Saturday, June 06, 2009

Dari Berita Harian 6 Jun 2009 - Alumni Burj Al Haram

Cerpen: Alumni Burj Al Haram

Oleh Fudzail

SUDAH hujung tahun. Cuaca yang sepatutnya lebih nyaman masih pada tahap musim panas. Iklim berubah drastik selepas tsunami mengubah sedikit geografi. Suhu menjadi ekstrim.

Mungkin bumi sudah terlalu tua dan letih setelah begitu lama beredar berpaksikan matahari. Terlalu tua kerana dinasor yang pernah menghuni juga telah lupus jutaan tahun dahulu. Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan minyak daripada limpahan fosil. Minyak yang membawa limpahan kekayaan kepada bumi bernama UAE ini dan terus melincirkan perjalanan hayat manusia. Minyak menjadi ekonomi dunia turun naik. Harga setong minyak yang turun naik membawa impak ke setiap manusia.

Minyak turut membawa jutaan ekspatriat berdagang mencari rezeki. Mencari wang untuk sesuap nasi. Wang menjadikan bumi berpusing mengikut turun naik ekonomi. Wang juga menjadikan UAE tarikan untuk jutaan tubuh, walau kekadang tidak lebih sebagai hamba kepada pembangunan. Hamba kepada ramai Arab-arab tempatan atau Emirati yang masih berfikiran jahiliah hanya kerana mereka itu berbangsa Arab yang diberikan minyak.

Sambung SINI

No comments: