Saturday, March 07, 2009

Kami Sudah Lama Murtad



Tidak! Kami bukan Melayu itu

Gamat menghunus keris plastik

Berkokok angkuh mengancam

Sedang ekor busuk dipenuhi taik

Kenyang dengan rasuah dan judi


Kami bukan Melayu tiga juta ahli

Menang sorak di perhimpunan

Meriah kampong sudah tergadai

Diatas gimik nama ketuanan

Merompak hak-hak bumiputera


Jauh sekali sebagai Melayu bangsat
Berlakun mempertahankan raja
Setelah perlembagaan dipinda-pinda
Menderhaka demi survival perut
Matlamat hina menghalalkan cara

Anak-anak, kami bukan Melayu itu

Sanggup meludah bahasa sendiri
Sebagai sampah ilmu semata-mata
Sambil kuasa memperkaya kroni
Yang terus rakus tamak haloba
Kami sudah lama murtad

Dari menjadi Melayu bacul
Yang pusaranya sudah menanti
Keranda perjuangan songsang
United Malay National Organisation

Fudzail
Dubai
7 Mac 2009

4 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

Aku pun bukan melayu 'itu'

slyderrose said...

United Malay National Organization..melayu ke mereka nie?

AimanIman said...

Salam Fudzail,

Izinkan saya cut & pastekan posting ini, untuk tujuan penyebaran.

Terima kasih.

umno - nama pun tidak melambangkan melayu.

nasser said...

depa tak berani nak translate umno into bahasa melayu... sebab klau di terjemahkan ia akan jadi "tak de um.."