Saturday, March 14, 2009

Mahathir dan Bahasa Melayunya

PPSMI bermula dari keputusan mendadak Mahathir yang kunun-kununnya tindakan terbaik dalam mengurangkan masalah siswazah yang tidak mahir berbahasa Inggeris.
Saya ada beberapa komen secara sepintas lalu.....

  1. Mahathir tidak membuat apa-apa kajian sebelum melaksanakan PPSMI dan semua menteri kabinet, pemimpin United Malay National Organisation bersetuju tanpa bantahan.
  2. PPSMI adalah cara untuk memberi kontrak pada kroni secara atas angin
  3. Apakah PPSMI mengambil kira majoriti anak-anak kampung yang tidak mempunyai pilihan seperti anak-anak orang berada dan tinggal di bandar-bandar?
  4. Pengajaran bahasa Inggeris mesti dipertingkatkan. Saya sendiri belajar bahasa Inggeris paling berkesan sewaktu dihantar ke kursus intensif selama 6 bulan di UiTM sebelum ke New Zealand, dimana 6 bulan itu lebih berkesan dari 11 tahun di sekolah!
  5. Mahathir yang terus mempertahankan kesilapan beliau itu, saya berpendapat, Mahathir tersilap dalam menyamakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
  6. Juga silap yang sains dan matematik sahaja boleh memajukan bangsa dan negara. Pemikiran sehala seperti ini membahayakan sekali. Apakah seni, sastera, geografi, sejarah tidak boleh memajukan negara?
  7. Penguasaan ilmu bukan sekadar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jepun, Jerman, Rusia dan lain-lain negara/bangsa lebih maju dari orang Inggeris.
  8. Pandai berhujah dalam bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa tidak semestinya kerana dia belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
  9. Membanyakkan istilah sains dalam bahasa Melayu akan sama memperkembangkan bahasa Melayu dan ini penting sebagai jati diri. Apakah orang Jepun dan Korea ketinggalan kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri?
  10. Mahathir kata - Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang....BANGANGnya Mahathir, apabila kerajaan yang kini mengikut undang-undang Mahathir dimana semua protes ditutup....suara rakyat tidak didengari, demonstrasi adalah perlu dan dibenarkan oleh perlembagaan serta demokrasi.
  11. Perlembagaan negara menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar!

13 comments:

Muallim said...

Assalamualaikum saudara, sekiranya idea PPSMI ini diteruskan - kita ajar UMNO dengan melenyapkannya dalam PRU13.

Untuk makluman dalam PRU13 4 orang anak saya sudah layak mengundi. Saya yakin generasi seangkatan dengan saya masih mempunyai bilangan anak yang ramai - berdasarkan kepada tinjauan am ke atas adik beradik dan sahabat saya, kami mempunyai bilangan anak diantara 5 hingga 8 orang.

malaysia said...

BODOH!!!!! BANGANG PUNYA PENULIS BLOG

kutucyber said...

Malaysia,

Itu saja hujah anda?
Kasihan...otak anda penuh sampah sarap...tak dapat berhujah dikatakan orang lain BODOH.

AWAK PALING BODOH!

D'Rimba said...

salam, teruskan perjuanganmu atur langkah berkesan, insyaallah Allah Maha Adil lagi Maha mengetahui

Hang LIPO said...

Dah 6thn PPSMI dilaksanakan baru skrg pahat berbunyi...aku pon dulu produk pertama bahasa malaysia sepenuhnya sampai masuk U terkial2 belajo subjek Sains dlm bahasa inggeris dengan sepatah haram buku takde dlm bahasa malaysia.Kita mmg takde penterjemah2 yg bagus translate bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia kebnyakan istilah2 sains kalo diterjemahkan ke dlm bahasa malaysia mmg melucukan & kalo ada buku yg diterjemahkan kadang tak paham lansung maksudnya kecuali istilah itu dlm bahasa inggeris (istilah biologi umpamanya).Ini lagi memeningkan kepala kalo dia ambik jurusan perubatan @ kejuruteraan. Sebelom dia kantoi di tahap universiti lebih baik dia kantoi di sekolah rendah.......

rascal r us said...

Fudz,
The malays must not kid themselves into believing "It Will Be All Right On the Night" . Believe you me if they are not dragged into the 21st century kicking and screaming... they will not have a future to talk about. Hishamuddin must have the political courage and he will to rise above the petty politics and keep this policy alive as it has really worked. I will tell you from personal experience in educating the Dental Students.The Malays are a very smart lot but they suffer from an inferiority complex. The complex comes from the fact that they have hit a knowledge "wall" when suddenly all the literature in regards to Dentistry is in English, Technical/Scientifi c English.The non malays speaks and understand this language because in fact they speaks it at home. They excell on a "not so level" playing field. Today Im a part time lecturer at UITM. I am impressed with the new batch. I tell you the teaching of Sc/Math in English has worked. The boys n girls today understand better the content that they learn from the scientific literature as they are used to this language that it is presented in. EST or English for Science anTechnology thought in form 4 and 5 has made them very comfortable in answering papers in this subjects The myth saying that kampung boys n girls are doing worse off is shattered with the SPM results showing rural kids do better than towns I propose a democratisation of the Malaysian School System. Bring back Malay and English streams. As part of the education and see which streams those protesters will send their kids to! Im sure the malay streams will close down. People overseas can comment on all sorts of rhetorics but their kids are in nice private English school getting the best quality education from an English Private School Curricula.The reality is here, in Klang where we have to do what we have. No! there is no turning back, English has to be the language of choice for math and science. At the end of the day Im proud of our kids today. Very good in their B Melayu and proficient in written and verbal English! The best of both world really! My 2 sen

Azman said...

Saya amat setuju 'mastering' bahasa inggeris dari peringkat sekolah rendah amat berguna bagi generasi akan datang untuk lebih bersaing. Lagi bagus kalau tenaga pengajar kita ambil terus dari negara-negara asal bahasa inggeris.Lagi EFFECTIVE kan!
Tapi issue-nya bukan keupayaan/kepentingan bahasa inggeris yang dipersoalkan. Tapi SURVIVAL bahasa melayu. Kalau dari pagi dipejabat kita 'speaking'8:30-5:30, subject matematik dan sains pun pakai bahasa inggeris; masihkan RELEVANT lagi bahasa melayu dimasa-masa hadapan? Kalau saya bukan melayu, mengapa saya bersusah-payah nak belajar bahasa melayu lagi kalau tak 'diperlukan' sangat. Membuang duit dan masa saja.Lama-lama kita kan jadi macam Singapore. Mana pergi Bahasa Melayunya?

chokero said...

Sekadar memberi pandangan. Pada saya tidak relevan pengajaran bahasa Inggeris di dalam subjek sains dan matematik. Apa yang perlu sekarang sistem pengajaran di dalam subjek bahasa Inggeris perlu dipertingkat. Saya sendiri menghantar anak saya ke kelas tuisyen dalam program bacaan. Tujuan supaya anak saya tidak ketinggalan dan dapat bersaing dengan anak-anak bangsa lain. Lagipun mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan berbanding anak saya yang menggunakan bahasa Melayu di rumah. Itulah kelebihan mereka. Jadi, hendak atau tidak, demi memastikan anak saya seiring dengan mereka, saya perlu membelanjakan gaji saya untuk menghantar anak saya ke kelas tuisyen yang menawarkan program-program memperkasakan Bahasa Inggeris. Bukan sekadar di sini, ini baru program bacaan, saya perlu merancang untuk program-program seperti tatabahasa dan pertuturan. Itu baru seorang anak, kalau empat orang, kenalah buat pekerjaan sampingan untuk menampung yuran tuisyen. Itu bagi yang mampu, bagaimana yang tidak. Pada saya, kementerian pendidikan perlu cederung menganalisis keberkesanan program-program ini dan mengadaptasikan di dalam system pembelajaran bahasa Inggeris kini. Saya pula adalah graduasi program ijazah pandang ke timur dan ingin saya ceritakan pengalaman semasa mengaji di sana. Setiap kuliah diajar di dalam bahsa Jepun walaupun ada guru daripada negara luar perlu mempunyai kemahiran berbahasa Jepun untuk menjadi pensyarah di sana. Tambahan pula, buku-buku yang digunakan semasa kuliah adalah di dalam bahasa Jepun di mana hampir buku-buku telah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Sukar untuk mendapati buku-buku dalam bahasa Inggeris di perpustakaan (hardcopy). Jadi untuk memahami sesuatu fakta itu perlu memakan masa yang lama di mana proses pemahaman panjang. Setiap perkataan yang sukar di baca dan difahami maksudnya perlu di cari satu persatu-satu, dan barulah dapat memahami fakta. Saya pasti mesti ada anak-anak di sekolah kini mengalami pengalaman yang sama seperti saya. Dan sampai satu masa, saya hanya menghafal tanpa memahami fakta itu sendiri. Apa yang harus ialah pengkajian terhadap keberkesanan PPSMI ini perlu supaya kualiti pendidikan anak-anak terjamin. Sistem pengajaran bahasa Inggeris dipertingkatkan dan rujukan di dalam bahasa Melayu perlu diperbanyakkan untuk menambahkan lebih pengetahuan di dalam sains dan matematik. Begitu juga pengisian perlu padat dan tidak kurang seperti buku-buku rujukan bahasa Inggeris. (Saya rindu buku-buku teks sekolah yang banyak membantu saya saya menguasai subjek-subjek di sekolah menengah dulu.)

ALLAHHUAKBAR PANDANGAN CHOKERE PALING BERNAS LAGI JELAS AMAT SANGAT TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN HEBAT

Nazrul Hilmi said...

Salam semua...

buat renungan...

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/02/ppsmi-hujah-hujah-yang-mengelirukan.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/02/ppsmi-pertimbangkan-statistik-yang.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/03/polemik-ppsmi-berterusan.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/03/yang-penting-kuasa-yang-pandir-samseng.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-kesediaan-guru.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/03/faq-ppsmi-dipetik-dari.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/03/anak-nelayan-cemerlang-dalam-spm.html

http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/03/04/anti-ppsmi-a-cover-up-for-ineptitude/

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/political-hypocrisy-in-opposition.html

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/syabas-pejuang-bahasa-yang-jadi-lembu.html

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/pendedahan-mengenai-gmp-dr-hasan.html

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/kalau-kata-tak-dipolitikkan-kenapa-hari.html

http://chewal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-faq-frequently-asked-question.html

http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=5009302b-ed21-4828-ae31-a84a90ea20f6

http://chewal.blogspot.com/2009/03/mahathir-1-saya-mengaku.html

http://chewal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-lagi.html

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/10/stpm-2008-bukti-ppsmi-berjaya/

Wan said...

"BANGANGnya Mahathir, apabila kerajaan yang kini mengikut undang-undang Mahathir dimana semua protes ditutup..."

wahai penulis blog.. JELAS SEKALI YG AWAK INI LEBIH BERFIKIRAN TIDAK RASIONAL dgn menggunakan perkataan yg tidak beradab iaitu "bangang" sungguh indah bahasa melayu yg anda pelajari di sekolah dahulu. tapi saya rasa anda tidak perlulah mengajar org lain bahasa yg sebegitu. kita bebas utk kritik pd perkara yg kita tak setuju tapi biarlah penggunaan bahasa kita tu beradab sedikit. BAHASA MELAYU itu INDAH. kalau anda menghargai bahasa ibunda anda cuba la belajar menggunakan perkataan yg beradab ketika menggunakan bahasa melayu sebelum hendak mengkritik org lain

Wan said...

"BANGANGnya Mahathir, apabila kerajaan yang kini mengikut undang-undang Mahathir dimana semua protes ditutup..."

wahai penulis blog.. JELAS SEKALI YG AWAK INI LEBIH BERFIKIRAN TIDAK RASIONAL dgn menggunakan perkataan yg tidak beradab iaitu "bangang" sungguh indah bahasa melayu yg anda pelajari di sekolah dahulu. tapi saya rasa anda tidak perlulah mengajar org lain bahasa yg sebegitu. kita bebas utk kritik pd perkara yg kita tak setuju tapi biarlah penggunaan bahasa kita tu beradab sedikit. BAHASA MELAYU itu INDAH. kalau anda menghargai bahasa ibunda anda cuba la belajar menggunakan perkataan yg beradab ketika menggunakan bahasa melayu sebelum hendak mengkritik org la