Monday, June 08, 2009

Jumlah Ekspatriat di Saudi Arabia sehingga kini

Perkara ini amat menarik kerana aruah ayah saya pernah dibesarkan di Saudi dari usia 9 tahun hingga beliau berusia 25 tahun. Aruah dihantar dari Pekan Pahang ke Makkah menaiki kapal laut yang belayar selama 6 bulan. Banyak cerita menarik dari aruah sepanjang kehidupan beliau di Makkah.

Sebelum pulang beliau sempat berkahwin dengan seorang janda (juga aruah) yang sudah mempunyai 8 orang anak perempuan yang semuanya kini berkeluarga di Makkah dan rakyat Saudi Arabia, dan perkahwinan itu mengurniakan seorang anak lelaki, aruah abang saya yang sulung.

Umumnya, Saudi adalah negara Arab terbesar di Teluk, dari segi keluasan dan jumlah penduduk.

Jumlah ekspatriat di bumi Saudi, seperti juga di UAE dan Qatar terus meningkat. Menurut sumber Kementerian Buruh Saudi, jumlah semasa dalam 9 juta ekspatriat tinggal dan bekerja di Saudi Arabia.

Lebihkurang 10 tahun lepas adalah 6 juta, 20 tahun lalu hanya 3 juta, dan 40 tahun lalu seramai 1 juta.

Dibawah adalah pecahan mengikut tahun 2009, 1999, dan 1989:

WARGANEGARA 2009, 1999, 1989

India 1.5 juta, 1 juta, 300,000

Mesir 1.2 juta, 1 juta, 300,000

Pakistan 1.2 juta, 1 juta, 300,000

Filipino 1.2 juta, 600,000, 100,000

Jordan 500,000, 300,000, 100,000

Syria 400,000, 300,000, 50,000

Sudan 300,000. 200,000, 50,000

Lebanon 400,000, 200,000, 50,000

Yemen 600,000, 100,000, 1 juta

Afghanistan 200,000, 100,000, 50,000

Bangladeshis 200,000, 150,000, 50,000

Sri Lanka 200,000, 100,000, 100,000

Eropah 150,000, 100,000, 100,000

Amerika Utara 50,000, 50,000, 50,000

Lain-lain (termasuk Malaysia) 700,000, 800,000, 400,000

Jumlah Ekspatriat: 8.8 juta (2009), 6 juta (1999), 3 juta (1989)

Pekerja Lelaki Saudi 3 juta (2009), Menganggur 500,000?

Pekerja Wanita Saudi 500,000 (2009), Menganggur 2 juta?

Jumlah warga Saudi 16 juta termasuk pekerja, pengganggur, warga emas, kanak-kanak dan seramai 1 juta wanita yang tidak mahu atau tidak mampu bekerja.

Purata pekerja buruh ekspatriat dipecahkan ke 3 kategori bahasa, iaitu Inggeris, Arab dan lain-lain.

Kesemua ekspatriat dan keluarga mereka boleh bercakap minimanya bahasa Inggeris dan Arab. Tetapi lebih 2 juta yang tidak boleh membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan Arab. Dalam 3.5 juta boleh menulis dan membaca dalam bahasa Arab, dan kebanyakan dari 1.2 juta warga Pakistan dan 200,000 Afghan boleh mengenal huruf Arab kerana bahasa mereka menggunakan huruf yang sama. Selebihnya dalam 4 juta, lebihkurang 2 juta boleh membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Dari 8.8 juta dalam tahun 2009, lebihkurang 6 juta adalah orang Islam, 1.5 juta adalah kristian dan 1.3 juta adalah Hindu serta lain-lain. Sejumlah antara 1 hingga 2 juta orang Islam adalah pendatang tanpa izin yang masuk menggunakan visa haji atau umrah dan terus menetap. Bakinya adalah pendatang yang melarikan diri.

Dari 8.8 juta ekspatriat Expatriates, barangkali 6.5 juta adalah berstatus bujang, , 500,000 berkahwin, 1 juta pekerja wanita (kebanyakan bujang dan sedikit isteri), dan 800,000 isteri yang tidak bekerja dan kanak-kanak.

No comments: