan atau diancam). Eksekutif sebegini sememangnya terpilih untuk menjadi boneka atas kriteria tertentu.

Apakah yang boleh kita lakukan? Kita tidak boleh membiarkan mereka yang buas ini terus berleluasa dengan menganiayai orang lain yang tidak berdaya untuk melawan balik.

Pada mereka yang teraniayai, jangan takut, segera buat lapuran kepada pihak berwajib seperti konsulat di Dubai, pihak jabatan buruh UAE, untuk mendedahkan petualang dikalangan orang korporat Malaysia di UAE agar mereka tidak terus beraja dengan sikap buruk dalam mengaut keuntungan berlebihan.

Penyamun Yang Menang Judi


Saya mengikuti drama suspen politik Perak dengan penuh minat, walaupun sudah malas sebenarnya untuk mengulas pasal politik negara. Penat dengan politiking tidak berhabisan. Bila mahu berkhidmat kepada rakyat?
Kebetulan dalam drama politik Perak ini, salah seorang pelaku utamanya, yang hilang 5 hari dikatakan di hutan Pahang ada pertalian keluarga (sebelah isteri).

Saya teringat dalam salah satu perbualan biasa dengan dia pada tahun 2002 lalu, dia bertanya, bila mahu balik Malaysia?

Saya menjawab, bila Anwar keluar penjara.

Anwar keluar dan saya masih di Dubai, rezeki masih di Dubai dan tidak begitu berminat untuk pulang dalam senario politik dan ekonomi tidak memberangsangkan.


Selepas dia menang pilihanraya tahun lalu dan menjadi EXCO, saya tidak pula bertemu. Satu perkara yang baik juga rasanya. Apapun, pertalian keluarga tidak terputus hanya kerana dia kini senyum girang disebelah Najib dan menjual amanah rakyat demi sesuatu yang saya tidak faham tujuan dia berpolitik. Begitupun, kebanyakan ahli politik hari ini lebih kepada survival diri dan perut dari rakyat yang memilih dan diwakilinya.
Ada rahmat dan iktibar dari Allah dalam trajidi politik ini. Perjalanan masih jauh dan setiap halangan membawa kepada pengajaran. Kita belajar dari kesilapan dan meneruskan perjuangan demi mendapat keberkatan, bukan wang rasuah jutaan ringgit.

Wahai para penyamun yang menang judi, teruslah berbohong dan merompak!

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

ESOK HARI KHAMIS 5FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH


PADA JAM 3.00 PETANG


PADA JAM 7.00 MALAM MUNAJAT 100 RIBU RAKYAT

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MENYATAKAN SOKONGAN

TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK




SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG

Terkini - Rakyat Malaysia Yang Ditahan Dibebaskan Polis Dubai - Malaysiakini

Entri sebelum ini SINI

Abu Bakar bin Razali baru sahaja di bebaskan.

Alhamdulillah.

Read
Many Malaysian Firms Flouting Labour Laws in the Gulf

Kemaskini - Penahanan Rakyat Malaysia di Dubai

Kemaskini dari entri sebelum ini - SINI

Surat Bapa kepada rakyat Malaysia yang teraniaya yang telah tersiar dalam yahoogroups Malaysian-in-UAE dan berada dalam public domain:-

Urutan peristiwa adalah seperti berikut :
1) Abu Bakar bin Razali telah dipinjamkan oleh Syarikat LCL Coorporation Berhad yang beralamat Lot 2123 Jalan BA/3 Kawasan Perusahaan Bukit Angkat 43000 Kajang Selangor kepada LCL INTERIORS L.L.C, DUBAI UAE sejak awal 2007 sebagai Site Supervisor yang berkaitan dengan Interior Design.

2) Pada 12 Januari 2009, Abu Bakar bin Razali mulai bercuti di Malaysia kerana melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2009, dengan perbelanjaan penerbangan pulang ke Malaysia seperti kebiasaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

3) Pada 27 Januari 2009, beliau telah menghantar email kepada syarikat di Dubai bertanyakan tiket penerbangan pulang yang masih belum diperolehi. Setelah tiada respon dari pihak syarikat, beliau telah mengulangi email di atas perkara yang sama pada 28 Januari 2009.

4) Memandangkan tiada jawapan, beliau telah menghubungi pihak syarikat di Dubai dan mendapat jawapan CEO syarikat ( Charoonsak Leevutinun - warga Thailand ) sedang bercuti di Thailand dan tiada siapa yang berkuasa untuk meluluskan tiket penerbangan pulang Abu Bakar ke Dubai.

5) Pada 31 Januari 2009, Abu Bakar dengan perbelanjaan sendiri telah pulang ke Dubai bersama isteri ( Nurul Fahadha binti Hamim +971503074679 juga seorang pekerja syarikat yang sama ) bagi meneruskan kerja beliau sebagai Site Supervisor di syarikat tersebut.

6) Pada 2 Februari 2009, lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia, saya sebagai bapa kepada Abu Bakar telah menerima panggilan daripada Abu Bakar yang memberitahu beliau telah ditahan oleh pihak polis Dubai atas peristiwa berikut:

a - Sekembali dari Malaysia, Abu Bakar dipanggil oleh CEO syarikat yang memberitahu bahawa beliau ditamatkan perkhidmatan di Dubai atas alasan cuti beliau mulai 12 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009 tidak diluluskan dan dianggap telah tidak hadir bertugas secara berturut-turut melebihi 7 hari.

b - Abu Bakar bin Razali memohon pihak syarikat mengeluarkan surat akuan pemberhentian kerja tersebut tetapi tidak dilayan oleh CEO syarikat sebaliknya Abu Bakar diminta supaya menyerahkan passport dan dokumen peribadi kepada syarikat bagi tujuan pembatalan semua permit kerja dan yang berkaitan.

c - Memandangkan ketegasan Abu Bakar, pihak CEO telah merampas semua dokumen peribadi beliau dan melaporkan kepada pihak polis Dubai bahawa Abu Bakar disyaki terlibat di dalam satu kejadian kecurian dalam pejabat yang berlaku pada 24 Januari 2009 ( hari perkahwinan Abu Bakar di Malaysia ).

d - Sehingga email ini ditulis, Abu Bakar bin Razali masih berada di dalam tahanan pihak polis Dubai.

7) Sebagai rakyat Malaysia Negara Berdaulat, saya merayu kepada pihak Yang Mulia membantu anak saya Abu Bakar bin Razali yang saya yakini sepenuhnya tidak terlibat dalam sebarang jenayah samaada di Malaysia mahupun di Dubai.

8) Saya juga memohon nasihat dari pihak Yang Mulia apakah tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak saya bagi mempercepatkan proses pembebasan anak saya Abu Bakar bin Razali yang dianiaya sebegitu rupa oleh pihak syarikat tempat beliau bekerja.

Sekian, wassalam.

Rakyat Malaysia di tahan di Dubai kerana dituduh bos terlibat rompak syarikat sendiri

Kemaskini entri di SINI

Saya menerima kabar mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia di Dubai oleh Polis kerana di tuduh oleh syarikatnya sendiri, sebuah syarikat hiasan dalaman (kita panggil Lu Caya Lu) yang disenaraikan di BSKL. Berita ini memang sesuatu yang mengejutkan.

CEO syarikat Malaysia berkenaan adalah warga Thai.

Dari apa yang diberitahu....ini adalah lapuran yang saya rasa SAHIH.

Rakyat Malaysia tersebut merupakan antara pekerja awal syarikat Lu Caya Lu untuk operasi mereka di Dubai. Beliau boleh dikatakan anak angkat kepada salah seorang bos Lu Caya Lu dan merupakan anak kepada seorang pegawai kanan Polis di Malaysia.

Beliau telah pulang ke tanah air bercuti dari 11hb Januari 2009 hingga 31hb Januari 2009 sempena Majlis Pernikahan beliau bersama seorang staff Lu Caya Lu Dubai juga, pada 24hb Januari 2009.

Sekembalinya beliau dari percutian dan melapor diri semula untuk bekerja, beliau telah dipanggil oleh CEO dan diberitahu beliau sudah ditamatkan perkhidmatan bersama Lu Caya Lu.

Beliau menyatakan perasaan tidak puashati dengan tindakan ini dan meminta surat perberhentian tersebut jikalau ada dan ianya perlu melalui proses yang sepatutnya. CEO berkeras dan meminta beliau menyerahkan passportnya untuk ditamatkan visa kerjanya di Dubai ini. Tidak melaksanakan arahan tersebut, CEO telah membuat laporan polis dan mengaitkan beliau dengan kejadian rompakan yang berlaku ke atas premis pejabat berkenaan pada 24hb Januari sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Nilai rompakan berjumlah Dhs350,000 dan dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang mengekori staff bahagian akaun yang mengeluarkan duit berkenaan dari bank. Kes rompakan dikatakan ada kena mengena dengan politik dalaman antara dua bos kerana selepas 1 jam kejadian, sejumlah wang Dhs50,000 telah ditemui di dalam bakul sampah tandas wanita premis pejabat berkenaan.

Semasa kejadian, yang tertuduh berada di Malaysia dan di dalam Majlis Pernikahan. Buat masa ini beliau difahamkan ditahan di Balai Polis berdekatan dengan 'Trade Center'.

Pihak konsulat sudah maklum dan sedang berusaha mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kes malang ini.