Thursday, June 11, 2009

KESILAPAN BESAR PAS melantik Mustafa Ali Sebagai SU Agong

Satu lagi tragidi pasca Muktamar PAS ke 55 ialah perlantikan Mustafa Ali sebagai Setia Usaha Agong (SUA) menggantikan Kamarudin Jaafar.
Mustafa Ali dikatakan penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Abdul Hadi.

Tidak pasti percaturan politik PAS dengan perlantikan ini. Mungkin ada pendekatan dan strategi yang boleh membawa kecemerlangan menjelang PRU ke 13.

Sekilas pandang bagi saya yang bukan ahli PAS, sekadar penyokong, Abdul Hadi telah melakukan satu kesilapan BESAR.

Apakah Abdul Hadi tidak dapat memahami yang gelombang sokongan terhadap PR dan PAS bukan semata-mata kerana kekuatan PAS, tetapi kebencian terhadap Umno (Baru).

Mungkin Abdul Hadi lebih selesa bekerja dengan seorang kawan lama yang bercakap satu loghat, tetapi PAS memerlukan imej baru yang lebih mantap dan hebat. Dengan adanya barisan naib presiden dan ketua pemuda, peranan SUA adalah penting.

'PAS untuk semua' mahu memerintah Malaysia dan perlukan bukan sahaja sokongan dari ahli dan penyokong seperti saya, tetapi juga pengundi lain. Rakyat Malaysia yang majoritinya sudah celik IT, sudah terbuka dan lebih kritis dalam banyak hal. PAS sudah dapat keluar dari imej kampung dengan kehadiran ramai profesional sebagai pemimpin dan ini bukan kejayaan Abdul Hadi semata-mata. Ianya telah bermula dari aruah Fadzil Nor.

PAS tidak kekurangan ahli politik yang lebih sesuai sebagai SUA. Bukan sekadar dapat bekerja, mempunyai latarbelakang akademik, politik dan perhubungan awam, malah IT-savvy serta boleh diketengahkan sebagai 'masa depan PAS'.

Salah seorang yang boleh diketengahkan ialah Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang berlatarbelakangkan syariah dan Phd dalam sumber manusia. Ulamak dan seorang profesional. Boleh memberi wajah dinamik kepada PAS dalam mengharung realiti semasa.

Bagaimana dengan pemimpin bukan Melayu? Nik Aziz mahu melihat Cina Muslim memimpin PAS. Apakah tiada dari pemimpin PAS bukan Melayu yang juga boleh diketengahkan sebagai imej politik baru PAS untuk semua?

Keputusan Abdul Hadi melantik Mustafa Ali membawa PAS beberapa langkah ke belakang. Imej yang sukar untuk diubah dan boleh memberi tamparan kepada PAS sendiri.

Dengan PRU ke 13 yang semakin hampir, pemimpin utama PAS nampaknya masih syok sendiri!

5 comments:

Zanie said...

Itu saja hujah kamu? Sejak bila kamu kenal pada Mustafa Ali ini?

Jangan bicara seperti orang tidak cukup akal. Pemimpin PAS ada segalanya yang diperlukan sebagai seorang pemimpin; mereka beriman dan tidak korup!

wanrosaini said...

Pendebat atau pembahas boleh terus berpegang pada hak menyuarakan pendapat dan pandangan. Komentar Zanie mengingatkan saya pada mutiara kata Inggeris '...Debates are like building blocks to stronger solutions." Binalah sokongan pada asas yang berilmu secara berhemah. Alam siber bukanlah tempatnya untuk menjadi jaguh yang kelihatan seperti juara tapi yang sebaliknya mungkin lebih ketara.

manlaksam said...

Ambo rasa serabut perut dengan beberapa orang pemimpin BULAN peringkat pusat yang dok bergayut di pohon yang berbuah lebat di kampung ambo.
Kalau dia tu hebat sangat, balik lah bertanding di kampung sendiri.
Jangan jadi dedalu, pohon tu lama-lama akan mati.
Awak makin gemuk.

Rusdi Abu Bakar said...

Sabar Pok Man, kito pun mato belako doh dgn hok duk gayut kapong Pok Man tu.

Azlan Syah Iskandar Abdullah said...

Apa apa pun kita tunggu dan lihat saja. Bagi saya Nasharuddin Mat Isa pon bukan calang2 pemimpin. Cuma Mustafa Ali saya tidak begitu kenal sangat. Saya harap saf kepimpinan baru ini tidak lari dari agenda perjuangannya. Salah satunya menjatuh dan menguburkan UMNO dan Barisan Nasionalisis.