Sunday, March 01, 2009

Daim Zainudin Mengupas Kegawatan Ekonomi

Bahana ekonomi koboi


Daim Zainuddin


EKONOMI koboi. Itulah gelaran yang diberikannya kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS). Kemelut semasa yang pada asalnya kecil dan bersifat dalaman, kini menjerumuskan semua negara dunia dalam kegawatan.

Keadaannya kian meruncing dan membimbangkan. Dan, sudah ada negara yang muflis. Di sebalik tindakan AS mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai hampir AS$800 trilion, ramai tidak yakin pemulihan akan berlaku cepat kerana tanda-tanda cahaya di hujung terowong belum kelihatan.

‘‘Apa yang sedang berlaku adalah berakar umbi daripada rasa tamak’ kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang merupakan orang penting dalam menyelesaikan krisis kewangan 1997-1998.

Beliau turut gusar kerana apa yang berlaku bukan lagi kemelut serantau seperti sebelumnya tetapi sejagat dan memulihnya pasti sukar. Daim berkata, kerajaan perlulah ada tumpuan, bertindak segera dan memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan selain turut memaklumkan tindakan kepada orang ramai untuk memudahkan pemulihannya.

‘‘Saya berharap ketika kerajaan menyelesaikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan ekonomi (politik), tumpuannya terhadap ekonomi dan perkara yang perlu dilaksanakan segera tidak terjejas,’’ kata beliau kepada wartawan Mingguan Malaysia, MOWARDI MAHMUD, AINUL ASNIERA, DALIZA ARIFFIN dan SARAH NADLIN ROHIM.

Bagi Daim, krisis yang berlaku juga menawarkan luang dan peluang kepada kerajaan untuk merancang tindakan untuk negara mengharungi masa depan dan menstrukturkan semula ekonomi supaya lebih kukuh. Berikut adalah temu bual dengan beliau:

MINGGUAN: Bolehkah Tun menjelaskan tentang krisis yang berlaku sekarang?

DAIM: Untuk memahami krisis yang sedang berlaku, kita perlu melihat kembali kepada sejarah lalu. Sebelum kejatuhan empayar komunis Soviet Union pada 1989, dunia mempunyai dua sistem iaitu Kapitalis dan Komunis. Tumbangnya Soviet Union menyaksikan keunggulan sistem kapitalis. Hampir semua orang mengamalkan ekonomi berasaskan pasaran. Setiap negara menerima globalisasi dan amalan ekonomi bebas kecuali China, Vietnam dan Cuba. China dan Vietnam yang kekal di bawah pengaruh komunis tetapi membuka negara mereka kepada perniagaan manakala kerajaan pula memainkan peranan utama dalam ekonomi.

Dalam ekonomi pasaran terbuka, kitaran Boom and Bust (Berkembang dan Menguncup) sentiasa wujud. Keadaan itu merupakan sesuatu yang diterima.

Namun begitu, pasaran bebas yang dibiarkan bergerak sendiri tanpa dikawal selia, akan membawa kepada huru hara. Ia tidak ubah seperti ekonomi koboi ketika zaman Wild Wild West atau sesetengahnya pula melabelkannya sebagai ‘ekonomi kasino’. Ini keadaannya yang berlaku di Amerika Syarikat (AS). Ketiadaan peraturan atau deregulasi menyebabkan pemain-pemain pasaran melakukan apa yang mereka inginkan. Tidak wujudnya kawalan. Mereka mewujudkan kertas-kertas komersial yang tidak bernilai dan menjualnya ke seluruh dunia sebagai apa yang diberi penarafan sebagai kertas tinggi nilainya ‘AAA’. Kita semua pernah mendengar atau membaca tentang ‘subprima’. Segala-galanya adalah berakar umbi kepada perasaan tamak. Kita juga mempunyai Pak Man Telo di sini. Kini, Pak Man Telo telah berkembang ke peringkat sejagat dalam skim yang diperkenalkan oleh Madoff dan sebagainya. Mereka yang sebegini patut dihapuskan selama-lamanya.

Kesemua bank di AS dan Eropah kini bermasalah. Usaha menyelamat yang besar-besaran dan meluas terpaksa dilakukan. Citibank sendiri diberikan AS$300 bilion. Secara tiba-tiba ekonomi pasaran bebas berubah kepada sosialis. Betapa segalanya sudah menjadi terbalik. Kini, kerajaan pula menjadi pemilik kepada bank dan industri utama. Kapitalisme sudah menjadi tidak tentu hala.

Bank-bank sudah tidak mampu memberikan pinjaman. Untuk berjaya atau berkembang, kapitalisme memerlukan modal. Modal kini sudah kering, perasaan tamak menyebabkan keadaan ini berlaku.

Negara AS menjalani hidup mewah dengan meminjam. Mereka mengimport barangan dan membelinya secara kredit. Kini, kredit sudah tiada lagi. Jadi barangan tidak lagi boleh dijual. Syarikat-syarikat terpaksa membuang pekerja apabila mereka tidak lagi boleh menjual apa yang mereka hasilkan. Negara-negara yang mengeksport barangan mereka ke AS mendapati pasaran eksport sudah mengecil. Kini, kilang mereka mengalami masalah dan ramai pekerja yang terpaksa dibuang. Apa yang dahulunya menjadi masalah AS kini berkembang ke Eropah dan kini tiba di Asia. Kesemua negara pengeksport yang mempunyai hubungan dalam ekonomi dunia kini berada dalam krisis.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

3 comments:

fezmia said...

daim zainuddin bagi komen ekomen pasal ekonomi???....yea lah dia & kunchu2 pun dulu memang terkenal dan juga salah sorang "perompak" harta rakyat malaysia. Kayanya menang tak terkata, sampai tujuh keturunan pun harta dia tak habis.. tapi ingat lah harta & pendapat yang tak berkat ..menang tak kemana....
Saya masih ingat macamana beliau naik dari sekorang kontrektor kecil di taman melawati dan sekitar lembah kelang ...hingan beliua menjadi menteri kewangan...cukup licik macam ular..kaki perasuah, berjuta orang kena tipu dengan mat ni...sehingga ketahap kemuncak career politik beliau....hanya orang tertentu yang kenal..yang dia & mahathir ni songlap berjuta-2 duit rakyat malaysia. harta dia berlambak serat dunia...france, south africa, europe..sebut aja...

nasser said...

yang dia rompak harta rakyat malaysia tu dipanggil ape...? ekonomi perompak..?

he has no moral right to talk about america's economy... or any othrt country's economy for that matter...

usssooong!!! said...

Yg melihat kpd intipati, terima kaseh. Yg melihat kpd individu pun terima kaseh jugak. Namun ni bukan tempat nk penaik buruk sapa2. Terima kaseeh juga