Saturday, October 10, 2009

MCA, Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Bahasa Melayu

Tidak peduli menang atau kalah Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek. Keduanya adalah ahli politik Barisan Nasional yang tidak pernah menjadi pemimpin. Keduanya menjadi pengikut parti perkauman UMNO.

Yang jelas kalah adalah Bahasa Melayu.

Lihat gambar di atas dari akhbar Star.

Tiada tempat untuk Bahasa Melayu dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa parti perkauman MCA. Apa kata ahli politik UMNO yang sesekali berjuang untuk Bahasa Melayu walau nama parti perkauman terbesar itu masih dalam bahasa Inggeris selepas lebih 50 tahun merdeka.

2 comments:

Pentilium5 said...

ya la, bahasa melayu pun dah di l*curkan... geli lah kalau pembaca berita cakap 'mantan PM'... soooo INDOn, tak boleh ke cakap 'bekas PM'?

lan said...

Bagaimana mereka nak menggunakan bahasa melayu sedangkan orang umno sendiri tidak memurtabatkan bahasa melayu. Inilah silapnya sistem pendidikan kita kerana tiada satu sistem tunggal yang sepatutnya hanya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem persekolahan. Tidak perlulah ada sekolah lain jenis. Adakah dalam dunia ini ada lain negara yang menggunakan sistem ini.. yang pastinya hanya negara kita kononnya kerana masyarakat majmuk. Kalau beginilah bagaimana perpaduan akan benar-benar wujud. Padahal bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan seperti yang termaktb dalam perlembagaan negara kita.