Tuesday, January 13, 2009

Menanti Tsunami ke-2


Hujan terus turun di Dubai. Cuaca sejuk. Suasana lembab.

Begitupun yang panas ialah kabar angin, gosip dan spekulasi terus menggegarkan pejabat. Esok (Rabu) dikatakan bakal ada tsunami kedua dimana penggabungan subsidiari akan diumumkan. Diikuti dengan pembuangan pekerja pada hari Khamis.

Semalam (Rabu), ada Forum oleh bos paling besar mengenai keadaan semasa. Saya tidak pergi kerana terpaksa menjaga pejabat dan beberapa assignments yang perlu disegerakan. Termasuk menyiapkan pelbagai kontrak yang diubah suai mengikut keadaan semasa.

Antara intipati forum:

Tempoh merudum ekonomi USA
1945 – 2001 : average downturn 10 months
1854 – 2001 : average downturn 17 months
1929 – 1933 : 43 months (Great Depression)
1873 – 1879 : 65 months
Soalan cepu mas yang tidak dapat dijawab oleh bos paling besar ialah bilakah tempoh merudum sekarang akan berakhir?

Hari ini, ramai terus suspen, menanti hari esok.

Tetapi penceramah yang datang berkata, perubahan drastik akan berlaku...kapitalisme mungkin sudah kurang relevan....dan sistem ekonomi serta kewangan Islam menjadi pilihan.


Saya akhiri dengan sepatah kata dari Warren Buffet
“We’ll only know who’s swimming naked when the tide goes out.”

dan artikel

Rumours of Dubai’s demise are greatly exaggerated

Journalists, of course, know next to nothing. With that in mind, why are so many waxing lyrical, gleeful even, on the supposed end of the white knuckle ride that was Dubai?
Here's an unnamed source quoted in a recent story - the cover story - in international magazine Newsweek: "It's a tragedy in the making. A lot of people are going to get hurt.A lot of dreams are going to be shattered. Have you seen all those ships lined up on the horizon?

They're stuck out there full of steel and concrete nobody wants anymore."