Tuesday, April 28, 2009

Dalam Transit

(Sempena Farewell buat Pak Payne)


masih terus mengukur
tinggi rendah
panjang pendek
ruang dan jarak
bersama catatan usia
hitam putih realiti
warna-warna jiwa
merentas perjalanan
sebuah kehidupan bermukim



dalam transit ini
kau, aku, kita, mereka
bukan sekadar bayangan
foto, video, kata-kata
gelak tawa, sedih hiba
mewajah imbasan suasana
tetapi ukiran memori
merangkai nadi hayat
lakaran indah hikayat


sesekali pandang ke belakang
berlari mengejar masa depan
laju dan perlahan
turun naik, jatuh bangun
saujana ilusi di gurun
masa yang sejengkal
namun budi memanjang
selagi jasad melangkah
dengan ilmu dan tawakal
pengalaman adalah mutiara
menyambung perjuangan
generasi perantau!

Fudzail
Palm Jebel Ali
28 April 2009

(Gambar-gambar dari Facebook Pak Payne)

No comments: