Monday, January 19, 2009

Sudikah Pak Lah Bertemu Rakyat Marhaen di UAE?

Barangkali Pak Lah mahu bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia yang berada di UAE dalam lawatan rasminya nanti. Pada pegawai kanan dan kiri beliau tentu ada memikirkannya juga.

Bukan sekadar makan malam rasmi di hotel lima bintang untuk seramai 150 rakyat yang terpilih atas dasar pangkat dan lain-lain.

Selalunya separuh dari jemputan adalah ahli rombongan Pak Lah sendiri. Sudahlah sama-sama datang dari KL, masih nak makan percuma dibiayai rakyat Malaysia. Majoriti yang mengekor buntut Pak Lah hanya kerana mahu ampu. Tetapi apabila Pak Lah sudah letak jawatan, tentunya lebih baik membontoti (jangan salah baca) bakal PM dari Pak Lah.

Dengan imej orang kampung yang tiba-tiba menjadi PM ke-5, Pak Lah mungkin tidak sabar untuk beramah mesra sebelum menjadi mantan PM yang paling sekejap bekerja (ditolak waktu tidurlah).

Selagi Pak Lah adalah PM, tentu ramai yang mahu bergambar selain memperkenalkan kepada anak-anak, "Inilah PM Malaysia!"
(Anak-anak saya pun hanya kenal HH Sheikh Mohammad Al Maktoum sebagai PM dan Obama sebagai Presiden...)

Bagaimana kalau kami buat makan-makan di rumah saya di Twar 3? Kami ramai-ramai belanja Pak Lah dan isteri serta menteri lain makan jood mandi dengan kambing somalia? Lepas itu boleh sembang-sembang pasal kekalahan United Malays National Organisation di KT dan lain-lain mengenai politik semasa.

Pak Lah ini baik orangnya. Sewaktu saya bertemu beliau di Wellington dalam tahun 1983, saya sempat mengusik, "Dengarnya you adalah bakal PM!"

Pak Lah tersipu-sipu. "Eh! Mana ada!" Sambil menepuk bahu saya. Kami sempat bergambar beberapa kali, tetapi gambar bersalam dengan Mahathir yang keluar akhbar, sebab masa itu Mahathir adalah PM yang masih bersih, cekap dan amanah.

Isteri Mahathir, (Tun) Dr. Hasmah ada bertanya lebih kurang, "You ini macam adik Najib, ada kena mengena kah?"
Masa itu berbangga jugalah, depan ramai orang, memgaku jugalah....sekarang jauhkanlah.

Ada emel yang mungkin membawa mesej para marhaen (bukan bertaraf VIP dikalangan ekspatriat Malaysia) dalam Malaysians in the UAE yahoogroups:

I'm expecting an announcement like this " Untuk makluman semua rakyat Malaysia di UAE, Perdana Menteri Malaysia akan berada di UAE pada 22hb Jan 2009 untuk lawatan rasmi selama 2 hari. Satu perjumpaan bersama rakyat Malaysia di UAE akan diadakan pada ..... di ....... Semua rakyat Malaysia di UAE adalah dijemput hadir walaubagaimanapun tempat adalah TERHAD. Kepada yang berminat sila daftar di..... (Hanya xxx ratus yang pertama mendaftarkan diri sahaja yg akan disediakan tempat)....Itupun kalau ada lah