Sunday, March 22, 2009

Pak Lah mendakwa dia telah lakukan yang terbaik

Apakah yang paling diingati mengenai Pak Lah selama menjadi PM?
  • Tidur
  • KJ
  • Flip-flop
  • Hadhari
  • Kahwin Jeanne
Begitulah Pak Lah dalam memori kebanyakan ramai orang....dan ada diantara kita masih mengharap Pak Lah menjadi PM kerana penggantinya dianggap penuh dengan skandal!

Saya lakukan yang terbaik


Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi


‘‘Dari segi kekecewaan, tidak ada apa-apa yang benar-benar mengecewakan. Sebagai orang Islam, kita harus bersedia untuk menghadapi apa sahaja, sama ada mengurus kejayaan atau menangani cabaran,’’ kata datuk Seri Abdullah Ahmad badawi ketika ditanya apakah kekecewaan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri.

‘‘Semuanya datang dari Allah. Saya telah melakukan apa yang saya fikirkan akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara,’’ katanya dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AZIZ ISHAK, OTHMAN MOHAMAD, ZIN MAHMUD, ZULKEFLI HAMZAH, ZULKIFLEE BAKAR , ZULKIFLI JALIL dan jurugambar SYED AGIL SYED JAAFAR di kediaman beliau baru-baru ini.

Pagi itu, Seri Perdana bersuasana damai ketika negara sedang bergerak meninggalkan era pentadbiran Perdana Menteri kelima itu. Inilah kehebatan politik Malaysia. Perubahan pucuk pimpinan boleh berlaku secara licin dan tenteram di mana semua pihak mengutamakan kepentingan negara dalam membuat pertimbangan politik.

Memang benar Abdullah telah memimpin parti dan negara semampu beliau sebagai lanjutan kepada Perdana Menteri terdahulu di samping mewariskan pencapaian kepada pemimpin akan datang.

Sepanjang wawancara selama sejam setengah itu, Perdana Menteri yang berbaju batik kelihatan ceria menjawab semua soalan secara berterus-terang.. Abdullah bercakap mengenai pencapaian sepanjang berkhidmat, ekonomi, pertanian, kegagalan, kekecewaan, kritikan, cabaran, 30 tahun kerjaya politik, politik wang, masa depan, institusi raja, orang Melayu, harapan kepada penggantinya, keluarga, menantu dan persaraan.

Ada ketikanya suara beliau bernada ceria dan ada ketika pula serius terutamanya apabila bercakap soal masalah politik wang dalam UMNO, cabaran untuk bakal pengganti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan masa depan orang Melayu.

Di akhir wawancara itu, beliau membawa kami melihat koleksi gambar-gambar nostalgianya dan koleksi tongkat yang ditempatkan di bilik bacaan. Kemudiannya, beliau bersama Datin Sri Jeanne Abdullah membawa wartawan ke kebun hasil usahanya di perkarangan Seri Perdana. Menurutnya, berkebun dapat memberi ketenangan dan di situlah beliau bersama-sama isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah berkongsi kegembiraan.

Pencapaian sepanjang berkhidmat

Pencapaian paling hebat bagi saya, ialah mengemudi Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang dianggap satu keputusan terbesar yang pernah diperolehi oleh BN sepanjang sejarah.

Selain itu, konsep Islam Hadhari juga merupakan antara pencapaian sepanjang kepimpinan saya. Semasa saya baru jadi Perdana Menteri, Islam Hadhari dapat diterima di luar negara termasuk negara-negara bukan Islam. Berikutan itu saya diminta untuk memberi ucapan berkaitan Islam memandangkan ketika itu isu Islam semakin mendapat perhatian berikutan peristiwa 11 September. Peristiwa berkenaan telah menyebabkan wujudnya pelbagai reaksi mengenai agama Islam dan orang Islam termasuklah yang berunsur negatif.


ABDULLAH ketika diwawancara (dari kiri) Zulkefli Hamzah, Othman Mohamad, Aziz Ishak, Zin Mahmud, Zulkiflee Bakar dan Zulkifli Jalil di Sri Perdana, Putrajaya.


Saya bercakap mengenai Islam Hadhari di Eropah, Amerika, Australia, Pakistan, India dan beberapa negara lain. Malah saya telah dijemput oleh kerajaan India menyampaikan ucapan mengenai Islam Hadhari kerana negara itu mempunyai macam-macam masalah antara penduduk beragama Hindu dan Islam. Keseluruhannya, di mana-mana pun saya bercakap mengenai Islam Hadhari ia mendapat sambutan yang cukup baik.

Oleh itu, saya akan terus bercakap mengenai Islam Hadhari bila ada kesempatan. Islam Hadhari perlu terus diterangkan dan diberi penjelasan, orang hendak tahu apa itu agama Islam dan apa nilai-nilai yang menjadi pegangan kita.


Abdullah dan Jeanne berkongsi gembira di kebun


Abdullah dan Jeanne meninjau salah satu pokok herba yang ditanam di Kebun Ramuan, di Perkarangan Sri Perdana, Putrajaya.


SABAR sungguh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melayan 'kerenah' isterinya di Kebun Ramuan, yang terletak hanya beberapa meter dari pintu utama kediaman Perdana Menteri dalam pekarangan Sri Perdana.

Here come the lady, usik seorang kakitangan yang mengiringi Abdullah seraya melihat Datin Seri Jeanne Abdullah yang ditunggu, sedang menuruni anak bukit menuju ke kebun seluas separuh padang bola. Balas Abdullah: The chief is a lady.

Jeanne yang berpenampilan santai sambil tersenyum memimpin tangan Abdullah mengajak sekumpulan petugas media termasuk Mingguan Malaysia baru-baru ini: ''Jom, marilah ke kebun kami."

SINI

1 comment:

Pentilium5 said...

bab kawin tu sensitive sikit le brother....heheheheehhee