Saturday, April 18, 2009

Ijazah dari Universiti Malaysia - Murah sahaja, tidak bermutu?

Saya sempat mengunjungi pameran pendidikan terbesar Teluk di Dubai, iaitu - GETEX (The Gulf Education & Training Exhibition).


Begitu ramai mengunjungi memenuhi dewan pameran sehingga bersesakan. Terutama pada ibu bapa yang membawa anak-anak, selain individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.

Begitu banyak gerai dari pelbagai universiti dan negara untuk dikunjungi dengan tawaran pengajian dalam pelbagai bidang. Menurut lapuran media tempatan, peningkatan dari segi jumlah profesional di Dubai yang menyambung pengajian peringkat sarjana dalam kemelut dan krisis ekonomi ini memang ketara sekali, terutama MBA sebagai cara membanyakkan peluang kerjaya apabila ekonomi kembali pulih.

Salah satu gerai yang saya kunjungi ialah, Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (MEPC).

Tertarik melihat poster promosi yang lebihkurang berbunyi, "Dapatkan ijazah dengan sekadar 50 ribu dirham di Malaysia!

Cost Advantages

The relatively cheaper cost of the education in Malaysia coupled with the availability of internationally-recognised qualifications highlights another significant factor why international students choose to study here. The following tables show the cost benefits of studying in Malaysia:

An Example of Comparative Education Cost for a Bachelor’s Degree in Computer Science (3 yrs) of an Australian University
Item
Australian Branch
Campus in Malaysia
Australian University
Tuition Fees
USD 8,650
USD 17,000
Living Costs
USD 4,290 - 5,710
USD 14,290 - 16,430
Health Insurance
USD 60
USD 250
Average Education Cost (per year)
USD 13,670
USD 32,440
Total Education Cost
USD 41,010
USD 97,330
Source: Study in Malaysia Handbook published by Challenger Concept (M) Sdn Bhd


An Estimation of Education Cost for a Bachelor’s Degree
Programme in Arts & Business (per year) in Various Countries
CountryTuition FeesLiving CostTotal Cost
Australia (public) USD 8,500USD 8,500USD 17,000
Canada (public) USD 7,500USD 9,000USD 16,500
France (public)minimal USD13,000 USD 13,000
Malaysia (private) USD4,600 USD4,000USD9,000
New Zealand (public) USD 10,000USD 11,500 USD 21,500
Singapore (private) USD 6,500USD 10,000 USD 16,500
United Kingdom (public)USD 14,000 USD 12,500 USD 26,500
USA (public) USD 13,000 USD 12,000USD 25,000
USA (private)USD 22,000USD 13,000 USD 35,000
Source: Study in Malaysia Handbook (International Edition) & various related websites


An Estimation of Study Cost for a 3+0 Foreign University Bachelor’s Degree Programme in Business Studies in Malaysia (per year)
Tuition FeesLiving Cost Total Cost
USD 5,000 USD 4,000USD 9,000
Source: Challenger Concept Research Team (www.StudyMalaysia.com)
Note: All the figures are estimates only and may not be up to-date.
Exchange Rate: Estimated USD 1 = RM3.50


Gerai MEPC turut dipenuhi pengunjung. Sememangnya kos yang rendah cukup menarik untuk ramai pelajar ekspatriat di Dubai ini belajar di Malaysia.


Dikatakan terdapat seramai 40 ribu pelajar luar berada di Malaysia yang turut mahu menjadi pusat pendidikan serantau. Separuh dari jumlah itu datang dari Timur Tengah.

Sesuatu yang baik kalau taraf universiti kini turut meningkat terutama dalam 100 yang terbaik di dunia, sesuatu yang masih jauh ketika ini, apabila universiti kita masih dalam kepompong dasar politik sempit dan kebelakang.


Apa yang saya dapati di gerai MEPC, hanya sedikit brosur universiti. Hanya beberapa kumpulan kolej swasta yang dipromosikan (kalau dilihat dari brosur). Dimana UIA dan universiti lain?

Mungkin promosi MEPC di GETEX menjadi labih baik kalau bersesuaian dengan kemelut semasa iaitu memberi penekanan pada ijazah lanjutan dan latihan pendek untuk profesional.

Persaingan hebat bukan sahaja dari negara-negara maju yang mempunyai perwakilan besar, malah dari India dan UAE sendiri. Tentunya kos untuk belajar di India lebih murah dan pilihan yang jauh lebih banyak.

Kos pengajian yang rendah untuk peringkat ijazah pertama mungkin baik untuk segelintir kecil pelajar, tetapi mutu pengajian dan ijazah semakin penting untuk menjadi tarikan.

Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan kehadiran banyak cawangan universiti luar di Malaysia, kita juga perlukan jenama universiti tempatan yang mesti bermutu dan diiktiraf, bukan sahaja dalam senarai 100 yang terbaik, malah cemerlang dari segi penyelidikan.

Buat masa ini, sebagai seorang bapa, saya masih meletakkan Malaysia dalam senarai destinasi untuk anak saya melanjutkan pengajian peringkat A-level, tetapi masih belum berminat untuk peringkat ijazah.

Antara sebab ialah untuk memberi pengalaman anak-anak belajar tanpa akta universiti dan kolej serta agenda politik United Malay National Organisation yang lebih memundurkan bukan sahaja taraf intelektualiti, malah nilai ijazah itu sendiri!

Dan sebab lain, pengiktirafan ijazah seperti perubatan yang penting dimana berita Kesatuan Eropah tidak mengiktiraf MBBS universiti Malaya untuk kemasukan 1990 memberi pukulan hebat kepada promosi MEPC sebagai pusat pendidikan serantau yang cemerlang, gemilang dan terbilang (alamak, slogan ini pun sudah BASI)!

2 comments:

D'Rimba said...

Kwang kwang kwang kesian Malaysia sememngnya sistem pendidikannya terlalu menekankan keputusan peperiksaan di atas kertas semata tanpa ingin segera seimbangkan teori dan praktikal juga penekanan dalam bidang penyelidikan, penciptaan dan perniagaan bermula di peringkat tadika hingga universiti....Pemikiran jadi buntu terkongkong tidak banyak penciptaan belajar teori semata....

wanrosaini said...

Ledakan serta saingan untuk memenangi peruntukan belanjawan kerajaan telah mendatangkan berbagai masaalah. Sejak tiga tahun lalu 8 fakulti pergigian bercambah bagaikan cendawan, tambahan kepada 3 sebelum tahun 2005. Tenaga pengajar yang berkelayakan, staff teknikal yang mencukupi serta berpengalaman, perbelanjaan bangunan fizikal serta pengisiaan perkakasan serta teknologi tercanggih dan mutakhir membawa kesan kepada mutu serta penarafan yang mencurigai. Perancangan dan kawalan adalah dua perkara asas yang dikebelakangkan apabila perlaksanaan berlandaskan nafsu menjadi tunjak pembangunan. Slogan modal insan dan hub pendidikan bertaraf global adalah modal lawak bodoh kepada mereka yang terlibat mereka. Bila masuk ke arena antarabangsa pak badut dan tukang karut akan merawit cerita dongeng yang membawa maksud melukis gambaran indah khabar dari rupa. Apa lagi yang boleh memeranjatkan kita?