Monday, June 08, 2009

Apa Beza Nasharudin, Ibrahim Ali, Ezam & Katak-Katak Perak?

"A man of principles will resist an evil system with his whole soul. Non-collaboration with evil is a sacred duty!" -- Gandhi


Salah satu tragedi yang muncul sebaik berakhirnya muktamar ke 55 PAS ialah kemenangan Nasharudin untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden. Tragedi kerana kemenangan itu diraikan dengan penuh semangat 'perpaduan' oleh media UMNO (Baru)yang tentunya adalah suara kepimpinan parti Melayu terbesar di dunia itu.


BARISAN kepimpinan baru Pas yang terpilih dari kiri Naib Presiden Salahudin Ayub, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Presiden Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Mahfuz Omar menjulang tangan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Baca tajuk-tajuk Utusan Malaysia hari ini:-
Kuasa ulama terus teguh
MUKTAMAR Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam telah membuktikan bahawa kepimpinan ulama di dalam parti berkenaan terus kukuh tetapi dalam masa yang sama tidak menolak sumbangan kumpulan profesional dan aktivis.

idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara nampaknya mendapat sahutan positif dan negatif daripada pemimpin politik.

ISU kerajaan perpaduan sepatutnya diterima secara terbuka oleh semua pihak. Jangan terburu-buru menolak. Berilah ruang kepada pemimpin bertemu dan berbincang. Usah diragui keupayaan pemimpin yang mengendalikan isu ini.

Melihat kegelojohan media UMNO (Baru) memberi sokongan, berkempen dan merayakan kemenangan Nasharudin mencerminkan ada udang disebalik batu.

UMNO (Baru) tentunya tidak peduli pada kepimpinan parti lawan kalau tiada apa-apa muslihat dan strategi 'devil plan' yang menguntungkan mereka.

Lantas 'scam' 'Perpaduan Melayu' dan 'kerajaan perpaduan'. UMNO (Baru) menjadi tema yang cukup mega. Secara realitinya, UMNO (Baru) bukan gerombolan suci, bersih dan mulia untuk mempertahankan institusi ulamak dalam PAS. Malah sebelum ini habis-habisan mengutuk kepimpinan ulamak PAS.

Maka kemenangan Nasharudin boleh membuka jalan kepada objektif utama UMNO (Baru). Kita tidak perlu menduga lautan dalam. Semuanya sudah terbuka dan bukan rahsia lagi.

Harun Din ada menyebut mengenai musuh dalam selimut. Sama ada kumpulan Erdogan atau kumpulan ulamak menjadi musuh dalam selimut masing-masing, memang ada musuh sedang berselimut untuk mengubah haluan PAS. Sama ada ke arah lebih baik atau buruk, terpulang pada 'musuh-musuh' dalam selimut tersebut.

Melihat gelagat kurang ajar Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS tetapi masih berjiwa UMNO (Baru) dan tindakan dua katak PKR yang melompat untuk menyokong UMNO (Baru) sekaligus meruntuhkan kerajaan PR di Perak , mungkinkah Nasharudin sama sahaja taraf perjuangannya?

Mungkin Nasharudin, ada sedikit kelas sebagai Timbalan Presiden PAS. Sebelum ini pernah ada mantan Presiden PAS yang mati sebagai ahli UMNO.

Kalau Hadi Awang dan Nasharudin, tanpa mengindahkan nasihat Mursyidul Am PAS sendiri, mengambil langkah untuk berpadu dan tidur satu selimut dengan kepimpinan UMNO (Baru), konon-kononnya demi perpaduan dan ketuanan Melayu (baca meneruskan kebobrokan, rasuah, penyelewengan, penipuan dan survival UMNO (Baru)), maka tiada bezanya mereka dengan Ibrahim Ali, katak-katak di Perak, Ezam & lembu-lembu GERAK, dsbnya yang kini berselimut dan berjiwa UMNO (Baru).

Mereka sekadar pencacai yang menjadi hero UMNO (Baru) demi survival sebuah parti yang sudah lupus tarikh hayat dan hanya berharap kepada PAS untuk bekalan oksigen.

Ulang semula:
Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut" (Petikan dari berita Malaysiakini 7/6/09 bertajuk "Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'")

4 comments:

yes said...

Pas selalu mengatakan kita orang Islam harus taat kepada ketua, bagaimana pula halnya bila ramai yang tidak mengindahkan kata kata TGNA. Tidak kah TGNA di anggap sebagai seorang ketua?

Sekali pandang nampaknya sudah menular satu budaya yang cakap tak serupa bikin. Bukankah Pas telah menjalin hubungan dengan DAP dan PKR sebelum 2008, tiba tiba sekarang telah dan mahu lagi berunding dengan UMNO tanpa pengetahuan rakan kongsi. Adakah itu akhlak orang Islam?

Teringat saya kata orang tua tua , kerbau di pegang pada tanduknya, manusia dipegang pada katanya.

Wahai pemimpin pemimpin tinggi Pas, sebelum terlanjur fikir fikirkan lah apa yang hendak tuan tuan lakukan. Memecahbelahkan sesuatu ikatan memang senang tetapi untuk membenanya semula amatlah susah.

Serius...!! said...

keadaan yang berlaku sekarang nih nampaknya amat2 lah membinbangkan..
daripada kekacauan pihak musuh sehinggalah kii apabila dikatakan ada musuh dalam selimut??

Dn ini pula melibatkan pemimpin2 atasan,pemimpin dari kalangan ulama` sendiri??!

Sesungguhnya saya tidak tahu apaka h sebenarnya agenda yang uba dilakukan ataupun evil plan...untuk menjatuhkan struktur PAS itu sendiri?? ataupun ini adalah salah satu strategi PAS ini untuk membuat muslihat kpada BN agar nampaBn beriya-iya seronok nak join cadangan keraajaan perpaduan ini...

Entahlah...kalau nk diikotkann Hadi Awang dan Nashrudin kedua-duanya merupakan ulama` besar...saya yakin mreka tdkakan melakuka sedemikian ats pemikiran rasional mereka yang bersandarkan kepada ALLAH..MUNGKIn juga kita yang tidak menyedari apakah sebenarnya plan baik yang sedang dilakukan oleh ulama` kta??

Namun apapun...nasihat Mursyidul Am PAs...TGNA seharusnya menjadi ikutan dan panduan...kenyataan TGNA sepatutnya tidak boleh disangkal lagy..kenapa jadik begini???

Apa pun..kita tunggu da lihat apakah yg akan terjadi..dan moga2 kepimpinan ulama HAdi Awang dan Nasharudin tidak mengkhianati kita...

sekian...

Ahmad Roshidi Wahab said...

saya agak keliru dalam hal ni, namun dapat dirasakan bahawa terdapat beberapa perkara yang mana seolah-olah niat dan pandangan jauh TG Hadi Awang tidak diberikan perhatian sewajarnya. Istilah Kerajaan Perpaduan tidak difahami dengan sewajarnya dan terus-terusan disamakan sebagai PAS menyertai BN, sesuatu yang sama sekali berbeza, sila baca kenyataan di Akhbar Harakah. 'Janganlah kebencian kepada sesuatu kaum menyebabkan kita tak berlaku adil'

Azlan Syah Iskandar Abdullah said...

Saya bukanlah ahli PAS, tapi seluruh kaum kerabat saya adalah ahli PAS. Tpi saya ttp menyokong PAS. Cume saya sgt tidak setuju dgn idea kerajaan perpaduan TG Hadi. Bagi saya kite perlu bersatu dibwah Islam. Kite kene tolak sentimen perkauman. Islam merentasi pelbagai bangsa. Kalau kerana Matlamat kerajaan perpaduan adalah demi keutuhan dan ketuanan bangsa Melayu saya sgt tidak setuju.

Biarlah saya hilang bangsa tapi saya tidak mahu hilang agama. Saya menyokong PAS adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz, bukan Dato Sri Hadi. Apa2 pon saya hanya menunggu dan melihat...