Thursday, March 05, 2009

Biarkan, biarkan DERHAKA itu

Telah kami lepaskan derhaka
Dari sangkar taboo
Berkeliaran dalam ruang semesta
Sebagai virus yang memamah
Kebuncitan pesakit mental tegar
Setelah lama dihinggap siplis
Bertahun merasuk kepimpinan
United Malay National Organisation

Telah kami biarkan derhaka
Keluar dari istana
Berlegaran serata maya
Sebagai budaya hip-hop
Menterjemah setiap kebebasan berfikir
Bertahun digelapkan ketuanan
United Malay National Organisation

Telah kami warnakan derhaka
Dengan keramat suara marhaen
Menyelubungi langit yang dijunjung
Memayung bumi yang dipijak
Bersama kedaulatan undang-undang
Bukan menggalas mega biawak hidup
United Malay National Organisation


Biarkan, biarkan DERHAKA itu
Menjadi Jebat kontemporari yang kembali
Untuk menghukum kebebalan si Tuah
Biar rakyat bangkit menghakimi
Politik songsang dan kebobrokan
Regim yang sudah lupus guna pakai
United Malay National Organisation

Fudzail
Dubai, UAE
4 Mac 2009

No comments: