Wednesday, April 29, 2009

Si Muflis berbogel di Dubai

Begitulah cerita dari sebuah akhbar berbahasa Arab.

Mat Salleh ini, beberapa hari sebelum kejadian yang tidak diingini ini berlaku adalah jutawan yang mempunyai segala-galanya. Villa besar, beberapa kereta mewah, saham-saham di Bursa Dubai, keluarga yang bahagia dan banyak syarikat termasuk dalam sektor hartanah.

Tiba-tiba kemelut dan krisis ekonomi membogelkan realiti. Anak-anak terpaksa diberhentikan dari sekolah, villa, kereta tergadai, syarikat-syarikat bungkus, saham-saham terus jatuh ke paras negatif.

Dia dan keluarganya kini MEREMPAT, homeless dan penniless..malah berhutang lagi!

Maka, sebagai protes kepada bala dan malang yang menghimpit, dia mengambil keputusan untuk membogelkan semua untuk ditontoni khalayak.

Dia tidak mahu simpati, dia mahu masuk penjara sebab semuanya PERCUMA dan dia selamat dalam penjara...termasuk diberi pakaian dan penginapan yang dikawal rapi dari along-along yang mahu menyiat-nyiat tubuhnya!

(Nota kaki - Tiada undang-undang muflis di UAE...cuma masuk penjara kalau tidak bayar hutang, cek tendang...dan penjara di Dubai macam hotel 3 bintang gitu, bebas...siap ada wi-fi dan buat urusan niaga melalui Internet dan telefon..pernah masuk sebagai tetamu dengan Yusuf Islam untuk berceramah...:)-

16 comments:

th said...

what the...?
takan la sampai camtu skali..

time nak duit banyak sgt akal..
time takde duit, ape cerita..?

Waterlily said...

Tiada yang kekal kan bro ..

Semoga kat Mesia ni tak de la sampai jadi cam ni ..


~lily~

armorphism said...

Kat Malaysia kalu nak buat camtu kena kawtim ngan REFORMIS..kakaka!!

Asraf Sani said...

Full article link kat bawah.. agak scary.
Aku doakan semua warga malaysia di UAE & middle east takda meminjam/berhutang. Anything happen boleh terus balik.

http://www.independent.co.uk/opinion/commentators/johann-hari/the-dark-side-of-dubai-1664368.html

sbjdisdg said...

Di Malaysia lagi dahsyat,dah disahkan terlibat dgn politik wang aka rasuah pun masih boleh jadi ketua menteri (Ali Rustam).Sama dgn mat saleh ni,cumanya dia berani terus bogel depan umum.Yg ketua menteri ni dah dibogelkan,tapi muka tak tahu malu,masih boleh pegang jawatan.Malu aku sbagai rakyat Malaysia.

Azura said...

aku ingat tadi penguin berjalan....org sekeliling cam selamba... cuba kalo anak pompuan dia yg bogel...bole join sekali

manlaksam said...

Kekayaan dunia bukan hak kita selamanya......hanya pinjaman.

PenulisBebas said...

ada sesape tau apa jadi dengan mat saleh ni skrg?

Asraf Sani said...

cuma moral of the story is...

Elakkan berhutang kalau boleh.. esp kalau merantau di tempat orang..

blog.asrafsani.com

sakariya said...

Cuba bayangkan Ali Rustam berjalan macam sibogel tu..... buat malu orang melaka aje.

shafahanz-iman said...

sangat memalukan... berlaku kerana tiada pegangan hidup.

shafahanz-iman said...

sangat memalukan .. berlaku kerana tiada pegangan hidup ..

mr_sabri said...

agak menakutkan
tp ape pn yg kita kalukan..
perlu difikirkan utk
jangka pnjg

arah said...

Ingatkan Allah ketika kita senang, insyaallah Allah akan igatkan kita ketika kita susah.

abikhsan said...

Kiranya Ali Rustam ada pegangan hidup la ya sebab tak berbogel di khalayak.... Nak berbogel dlm bilik kena hati-hati nanti gambar masuk internet.. ha ha ha ha..

Alif Lam said...

Pesanan khidmat masyarakat : Jangan pinjam sama ahlong..!