Tuesday, May 12, 2009

Babak Layar Perak

Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and wife Datin Seri Fatimah Taat (right) talking to Raja Dr Nazrin Shah at Istana Iskandariah after an investiture ceremony on Tuesday. - SAIFUL BAHRI/The Star

babak-babak di layar
selang seli menggamat audien
skrip mengikut suasana
meriah sebuah sarkis semasa
sandiwara bollywood para algojo
bermain silap mata
sekejap bertukar-tukar
topeng-topeng karikatur
dari lembaga-lembaga
haiwan politik jalanan
yang gentar pangkahan
suara hitam putih
keramat demokrasi
mahkamah rakyat


http://www.tvantara.com/v1/pic/section_mainnews/20090429151205_zambry_jester.jpg
kuasa ditangan pengarah
kencing dibelakang tabir
bercandu dengan survival
mengatur agenda percaturan
permainan strategi perang
yang berlanjutan masa
menjadi bencana panjang
buat marhaen meneruskan
gawat kehidupan
setelah terkantung-kantung
perlembagaan negeri
di ambang pintu masuk
busuk dan membusukkan
tandas ketuanan!

Fudzail
Dubai UAE
12 Mei 2009

1 comment:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....