Saturday, July 04, 2009

Fragmen Rindu Yang Liar

Jalur lebar perjalanan
mengunjur buana perasaan
ke depan, ke belakang
mengupas detik-detik kembara
setelah ruang sekadar bara
hijrah tidak lagi mesra

Sayu mengukur usia
dengan angka yang curiga
masih hati berprasangka
liar di ruang permainan
rindu mengasak keasingan
saujana jarak kehidupan

Imej-imej di tetingkap
pantas berlalu menyingkap
gerhana fajar yang tersentap
dijamah sinar berbalam
pun jatuh resah ke kolam
mengalun memori masa silam

Inilah manusia aku
terus membujur lalu
mengheret ego waktu
dalam tercalar dan kelabu
bila masa depan itu
tidak muncul di muka pintu!

Fudzail
LRT Kelana Jaya - KL
Jumaat 2 Julai 2009

No comments: