Thursday, February 12, 2009

Syarikat Malaysia di Dubai Yang Menindas Pekerja 2

Dalam entri terdahulu berkaitan isu ini, ada komen dari Najay dibawah.

Begitupun, adalah dimaklumkan apa yang terjadi dalam catatan Najay agak lama dahulu dan bukan sekarang. Paling penting untuk dimaklumkan ialah kita mempunyai staf baru di 'konsulat di Dubai' dan 'kedutaan di Abu Dhabi' yang tidak terlibat dalam apa yang ditulis. Malah komen Najay juga masih lagi 'hearsay' dan saya mahu membuat tuntutan 'disclaimer'.

Secara peribadi, saya melihat Konsul Besar baru (dan pertama secara rasmi, kerana sebelum ini datang dari Matrade) Malaysia di Dubai adalah seorang yang cukup berwibawa dan mempunyai karisma sebagai pegawai diplomat. Beliau juga pihatin, peramah, mudah didekati dan sering bergaul dengan komuniti Malaysia, termasuk beriadah bersama setiap pagi Jumaat. Kita memerlukan diplomat hebat seperti ini dalam memberi wajah baru pada imej yang sebelum ini tidak begitu baik.

Menyentuh isu penindasan ini, kita mahu pihak pengurusan Malaysia di syarikat-syarikat terbabit untuk berubah sikap dan lebih bertanggungajwab terutama di suasana ekonomi meleset dan jangan sewenangnya menindas pekerja.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen dan pengalaman saya bekerja dengan syarikt yg tersenarai di BSKL dan bermaharaja lela menganiaya pekerja bernama 'Lu Caya Lu'di Dubai.
Selepas 6 bulan bekerja di Dubai tanpa ada permit dan Visa dan akhirnya saya membuat keputusan berhenti dan pulang ke Malayasia kerana tidak sanggup, bukan kerana sebab visa dan permit akan tetapi kerenah syarikt yg sememangnya benar menganiaya dan ramai yg menjadi boneka sahaja.

Sesiapa yg bagus dari segi kerja dan kemahiran adalah tidak perlu. Anda hendaklah bagus dari segi 'mengampu dan menjadi 'Mr Yes'...ini mmang kenyataan.

Banyak lagi perkara tidak elok berlaku dan kebanyakanya yg teraniya adalah golongan staff melayu dan rata2 masih muda dan mentah dalam percaturan dan mainan politik kotor mereka.' Suka stay tak suka lu berhentilah..apa susah..' itulah ungkapan yg biasa didengar dari kalangan eksekutif yg menjadi boneka yg terpilih atas kreteria tertentu.

Saya tertarik kepada persoalan bila mana yg teraniaya hendak buat laporan kepada pihak berwajib..contoh ke konsulat di Dubai atau di Abu dhabi..Rata2 tokoh koporat malaysia di UAE especially yg bernama 'Lu caya Lu' telah pun atau turut bersekongkol dgn para konsulat ni untuk menutup segala perbuatan mereka dengan mengadakan perjumpaan2 makan malam atau dinner2 atau pub2 especially di Traders Hotel untuk mengiakan lagi dan terus membenarkan kejahatan mereka terus terbela di Dubai..

Anda renungkan lah sendiri.saya adalah dikalangan eksekutif (bekas) di 'Lu caya Lu' yg tidak sangup menggadai maruah bangsa dan negara menjadi boneka dan tidak sanggup juga menjadi 'Mr Yes'...

No comments: