Sunday, December 27, 2009

Kalendar Baru

Telah jauh terlontar perjalanan
memerangkap saujana kepuasan
pilihan pun tidak menentu
ruang kosmopolitan turut membisu
warna-warna bertukar kelabu
imej-imej keras dan berbau
pun lambat sekilas detik hati
menggerak langkah kaki.

Akan berangkat perasaan
dari transit kehidupan
bersama jejak-jejak memori
membayang arca berdiri
rohani mahu terus berlari
mengejar seribu mimpi
seberat mengheret jasmani
kemanusian dalam diri.

Selamanya menatang waktu
dalam kepompong nafsu
bermain dengan prasangka
minda belum terbuka
setelah setiap resolusi
sekadar kalendar bertukar ganti
dan merangkai pasrah destini
di luar tawakal yang lali!

Fudzail
Dubai, UAE
27 Dis 2009

No comments: