Wednesday, February 04, 2009

Syarikat Malaysia di Dubai Yang Menindas Pekerja

Pada tahun 2007, Paremba (yang dikuasai United Malays National Organisation) beberapa kali menjadi bahan berita di media UAE. Antaranya tidak membayar gaji sehingga empat bulan. Kemudian salah seorang pekerjanya, rakyat Malaysia ditahan dalam lokap dan dihadapkan ke mahkamah kerana menandatangani cek syarikat yang tendang.

Ketika itu keadaan ekonomi masih melambung.

Paremba telah terkubur di UAE. Banyak lagi syarikat Malaysia yang datang untuk sama menikmati kek ekonomi. Ada yang beretika dan profesional serta berjaya mengharumkan nama negara. Syarikat-syarikat ini memang boleh dibanggakan.

Begitupun, dalam keadaan sekarang, krisis ekonomi dunia yang sama melanda Dubai, kita mendengar pelbagai cerita mengenai penganiyaan terhadap pekerja Malaysia oleh syarikat Malaysia.

Bukan sahaja pembayaran gaji yang lambat yang sudah biasa sejak zaman ekonomi hebat dahulu, malah ada syarikat ang memberhentikan pekerja tanpa pampasan. Ada pekerja yang pulang ke Malaysia dengan meminjam wang untuk membeli tiket. Ada pekerja yang diancam untuk dilapurkan kepada polis kerana kononnya mencuri harta syarikat kalau tidak mahu menandatangani surat tertentu.

Ada pekerja yang dipaksa menandatangani surat perjanjian baru yang melupuskan hak untuk menuntut pampasan. Ada juga pekerja yang dibuang kerja tanpa prosedur dan salah seorang yang paling terkini dituduh terlibat dalam rompakan syarikat - baca SINI.

Masalahnya, ramai pekerja yang dianiayai ini masih muda dan tidak berani untuk mendedahkan kepincangan syarikat mereka yang diantaranya tersenarai di BSKL. Mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa menjadi mangsa kepada majikan. Kalau tidak mungkin terpaksa menanggung penganiayaan lain.

Lebih mengharukan, salah satu syarikat terbabit bercadang untuk memindahkan pekerja Malaysia dari apartmen ke kem buruh untuk menjimatkan wang. Kem buruh adalah penempatan buruh pembinaan.

Malangnya, dikalangan eksekutif tinggi pula, ramai yang sekadar jadi boneka kepada bos di Malaysia dan tentunya mementingkan diri sendiri (seperti para ahli politik yang melompat kerana dirasuahkan atau diancam). Eksekutif sebegini sememangnya terpilih untuk menjadi boneka atas kriteria tertentu.

Apakah yang boleh kita lakukan? Kita tidak boleh membiarkan mereka yang buas ini terus berleluasa dengan menganiayai orang lain yang tidak berdaya untuk melawan balik.

Pada mereka yang teraniayai, jangan takut, segera buat lapuran kepada pihak berwajib seperti konsulat di Dubai, pihak jabatan buruh UAE, untuk mendedahkan petualang dikalangan orang korporat Malaysia di UAE agar mereka tidak terus beraja dengan sikap buruk dalam mengaut keuntungan berlebihan.

2 comments:

Johnny Ong said...

syarikat2 macam tu lebih baik jangan berkata bahwa mereka berasal dari malaysia, memalukan je

Najey said...

Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen dan pengalaman saya bekerja dengan syarikt yg tersenarai di BSKL dan bermaharaja lela menganiaya pekerja bernama 'Lu Caya Lu'di Dubai.

Selepas 6 bulan bekerja di Dubai tanpa ada permit dan Visa dan akhirnya saya membuat keputusan berhenti dan pulang ke Malayasia keran tidak sanggup, bukan keran sebab visa dan permit akan tetapi kerenah syarikt yg sememangnya benar menganiaya dan ramai yg menjadi boneka sahaja.

Sesiapa yg bagus dari segi kerja dan kemahiran adalah tidak perlu.Anda hendaklah bagus dari segi 'mengampu dan menjadi 'Mr Yes'...ini mmang kenyataan.

Banyak lagi perkara tidak elok berlaku dan kebanyakanya yg teraniya adalah golongan staff melayu dan rata2 masih muda dan mentah dalam percaturan dan mainan politik kotor mereka.'suka stay tak suka lu berhentilah..apa susah..'itulah ungkapan yg biasa didengar dari kalangan eksekutif yg menjadi boneka yg terpilih atas kreteria tertentu.

Saya tertarik kepada persoalan bila mana yg teraniaya hendak buat laporan kepada pihka berwajib..contoh ke konsulat di Dubai atau di Abu dhabi..Rata2 tokoh koporate malaysia di UAE especially yg bernama 'Lu caya Lu' telah pon atau turut bersekongkol dgn para konsulat ni untuk menutup segala perbuatan mereka dengan mengadakan perjumpaan2 makan malam atau dinner2 atau pub2 especially di Traders Hotel untuk mengiakan lagi dan terus membenarkan kejahatan mereka terus terbela di Dubai..

Anda renungkan lah sendiri.saya adalah dikalangan eksekutif(bekas) di 'Lu caya Lu'yg tidak sangup menggadai maruah bangsa dan negara menjadi boneka dan tidak sanggup juga menjadi 'Mr Yes'...