Tuesday, November 03, 2009

Dakwa Dr. Asri di Mahkamah dan Pendekatan baru 'Porak-Perandakan' Pemikiran

sijil2.jpg

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.



Saya berkesempatan menghadiri ceramah Dr. Asri di Dubai pada bulan Mac lalu. Tidak pasti sama ada Dr. Asri mempunyai tauliah untuk berceramah di UAE atau mana-mana kawasan di luar negeri Selangor.

Dalam pandangan saya secara peribadi, Dr. Asri yang juga satu sekolah dengan isteri saya, memang mempunyai pendekatan dan aura sebagai tokoh agama kontemporari. Mungkin saya ini tidak banyak tahu dalam ruang lingkup agama (termasuk politik dalam agama di Malaysia), maka saya dapat menerima kandungan ceramah beliau dengan minda terbuka.

Mungkin juga banyak perkara 'ibadah' yang beliau utarakan tidak ganjil bagi kami yang menetap di UAE. Malah kami juga ada mempersoalkan beberapa perkara yang dikatakan ibadah oleh ramai orang Melayu tidak dilakukan oleh penganut Islam di UAE.

Perbedaan mazhab dan juga budaya dalam beragama?

Apabila membaca pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap batang tubuh Dr. Asri, maka wajarlah beliau didakwa sahaja di mahkamah agar kita boleh mendengar hujah-hujah kedua pihak.

Pihak JAIS atau JAKIM atau mana-mana pihak lain boleh membawa segala dakwaan mereka dengan fakta dan bukti kukuh. Dr. Asri juga boleh mempertahankan diri secara terbuka di mahkamah.

Saya terbaca berita dibawah, dimana bekas Duta kami di UAE yang juga sekarang Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan dan Selangor yang dilapurkan berkata,
"Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan mainstream umat Islam di Malaysia. Dalam hal ini pegangan yang bertentangan akan memporak-perandakan pemikiran dan amalan penduduk Islam negara ini.

"Pendekatan baru di dalam ajaran agama Islam yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya generasi muda yang baru ingin berjinak dengan Islam perlu ditolak."
Terkejut kerana 'pendekatan baru' ditolak bulat-bulat dalam dakwah. Saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan baru oleh Tuan Syed tersebut.

Dalam dunia yang banyak berubah, terutama untuk generasi hari ini yang terdedah dengan pelbagai 'pendekatan baru' dalam pelbagai bidang, apakah kita masih mahu terus dengan 'pendekatan lama' yang tidak lagi sesuai pada hari ini?

Begitupun, saya percaya, apa yang terjadi ada rahmatnya. Baik buat Dr. Asri yang makin popular, mahupun buat JAIS dan JAKIM serta umat Islam di Malaysia.

'Adakan muzakarah bincang isu Asri'
Nov 3, 09 4:54pm


Satu muzakarah di kalangan mufti dan ilmuan Islam perlu diadakan untuk membincangkan isu penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Syed Hussein Al Habshee berkata, muzakarah itu adalah untuk memelihara keharmonian amalan umat Islam negara ini.

"Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan mainstream umat Islam di Malaysia. Dalam hal ini pegangan yang bertentangan akan memporak-perandakan pemikiran dan amalan penduduk Islam negara ini.

"Pendekatan baru di dalam ajaran agama Islam yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya generasi muda yang baru ingin berjinak dengan Islam perlu ditolak," katanya yang dilihat jelas merujuk kepada dakwaan pihak tertentu bahawa Mohd Asri menyebarkan fahaman Wahabi.

Mohd Asri menafikan beliau membawa fahaman tersebut.

Syed Hussein, bekas Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu itu melahirkan keyakinan bahawa Jais telahpun melakukan pemantauan terhadap kegiatan dan dakwah Mohd Asri di Selangor sebelum mengambil tindakan.

Syed Hussein mendakwa bahawa Mohd Asri pada 2007 ketika menjadi Mufti Perlis melarang sekumpulan ulamak negara Arab yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada memberi ceramah di negeri itu. BERNAMA

14 comments:

Pentilium5 said...

islam hadhari dah kemana dah?

a kl citizen said...

assalammualaikum

kita yang orang2 biasa ni jadi bingunglah pulak...

Nik Amirul Faiz said...

Salam..

Memang isu kes ini mengelirukan rakyat Malaysia. Sebagai seorang yang mengikuti kelas2 dr asri, saya boleh katakan yang pengajaran agamanya adalah mengikut quran dan hadeeth sahih. Jika tuan ingin tahu lebih mengenai ajaranya yang dibawa, saya berikan tuan link ini yang mempunyai koleksi2 video kelas2 yang telah beliau buat sepanjang da'wah beliau. Sekian terima kasih. http://www.youtube.com/user/paradisewoodDRMAZA

Con Skaltsas said...

sebilangan rakyat malaysia jadi keliru sbb ajaran agama islam selama berpuluh tahun di sini adalah peninggalan dari penjajah.

Bila dtg seorang bertaraf mufti menerangkan islam DENGAN alquran dan hadis, akan ada org yg terima kebenaran dan akan ada org yg pertikai, "takkan selama ni ustad aku salah, takkan islam aku tak betul..dsb".

Sorry to say, yes kefahaman ttg islam di m'sia ni ada something wrong kalau lepas 52 tahun pun kaum lain tak berbondong2 masuk islam.

Statement: sebarang pendekatan baru terhadap kefahaman islam yg ada di m'sia tidak dibenarkan - INI ADALAH MENTALITI PENJAJAH yg tak mahu org islam sedar kewajipan jihad pada tiap2 org yg mengaku beriman! x percaya tgk lah betapa lesunya org melayu di tanah sendiri!!

Con Skaltsas said...
This comment has been removed by the author.
Zorro said...

Us.Asri dari kalangan golongan ulama' muda yang kontemporari. Pendekatan dakwahnya ada perbezaan dengan orang2 lama. Perbezaan itu menjadikan ia dipandang serong. Dr. Asri banyak juga mengkritik sikapd an perangai orang-orang politik di Malaysia, sehinggakan beliau pernah dilabel SYAITAN oleh seorang ahli politik bergelar Ustaz. Saya lihat dendam politik ada dalam insiden penangkapan Dr. Asri. Kadang-kadang saya khuatir dengan perangai hasad dengki golongan-golongan agama ni....

miliyunir said...

Assalamualaikum,
Saudara saudari, kes Dr Asri ni menarik perhatian org ramai. Mana ada pendekatan baru atau mentaliti penjajah yg saudara sebutkan di malaysia ni. Semua ini adalah hasil mahsul dan usaha yang dicanangkan oleh Dr Asri sendiri. Justeru membingungkan lagi umat Islam di d Malaysia.
Sebenarnya amat banyak kenyataan yang dibawa oleh Dr Asri ini yang keterlaluan dan tidak benar. Perkara ini tidak diketahui oleh orang awam.. Tetapi bagi kami yang beraliran agama amat memahami dan faham benar setiap butiran kata-kata yang keluar dari mulut beliau. Kami menghormati beliau sebagai seorang ahli akademik yang bergelar Dr. Tetapi banyak perkara khilafiah atau furu' dibahaskan sehingga seolah-olah apa yg dilakukan dan diamalkan di M'sia sekarang ini tidak benar, tiada nas kononnya, seperti berwirid slps solat, doa qunut dan sebagainya. Kami pun belajar dan mengajar serta tahu apa yang beliau belajar dan mengajar (masalah khilafiah dsb). Tetapi semua itu jika diamalkan di Malaysia ia akan membingungkan masyarakat awam di Malaysia khususnya umat Islam seperti bingungnya saudari a kl citizen ... dan saya percaya ramai lagi....
Beliau juga suatu ketika dulu pernah menempelak Dato Dr Haron Din dalam amalan dan doa-doa yang beliau lakukan dalam pengubatan Darul Syifa yang terkenal di Malaysia dan negara-negara jiran seperti di Indonesia dan Brunei. Saya mengamati doa-doa yang dibawa oleh Dato Haron Din ini tidak salah dan menepati syarak.
Cuba saudara saudari fikirkan jika apa yang dibawa oleh Dr Asri ini benar alias betul kenapa blh dikatakan hampir semua alim ulama di Malaysia ini termasuk semua mufti di Malaysia ini tidak menyokong dan tidak sependapat dengan Dr Asri? Mereka pun orang agama juga?
Saya pernah menghadiri pengajian Dr Asri di Institut Al Qayyim Mengkuang Pulau Pinang dan saya dapati rata-rata yang hadir mengikuti pengajian tersebut adalah mereka yang bukan dari aliran agama dan di kalangan profesional bukan beraliran agama seperti guru-guru, doktor perubatan, bisnesman dsb dan hampir tidak ada mereka yang beraliran agama seperti lulusan dari Mesir, Jordan, Madinah dsbnya. Maka tidak hairanlah ada yang terlalu taksub dengan Dr Asri dan menerima bulat-bulat Dr Asri kerana mereka ini baru mendekati agama dan mungkin tiada asas dalam agama Islam.
Bagi kami yang beraliran agama semua perkara khilafiah yang digembar gemburkan oleh Dr Asri itu hanya ingin membingungkan umat Islam di Malaysia. Amalan yang dilakukan di Malaysia sekarang ini pun tidak bertentangan sama sekali kerana terdapat dalil-dalilnya.
Kesimpulannya, bagi orang awam Dr Asri ini adalah pembawa pembaharuan dsb.. tetapi bagi kami yang beraliran agama Dr Asri ingin memecah belahkan umat islam di Malaysia. Untuk keterangan lanjut saudara saudari sila rujuk lama web ini : http://www.abu-syafiq.blogspot.com/ Mudah-mudahan saudara saudari mendapat cahaya kebenaran dari Allah swt. Wallahu’alam

spike_thru said...

Setuju dgn miliyunir.

Cakap pasal pendekatan baru ni...apa maknanya? Nak tinggalkan yg kononnya takde dlm Quran & hadith? Doa Qunut, contohnya, ada dibuat Nabi sekali shj, tapi disebabkan kat Saudi tu pegang pasal Nabi tak buat selalu, tak payah buat; walhal Imam Syafie, yg sentiasa berpegang jika Nabi buat, walau sekali pun, beliau akan buat.

Pokoknya, adakah baca doa selepas solat atau baca qunut dlm solat subuh tu merosakkan agama? Mana lagi baik... lepas solat, pergi duduk2 bergebang atau baca doa, pdhal Allah galakkan kita berdoa (Surah Mukmin:60). Yang dok timbul bab bid'ah ni tak habis2. Tak pernah plak dengar yg pergi kerjakan haji naik kapal terbang tu bid'ah( Nabi tak buat,kan?) Yg dok kerja tarawikh secara jamaah 21rakaat tu... di M'sia & di A.Saudi, bukan bid'ah ke pasal Nabi buat 8 sj & sambung di rumah? Byk lagi kita boleh persoalkan? Tapi sebab apa kita nak kurang, nak ringkaskan lagi usaha2 yg boleh mendekatkan diri kita kpd Allah. Dah byk unsur2 lain yg dok tarik umat Islam hari ni, terutama anak2 muda, ke arah kemungkaran; jadi asal sesuatu tu tak merosak agama (mafsadah), kita patut galakkan.
Bab selepas 52 thn pun tak ramai non muslim berminat dgn Islam tu satu dilemma. Bila ada puak yg nak berusaha berdakwah lebih, ada plak puak lain yg menghalang. Tapi kenapa sesuatu post-mortem tak dibuat... oleh JAIS ke, JAKIM ke? Kalau bab lain kita nak pencapaian yg baik, tapi kalau bab memertabatkan Islam, takde langsung tindakan2 yg lebih berkesan & pro-aktif. Kalau setakat nak bawa pembaharuan tanpa ada hasil positif atau setakat slogan sj... emm.. buat apa?
Lagi satu yg penting pasal kes Dr. Asri ni, bila mufti2/ulamak2 ajak bermusyawarah, dia tak nak join; he prefers to go blogging. Itukah cara berhemah dalam Islam? Kita mesti ingat isu yg dibangkitkan sekarang adalah isu khilaf & bukan isu mudah, jadi muzakarah & musyawarah itu tersangatlah dituntut.

Con Skaltsas said...

Saya berpendapat, yg dikatakan mengelirukan umat Islam di Malaysia bukanlah usaha ahli agama spt Dr Asri supaya fahami Islam melalui pintu akidah yg tidak ditekankan semasa pendidikan Islam di sekolah (yg ditekankan perkara2 spt jenis2 ibadah, jenis2 air, rukun solat, rukun nikah etc.), tapi yg sebenar-benarnya mengelirukan umat Islam di Malaysia ialah bilamana Islam diajar supaya dimulakan dgn amalan ritual dgn penjelasan yg lemah - buat dpt pahala, hati tenang, tak buat dosa, masuk neraka. Dan bila memperkatakan ttg akidah, tidak dapat tidak kita terpaksa menyentuh isu amalan2 setempat yg sbnrnya tidak termaktub pun dlm AlQuran dan Sunnah tetapi dihalalkan atas dasar "ia benda baik, dpt pahala extra".

Bagi setengah ahli2 agama yg konservatif, penekanan isu akidah spt di atas dilihat sbg serangan terhadap amalan2 tradisi yg sudah sebati dlm masyarakat. "Apa salahnya kami nak buat kenduri tahlil, apa salahnya kami nak baca Yasin malam Jumaat, apa salahnya kami nak selalu baca doa qunut". Memang tak salah, nak buat sgt buatlah, bacalah Yasin - tak semestinya mlm Jumaat. Nak baca sgt qunut, bacalah - bukanlah bila tak baca qunut tiba2 solat terbatal. Yang salahnya bila smpi kpd satu generasi yg "ter"anggap amalan2 ni wajib, smpi kalau tak buat berdosa. Beramal tanpa ilmu.. Iaitu generasi sekarang.

Kalau pengajian Dr Asri berjaya menarik golongan profesional, doktor, businessman, maknanya penjelasan yg diberi Dr. mudah di "digest akal yg sihat" dengan hujah yg konkrit. Oleh itu tidak timbul isu terima bulat2 atau term "taklid buta". Islam yg berwajah asal dan universal. Semua org boleh faham Islam. Bukan lagi Islam yg berlegar2 dlm kalangan org aliran agama sahaja.

Sebenarnya, yg byk melatah dgn Dr Asri ni golongan konservatif agama aje. Dah byk pun gerakan yg mengajak supaya kembali kpd Islam yg asal, Islam yg bertunjangkan AlQuran dan Sunnah.

Kalau dakwaan gerakan spt Hizbut Tahrir lagi "best", selagi negara tak berhukumkan AlQuran tp pakai hukum demokrasi, maka ia bkn negara Islam. So, Malaysia bukan negara Islam. Mcm mana negara bukan Islam boleh ada jabatan agama islam spt JAIS, JAKIM?

Kita kena ubah mindset, especially bila melibatkan akidah.

abuuwais said...

Salam,,,
ro...cuba buka Kitab Al-Ahkam Sultaniah karangan Sheikh Al Mawardi,tentang ciri-ciri sebuah negara Islam.Baru leh tau apa yg perlu ada dalam sesebuah Negera untuk melayakkan ianya disebut sebagai sebuah negara Islam.
Then Islam nie Agama Yg datang Dari Allah swt so standard dia pasti sama dari dulu kini dan selamanya.But dalam masalah Furuk kita memang ada Khilaf diantara Para Ulama but ada Adabnya.
Dr Asri telah melanggar adab2 tersebut sedangkan ianya hanya berkisar tentang masalah furuk.
Cthnya dalam masalah Qunut GENERASI HARI NI tak seperti mana yg enta sangkakan?Sapa pun x pernah menyatakan yg Qunut tu WAJIB.Hukumnya hanya Sunat Ab'ad jer,tak baca pun SOH Solat.But naper DR Asri dok kalut bab nie sangat???Kalau nk jd MUJADDID biarlah pada masalah yg besaq...spt Menegakkan HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM.Perjuangkanlah HUDUD,QISAS dan TAKZIR.Baru nampak MUJADID yg sebenarnya.NI alih2 benda furuk jg yg diperbesaqkan!!!!No value la bro..
So better pi mengaji lg la dgn Guru-Guru Murshid yg masih banyak bertebaran di muka bumi Mesia nie...jgn dok TAQLID BUTA pada DR ASRI tu sorang jer...
Salam Ukhwahhhh.

abuuwais said...

Salam,,,
ro...cuba buka Kitab Al-Ahkam Sultaniah karangan Sheikh Al Mawardi,tentang ciri-ciri sebuah negara Islam.Baru leh tau apa yg perlu ada dalam sesebuah Negera untuk melayakkan ianya disebut sebagai sebuah negara Islam.
Then Islam nie Agama Yg datang Dari Allah swt so standard dia pasti sama dari dulu kini dan selamanya.But dalam masalah Furuk kita memang ada Khilaf diantara Para Ulama but ada Adabnya.
Dr Asri telah melanggar adab2 tersebut sedangkan ianya hanya berkisar tentang masalah furuk.
Cthnya dalam masalah Qunut GENERASI HARI NI tak seperti mana yg enta sangkakan?Sapa pun x pernah menyatakan yg Qunut tu WAJIB.Hukumnya hanya Sunat Ab'ad jer,tak baca pun SOH Solat.But naper DR Asri dok kalut bab nie sangat???Kalau nk jd MUJADDID biarlah pada masalah yg besaq...spt Menegakkan HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM.Perjuangkanlah HUDUD,QISAS dan TAKZIR.Baru nampak MUJADID yg sebenarnya.NI alih2 benda furuk jg yg diperbesaqkan!!!!No value la bro..
So better pi mengaji lg la dgn Guru-Guru Murshid yg masih banyak bertebaran di muka bumi Mesia nie...jgn dok TAQLID BUTA pada DR ASRI tu sorang jer...
Salam Ukhwahhhh.

rinozeen said...

sedih, ade yang menuduh tanpa usul dan tak berasas langsung. meskipun ada salah nya ust asri, tidaklah dia sampai menyalahkan sijil. minta semua org dengar dgn teliti apa yang cuba disampaikan oleh beliau. tiada cela celaan seperti ust2 laen. mnjaga maruah muslim laen, berbeza dgn ust2 tertentu yang tidak menjaga adab sesama muslim dan tidak mnjaga maruah muslim laen.bahkan mencaci org muslim laen di dlm masjid. tiada rahmat utk ceramah2 yang tidak berkesudahan mencaci cela dgn perkataan kotor. saya kesal~

Ibnu Salih said...

Isu2 yang di bawa oleh Dr.Asri bukan baru. Dalam keadaan masyarakat hari ini yang sukar menerima perubahan baik kefahaman politik mahupun agama, adalah lebih wajar di fokuskan tenaga untuk menangani permasalahan yang lebih besar seperti isu orang tidak bersolat , murtad dan kerosakan akhlaq remaja, yang mana isu2 ini mampu untuk menyatukan umat dari pelbagai aliran kefahaman daripada membangkitkan semula isu2 yang memang yang telah terbukti dalam sejarah yang akan membawa kepada keretakan.

miliyunir said...

Utk pengetahuan saudara saudari dakwaan pegawai JAKIM Zarnihan Mat Zain dalam Utusan adalah benar. Sijil di atas sudah jelas tak payah nak bersuluh-suluh dah. Yang bertulisan besar tu ialah bidang major Dr Asri iaitu Kuliah Adab (Fakulti Adab) dan yang bertulisan kecik tu pengkhususan beliau dalam bahasa arab / syariah islamiah tu maksudnya minor aje. So mana ble claim kata Dr Asri tu pengkhususan dalam bidang syariah… itu BUKAN BIDANG DIA.... serupa ambik bidang mekanikal tapi minor bidang electrical… mungkin ble tau skit2 tapi tetap bukan bidang dia daa..
Sama mcm pengikut-pengikut Dr Asri dok canang-canang tu.. Hangpa ni banyak tak faham la.. kesian sungguh..
Satu lagi yang bela Dr Asri tak kata mengata kat orang, or ustaz2 laen… Aloo Dr Asri pun ble tahan jgk.. kalau idak takkan dia ble kata kat Dr Haron Din tu… tak betul la.. dlm bab selawat syifa yang diajarkan oleh Dr Haron Din… Slps Dr Haron Din perjelaskan dengan terperinci baru Dr Asri diam seribu bahasa.. Maka sekarang mana ada timbul lagi penyerangan kepada Darul Syifa yang diasaskan oleh Dato Dr Haron Din Al Hafiz dah..
So now saudara saudari ble menilai tahap ilmu Dr Asri tu takat mana. Hgpa kenal betul ke idak Dr Asri nie... Keretakan ini semua ditimbulkan oleh Dr Asri … habih porak peranda. Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka semua Amin.. Wallahu’alam