Thursday, February 26, 2009

Sirah Junjungan - Tahajud Cinta

Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,

KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.

Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan...tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.

Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.Demi RASUL TERCINTA...gegarkanlah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.

Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganlah biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruang ISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM.

Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.

INFO : www.yayasansenikarya.com

Salam Jazakallah
dari Insan Seni Hina..

Eirma Fatima

6 comments:

yun said...

Assalamualaikum...

Saya sempat menyaksikan teater Junjungan Rasul pada tahun lepas.

Tiada komen negetif yg dapat saya berikan. Pembawakan watak yang mantap. Pementasan yang hebat. Tahniah buat Erma Fatimah.

Jika anda ade kelapangan, ambil lah peluang ini untuk mengenali kehidupan rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W. Insya~Allah, pasti berbaloi membeli tiket yg agak mahal..

Cik Yun

AMBUYAT EL-BINANGKIT said...

Salam...
Kenapa tajuknya TAHAJUD bukan TAHAJJUD ???
TAHAJUD...apa maksud?
TAHAJJUD ialah solat tahajjud....
atau salah eja???

sekadar nak TANYA....

Ambuyat...

RoMy said...

Tahajud atau tahajjud tiada spesifik ejaan dalam BAHASA MELAYU kerana di dalam Al-Quran ditulis dalam tulisan dan ejaan arab. maka tiada masalah disitu rasanya. sekadar PANDANGAN...

cik yun.. sirah junjungan tahun ni banyak penambahan dari tahun lepas. hampir 90% penambahan bagi memantapkan lagi penyampaian teater ini. ditambah lagi bilangan pelakon dari UKM, DBKL, ASWARA serta lain2 dan produksi seramai hampir 300 orang memang satu usaha yang besar oleh kak erma fatima. jadi kepada yang belum berpeluang menonton, silalah ke istana budaya dan alami sendiri perasaan rindukan Rasulullah S.A.W sehingga menitiskan air mata..

mudah-mudahan teater ini diberkati allah...

mudah-mudahan teater ini diberkati Allah S.W.T...

-insan hina

elly said...

salam,

tahniah buat erma atas daya usahanya.. jgn putus asa jika tak ramai yg menonton teater nih.. saya rasa kurang pengiklanan la.. kalo ada leaflets yg disebarkan ke surau2 or masjid2.. dah tentu lagi ramai yg akan pergi menonton.

fyi, jemaah surau jarang sekali baca paper or tengok tv. hari ni bila saya sms kawan2 barula mrk tau n berminat nak pegi..

Mastura Diary said...

Tahniah buat Erma Fatima insan seni yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan dan berdakwah melalui teater. Tetapi malang nya kurang mendapat sambutan dikalangan para generasi baru untuk mengenali nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.dengan lebih dekat lagi. Saya rasa ini adalah usaha yang terbaik yg harus kita beri pujian kepada Erma Fatima.