Saturday, May 09, 2009

Bila Lelaki di diskriminasikan di UAE

Salah satu diskriminasi yang paling menonjol di UAE ialah, diskriminasi terhadap kaum lelaki!

Walaupun lelaki adalah majoriti, lebihkurang untuk setiap 6 atau 7 lelaki, satu wanita, kebanyakan pejabat kerajaan, bank, hospital, servis kereta, kelab rekreasi, kelab renang, universiti/sekolah dsbnya menyediakan kaunter atau servis khas untuk wanita sahaja.

Malah ada bank yang menyediakan cawangan khas hanya untuk wanita. "Ladies banking' yang tertutup...tiada lelaki dibenarkan masuk termasuk ATM hanya untuk kegunaan wanita.


H.R.H Princess Haya Bint Al Hussein, during the inauguration of branch for ladies only


Di kaunter pembayaran utiliti (air, api, telefon dsbnya), bukan sahaja ada kaunter istimewa untuk wanita malah tempat menanti pula jauh lebih 'eksklusif' dengan kerusi kulit empuk, ada meja, bahan bacaan yang mahal. Manakala untuk lelaki, hanya kerusi keras.

Setiap bas juga menyediakan kerusi-kerusi khas hanya untuk wanita dibahagian depan. Kalau ada lelaki yang duduk dikerusi tersebut, boleh dihalau turun dengan segera. Malah ada bas dan teksi berwarna pink yang disediakan khas untuk penumpang wanita. Metro (monorail) Dubai juga dikatakan akan menyediakan gerabak khas untuk wanita.

Kalau tiada kaunter khas disediakan untuk wanita, layanan istimewa diberikan kalau ada pelanggan wanita (baik yang mengandung atau tidak), mereka boleh terus memotong queue walau lelaki beratur panjang dan menanti lama.

Begitu layanan terhadap lelaki yang nampak tidak pula marah, memprotes dan berdemonstrasi sebagai majoriti yang berkuasa.

Lelaki bukan rakyat UAE yang berkahwin dengan wanita Emirati juga tidak diberikan kewarganegaraan, sedangkan wanita bukan Emirati yang berkahwin dengan lelaki Emirati diberikan kewarganegaraan!

Begitulah diskriminasi positif yang sepatutnya dilakukan di semua negara, selamat Hari Ibu!

1 comment:

AMBUYAT EL-BINANGKIT said...

Ana C&P Artikel ini ke sini
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/05/bila-lelaki-di-diskriminasikan-di-uae.html

atau klik jer nama ana..
Ambuyat...