Sunday, November 22, 2009

Seperti Singapura, apakah kita perlu seorang bertaraf Menteri untuk negara Timur Tengah/Arab?

Dalam salah satu dialog antara komuniti bisnes dan profesional Malaysia di Dubai dengan kedutaan dan Matrade baru-baru ini, salah satu isu yang dibincangkan diluar dialog sesama kami ialah, Malaysia tidak seserius Singapura dalam mendekati negara-negara Arab, terutama dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai sumber tenaga dan kewangan yang besar.

Visit by Senior Minister Goh Chok Tong to Doha, Qatar and Dubai, United Arab Emirates 28 January to 3 February 2008

Saya diberitahu, Singapura mempunyai seorang yang berjawatan menteri kanan untuk menjalankan tugas sebagai 'ketua pemasaran' dan sentiasa berada di negara-negara Arab Teluk setiap bulan. Malah Lim Kuan Yew pernah tinggal beberapa lama untuk membantu dalam beberapa projek besar.

Bukan sahaja menteri kanan ini bertemu dengan pemimpin-pemimpin peringkat ketua negara, kabinet, pegawai tinggi kerajaan malah pemain industri. Interaksi dan komunikasi peringkat tinggi sering memudahkan usaha.

Kesannya boleh dilihat sehingga ada beberapa institusi kerajaan termasuk bidang pendidikan negara Arab tertentu yang diketuai atau dikuasai atau dipengaruhi oleh Singapura. Sikap agresif Singapura dalam melebarkan pengaruh memang diketahui sejak lama, malah Dubai sendiri sering mengakui yang Singapura adalah negara model.

Satu perkara yang tidak mengherankan sekali.

Contohnya, Dubai school of Government mempunyai hubungan terus dengan Lee Kuan Yew School of Government. Peringkat yang menonjolkan pengaruh Singapura.

Saya tidak pasti ada inisiatif atau usaha bersepadu dikalangan agensi kerajaan Malaysia dalam meneroka pelbagai peluang seperti agensi kerajaan Singapura. Malah kadang-kadang kita melihat pihak duta Singapura sendiri amat proaktif untuk bertemu pemimpin agensi kerajaan tempatan seperti lawatan dan diskusi.

Sewaktu masalah kewangan global yang turut melanda Dubai misalnya, pihak Singapura turut menghantar wakil bertemu agensi-agensi kerajaan Dubai yang tidak membayar hutang kepada syarikat-syarikat Singapura dalam usaha membantu syarikat-syarikat ini.

Kalau kita tahu perangai orang-orang Arab yang suka interaksi begini, cara kerajaan Singapura ini memang berkesan dan dalam gempa gempita 1Malaysia, kita akan terus ketinggalan dari segi pengaruh dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai simpanan sumber tenaga dan kewangan besar.

Bandingkan sahaja jumlah pelaburan Arab di Singapura berbanding dengan di Malaysia. kalau sekadar 2-3 bilion seperti yang diwar-warkan oleh Najib Razak dalam lawatan singakt ke Saudi beberapa bulan lalu atau pelaburan UAE di Iskandar Malaysia, sekadar lekat celah gigi sahajalah.

Kita sering tersalah fokus malah dalam beberapa perkara, kita sekadar pencetus dan pemula idea (seperti perbankan dan kewangan Islam), begitu lemah dalam perlaksanaan dan tindakan susulan.

Harap para pemimpin kita terfikir dalam mengejar apa yang kita terabai dan ketinggalan sebelum terlalu lambat dan terus dibuai retorik 'persaudaran Islam!"

2 comments:

lalacordle0321 said...

...........................................................................

Jamain said...

Pertama, mohon maaf Fudzail, Nama Menteri itu bukan Lim Kuan Yew, tetapi, Lee Kuan Yew. Beliau adalah Menteri Pembimbing Singapura. Atau di sini di gelar Minister Mentor.
I think you are right. In this case a more aggressive approach akin to the Singapore model is required. There are ample opportunities you can tap in the gulf countries, and Malaysians in UAE should ring the bell.
Kudos for your messages.