Sunday, January 18, 2009

Menanti Kedatangan Pak Lah di Dubai

Ketika Najib dan Wan Farid serta Big mama sedang meraung dengan kekalahan di KT, Pak Lah sedang seronok-seronok. Beliau berada di Bahrain untuk lawatan rasmi tiga hari. Kemudian ke Qatar dan akhir sekali ke UAE.
Tahun 2008 pernah Pak Lah secara diam-diam terbang ke Dubai untuk bertemu Sheikh Mohamed baca SINI. Kata cerita orang, mahu meminjam duit untuk pilihanraya gitu.
Lawatan rasmi rasanya pada tahun 2004 sebaik jadi PM, tetapi tidak dapat jumpa Presiden kerana salah mendarat di Dubai dahulu, sebelum ke Abu Dhabi. Salah protokol dan ini membuatkan Abu Dhabi sebagai ibunegara tidak suka. Marahlah! Terpaksalah Pak Lah membuang masa dengan shopping di Naif dan Madinat Jumeirah serta main golf, kalau tidak tidur.
Saya juga tidak mendapat jemputan untuk makan-makan percuma. Pak Lah datang lewat (seperti biasa) dan para hadirin kelaparan menunggu beliau bangun tidur.

Kabarnya ada majlis makan-makan dengan Pak Lah di Dubai pada 22 Januari. Tentu istimewa kali ini.

Tidak pasti ada jemputan untuk saya. Hanya mereka yang terpilih sahaja akan dijemput untuk makan percuma dengan Pak Lah. Tentu seronok boleh makan percuma di hotel dengan perdana menteri yang sudah memberi notis perletakan jawatan.
Majlis ini boleh dianggap majlis selamat jalan, good bye, sayonara dan bersara kepada perdana menteri yang dianggap paling lemah dan gagal dalam sejarah negara.
Apapun, kalau saya dijemput oleh pihak kedutaan, saya akan tetap pergi untuk makan percuma! Ditanggung oleh rakyat Malaysia!
Saya berjanji akan berkelakuan baik, dengan makan sahaja tanpa berkata apa-apa!

Utusan Wajah Baru - Masih Isinya UMNO

Mingguan Malaysia hari ini, berwajah baru.
Bagi kami yang sekadar membaca online, bukan kerana berada jauh di luar negara, tetapi memang sejak lebih 10 tahun lalu, tidak membeli apa-apa akhbar Melayu (kecuali kalau ada cerpen yang keluar...he he he..boikot lahtu) tiada apa yang berbeda.
Saya pernah bekerja dengan Utusan, tahun 1988 sebagai kadet wartawan. Ditemuduga oleh Zainudin Maidin (ZAM). Antara pertama yang saya lakukan ialah untuk tahu siapa dia Awang Selamat. Saya diberitahu ada dua tiga orang yang menyamar sebagai Awang Selamat.
Yang lainnya, mahu juga lihat MAMA JUWIE di pejabat....he he he...setelah tiga minggu begitu, sebelum dapat gaji pertama, saya meletakkan jawatan. Kerana tidak bersetuju dengan si bos, ZAM lah itu.
Dipanggil oleh ZAM ke dalam bilik besarnya. Saya tetap mengambil keputusan untuk berhenti dan melupakan hasrat mahu jadi wartawan besar dengan menyertai sebuah syarikat 'Chinaman'.
Keputusan yang tepat, biarpun selepas itu mendapat tawaran bekerja di Balai Berita, dua kali saya menolak. Tetapi menyertai TV3 beberapa bulan kemudian. Tidak sebagai wartawan.

Melihat wajah baru Utusan, tiada perubahan yang boleh dilakukan kecuali, Utusan tidak lagi dibawah naungan gerombolan United Malays National Organisation.... tengok sahaja berita kekalahan United Malays National Organisation...kecil sahaja...kalau lah menang, tentu besar gambar si Wan Farid, Najib dan Big Mama Rosmah.

Kata si Awang (Tak) Selamat....

Utusan, media dan perubahan
Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, tempat Awang mencari rezeki dan berkarya, berubah wajah mulai penerbitan hari ini.
Perubahan wajah itu melibatkan kosmetik seperti kepala akhbar (masthead), reka letak, jenis typeface tulisan serta aspek kandungan iaitu penulisan dan persembahan yang lebih kontemporari.
Ia merupakan sebahagian komitmen syarikat Utusan Melayu yang dinaungi oleh kedua-dua akhbar tersebut untuk menyuntik pembaharuan dari semasa ke semasa bagi memenuhi selera pembaca dan menghadapi cabaran persuratkhabaran era baru.
Salah satu ciri identiti utama Utusan dan Mingguan iaitu bersaiz broadsheet atau besar, masih dikekalkan. Berdasarkan kajian dan maklum balas, ramai pembaca termasuk golongan muda, mahu Utusan dan Mingguan kekal dengan identiti saiznya meskipun ada akhbar arus perdana yang lain sudah beralih kepada kompak. Ini menjadikan Utusan dan Mingguan, satu-satunya akhbar bahasa Melayu bersaiz besar dan mempunyai keunikan tersendiri.
Pun begitu, ada sisipan tetap dalam Utusan dan Mingguan seperti Mega, Kesihatan dan Pancaindera yang sudah bertahun-tahun disajikan dalam bentuk saiz kecil. Ini menampilkan sinergi antara saiz besar dan kecil dalam kedua-dua akhbar itu.
Syarikat Utusan Melayu juga mempunyai akhbar kompak iaitu Kosmo! yang memulakan penerbitan pada 2004.
Pada Awang, saiz bukanlah penentu kejayaan atau jalan keluar kepada menangani cabaran persuratkhabaran. Masih terdapat akhbar broadsheet di luar negara dan dalam negara seperti Sin Chew yang berjaya dengan edaran yang tinggi tanpa mengubah saiz.
Sebenarnya masa depan akhbar termasuk di Malaysia bergantung kepada banyak faktor terutama kekuatan jurnalistik, kualiti, kewibawaan, pengaruh kepada pembaca, tarikan kepada golongan muda dan berorientasikan rakyat.
(Banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Utusan dan Mingguan, yang mesti lebih responsif kepada pembaharuan.)
Ia juga berkait rapat dengan faktor minat membaca, keterbukaan politik dan kekangan tradisional seperti peraturan dan lesen terhadap media cetak.
Sememangnya akhbar, lebih-lebih lagi pada era sekarang yang menyaksikan banyak pilihan terutama adanya media baru seperti blog, perlu sentiasa berubah bagi memenuhi selera dan tuntutan masyarakat. Tetapi pada masa yang sama, masyarakat juga perlu berubah.
Pada hari ini, misalnya, masih banyak rumah orang Melayu di seluruh negara yang tidak mempunyai akhbar antaranya kerana sikap kurang minat membaca selain faktor kemiskinan berbanding dengan masyarakat Cina yang setidak-tidaknya mempunyai satu akhbar bahasa ibunda untuk setiap rumah.
Parti-parti politik sama ada pemerintah mahupun pembangkang juga perlu berubah dalam era masyarakat yang sentiasa pantas berubah (rapid changing society). Ada banyak ruang lagi yang kerajaan sedia ada boleh gerakkan untuk keterbukaan media. Ramai pembaca terutama generasi baru mengharapkan akhbar arus perdana seperti Utusan dan Mingguan, diberi lebih kebebasan sebagaimana yang dinikmati oleh akhbar Cina misalnya. Parti-parti pembangkang pula yang belum pun memerintah negara, perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan taktik mengugut, memboikot dan mudah menyaman media. Di sebalik slogan mereka untuk lebih terbuka, lebih bebas dan lebih demokrasi, ada parti pembangkang dengan dibantu oleh tokoh Melayu sudah pun mula berusaha membunuh akhbar yang tidak sealiran dengan mereka terutamanya Utusan. Ini kerana pengaruh Utusan yang selama ini menjadi wadah mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu, atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keharmonian pelbagai kaum di negara ini.
Tidak hairan, Utusan dan Mingguan menjadi sasaran dan seakan ada gerakan terancang untuk melenyapkan pengaruh akhbar berkenaan.
Maka apabila ada pemberita yang hadir pada perasmian wajah baru Utusan dan Mingguan semalam, bertanya sejauh mana kesannya tindakan boikot dan saman oleh pembangkang terhadap kedua-dua akhbar itu, Awang tidak ragu untuk menjawab bahawa ia tidak memberi kesan yang membimbangkan.
Soal saman dan boikot adalah hak sesiapa di negara demokrasi ini. Malah lagi banyak tindakan sedemikian, lagi kuat semangat dan daya juang warga Utusan. Dalam media apatah lagi Utusan yang membawa panji-panji keramat sejak sebelum merdeka, lagi banyak disaman oleh politikus, ia diterima seumpama seorang komando yang wajah dan badannya penuh parut. Lagi banyak parut, lagi bernilai perjuangannya. Sebab itu, Awang tidak pernah gundah.