Wednesday, June 17, 2009

Kalau saya Nasharudin, saya masuk United Malay National Organisation (Baru)

Seorang ahli Parlimen menulis di Facebook:

Apabila Nik Aziz marah dan cadangkan agar Timbalan Pres PAS Nasharuddin masuk UMNO, jelaslah yang Murshidul Am PAS ni tidak begitu demokratik orangnya.

Nik Aziz kata
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Nampaknya marah Tok Guru sudah sampai tahap kemuncak. Kalau sudah dianggap sampah, itu sudah tahap paling hina (sebelum turun ke tahap najis...). Hanya satu jalan sahaja, terima cabaran Nik Aziz dan buktikan kejantanan ketuanan Melayu.

Apalagi wahai Nasharudin, United Malay National Organisation sudah menawarkan keahlian, segeralah menyertai seperti ramai yang lain sebelum ini dan halalkan segala kebobrokan, penyelewengan, rasuah, pembunuhan Memali dan lain-lain semenjak 50 tahun lalu. Sama-samalah berada dalam TONG TAIK.

Jawatan Menteri mungkin sudah menunggu. Kalau tidak tentunya, habuan lain, jawatan-jawatan, gelaran tinggi termasuk datuk dsbnya juga menanti untuk dinikmati bersama.

Tetapi sebelum itu, sila letak jawatan Ahli parlimen Bachok dan kita lawan semula apabila enta berada bawah United Malay National Organisation.

3 comments:

lutfi said...

Saya tak setuju dgn ahli parlimen yg dengan cepatnya melabel TGNA tidak demokratik. cepat melabel tanpa hujah is slandering, which is cursed by Allah as stated in chapter al-humazah (the slanderer) in the Quran.
The ultimatum given to Ust Nasha should be expected as this is already many time after previous incidents that causing split and havoc in PR.
For Ust Nasya, if you still love Islamic movement, would be nice for you to apologize and leave the scene quietly. may be we can walyaqfu walyasfahu, forgive and forget, but is not going to be the same in the future.
-syukran-

nor suzana said...

PERBUATAN NASH DOK SEMBANG2 DGN UMNO NI BOLEH MENGELIRUKAN org2 awam pendokong parti atas pagar,tak payah sembang dgn juak2 ni,suruh saja masuk menggaji kitab dgn para alim ulamak utk mantapkan aqidah..supaya tata cara seorg muslim jadi darah daging.Pemimpin silih berganti,pas sudah biasa dgn lompatnya org2 yg tak sabar dlm perjuangan ni,hj nakhaie dpt habuan yapeim..atas alasan perpaduan ummah,ummah yg tlh ditipu mereka dgn skandal berbillion ringgit.

Amuraria said...

MENGAPA PERLU SONDOL & TERHEGEH-HEGEH NAK SANGAT DENGAN UMNO ? PARTI YG LEBIH ZALIM & KHIANAT DARI ZIONIS TU PATUT TAUBAT,BUBAR DAN MASUK PAS ,ITU LAGI AFDZAL BUKAN MACAM SATU MANGKUK AFDZAL YANG LAGI SATU KAKI AMPU DALAM UMNO TU ! BUBAR PARTI KARAT DAN MASUK PAS ,ITU SAHAJA YANG WAJIB PAS & AHLI-AHLINYA TERIMA !
PARTI KARAT BIRU DAK NAK KOJOL TAK PAYAH ADU DOMBA PENYOKONG PAS ! ALLAHU AKBAR !