Tuesday, April 07, 2009

Kenapa Saya Masuk Balik UMNO dan dua bukit

Begitulah tajuk entri terbaru dari blog Che Det. Bukan saya mahu masuk balik dalam UMNO. Sekadar tergelak membaca alasan-
bukit gantang 2009 by election results 070409alasan Che Det untuk menghalalkan kemasukan semula dirinya ke dalam parti yang dia adalah pengasas/ahli no.1 sebaik di haramkan, dan masih penuh dengan najis rasuah, itu pun kata Che Det sendiri.

Dengan kemenangan PAS dan PKR di dua bukit, hanya Batang sahaja yang masih bertahan bersama Che Det, walaupun Che Det turun berkempen di dua bukit sebagai 'pop star'.

Secara logiknya mengikut berita di bawah oleh Bernama;

Kemenangan Di Batang Ai Bukti Rakyat Terima BN

LUBOK ANTU, 7 April (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing menyifatkan majoriti besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Ai sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Batang Ai Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud said BN's victory in the Batang Ai state by-election is a vote of confidence for new Prime Minister Najib Abdul Razak.

He said Najib's appointment and his message of change were among the factors which contributed to the BN's huge victory in the area.

"They welcome Najib's leadership. They believe that positive change will come with his appointbukit selambau by election 2009 results 070409 short versionment.

"We fully support the new prime minister and this is the way the people of Batang Ai giving Najib a rousing welcome," he was quoted as saying by Bernama.


Maka, kekalahan di dua bukit bermaksud rakyat menolak UMNO/BN/Najib!

Saya bersetuju dengan Che Det dalam point berikut:

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

Memang melucukan membaca kembali lapuran berita akhbar milik UMNO sebelum hari pengundian.

Pengundi Cina Beri Petanda Baik Di Bukit Gantang

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bersandarkan Harapan Baru Di Bukit Gantang, BN Yakin Dapat Sokongan

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Dengan hari pengundian semakin hampir dan para calon memanfaatkan sepenuhnya hari-hari akhir berkempen, apa yang bermain di fikiran kebanyakan orang di bandar ini yang hampir setiap hari dilanda hujan ialah siapa yang akan berputih mata atau muncul juara.

Pembangkang Semakin Tertekan Di Bukit Gantang : Muhyiddin

TAIPING, 2 April (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula "bermain kasar" kerana semakin tertekan dengan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang yang kini memasuki fasa kritikal.

Angin Perubahan Di Kalangan Pengundi Melayu Bukit Gantang

TAIPING, 1 April (Bernama) -- Para pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) berkempen, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukit Gantang by-election: Ismail has reduced the odds, say Terengganu bookies

Dan lapuran paling lawak...

  • Ismail yakin peroleh majoriti lebih 1,000 undi

    BUKIT GANTANG: Calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian, yakin menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan majoriti antara 1,000 hingga 3,000 undi. [+] 12:36 PM

  • "You must understand, this is not our seat and not our state, we did not lose our own seat. So to look at it in such a defeated manner... I am not prepared to do that," Hishamudin Hussien said.

9 comments:

ibrahim said...

APA PUN SAYA KECEWA DENGAN KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH RAKYAT 2 BUKIT. TERNYATA MEREKA TERPENGARUH DENGAN TIPU HELAH PAKATAN RAKYAT. APA PUN ITU YANG RAKYAT 2 BUKIT NAK BIARKAN MEREKA DENGAN DUNIA MEREKA

mut said...

Nasib baik propaganda UMNO masih ditolak rakyat. Sepertimana yang kita lihat dalam PRK sebelum ini, media melaporkan PRK yang berlangsung seolah-olah UMNO/BN sahaja yang bertanding. Blackout yang dikenakan terhadap kempen pembangkang menyeluruh, hampir total.

Tapi saluran alternatif yang menyampaikan maklumat dan kempen dari parti pembangkang dapat berfungsi dengan baik. Kredibiliti media milik BN sudah hancur, dan mati tidak berkubur. Pengundi tidak lagi tepengaruh dengan begitu mudah dengan penipuan terancang oleh BN dalam pilihanraya.

Pekerja-pekerja dan jentera kerajaan yang dibiaya dana kerajaan juga dikerah secara menjolok mata untuk memenangkan BN walhal mereka sepatutnya non-partisan.

Kes pengundi hantu, pos tetap berleluasa tapi nampaknya gagal mengubah keputusan pengundian. Fungsi SPR sebagai referee tetap diragui. Beberapa blog pro-UMNO menunjukkan kebebalan terlampau apabila menuduh PR berdiam diri pasal pengundi hantu bila menang dan menimbulkan isu itu bila kalah (seperti dalam PRU 12). Sebenarnya, setiap kali PRK atau PRU, Bersih dan Mafrel masih melaporkan peranan SPR yang lemah dalam memastikan ketelusan pilihanraya, hatta pada PRU 2008 sekalipun ! Apa susah, google sahaja ! Tetapi biasalah, BN buat-buat bodoh.

Alhamdulillah, kali BN tetap dapat dikalahkan dengan majoriti yang lebih besar di Semenanjung. Walau bagaimanapun, Malaysia Timur memerlukan lebih banyak masa. Saluran maklumat yang terhad disana memang membantutkan usaha mendekati mereka.

D'Rimba said...

LEBIH BAIKLA TOLAK PERLAKSANA TEGAR ACUAN BARAT. KAMI PERLUKAN ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI

nasser said...

the more dr mahathir campaign, the more Pakatan Rakyat wins...!!!! therefore, we should encourage him to campaign further...!!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT..!!!!

nasser said...

the more dr mahathir campaign, the more Pakatan Rakyat wins...!!!! therefore, we should encourage him to campaign further...!!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT..!!!!

noname said...

Mahathir tak habis2 mengutuk Pak Lah. Itulah UMNO, sama2 ahli baik yang tua seperti Mahathir atau pun muda seperti Kera Jalanan, bermusuh sesama sendiri.
Tikam menikan, suap menyuap - budaya UMENO.

Roti Kacang Merah said...

BroFudzail, salam.

Memang seronok kadangkala tu kalau dianalisa semula laporan-laporan akhbar dan media pro-BN ni -- depa ni pakat syok sendiri aje. Macam Mat Jenin. Berangan tak sudah. Siap nak tubuh lagi Suruhanjaya untuk kaji kenapa rakyat mula pinggirkan BN. YA ALLAH, such thick skulls they have! Air liur ni dah naik kering dah bagitau apa yang tak kena dengan depa, depa masih tak faham-faham lagi?

Jangan dia guna duit rakyat untuk tubuh Suruhanjaya ni, sudah.

ummuaimi said...

Hanya orang yang macam ibrahim sahaja yang masih melihat bn itu indah. Mereka di 2 bukit itu tahu apa yang mereka mahu , janji retorik selama 52 tahun atau keadilan untuk semua. Ana bangga dengan mereka. Syabas!

th said...

its getting funnier..

it makes me wonder.
yg lain2 tu ape agaknya dlm fikiran mereka...? tak nampak2 lagi ke kebodohan dan putar belit depa2 ni..?!

aiseh..

"...we CAN bring a horse to a water.
but we CAN'T force the horse to drink..."


takpela..
but at least jgnla jadik DONKEY...!