Thursday, February 05, 2009

Saya dan Sultan Emas

Bos besar saya bernama Sultan (sekarang sudah di panggil Sheikh - macam Tan Sri lah). Dia pengerusi Dubai World dan puluhan syarikat besar lain dibawah Dubai World.

Orangnya kecil tetapi cekap. Hebat menunggang kuda mewakili UAE sehingga bertaraf Juara (kali terakhir kejohanan endurance di Trengganu). Seperti bos besar Sultan, Sheikh Mohamed al Maktoum sendiri. Pernah mendapat pingat emas Sukan Asia di Qatar.

Hanya sekali saya bertemu secara eksklusif dengan Sultan, bos besar ini, sewaktu membawa Yusuf Islam menemuinya. Hanya kami bertiga dalam pejabat besarnya dan Sultan adalah peminat Yusuf Islam. Kami berbual dekat tiga jam.

Kemudian saya bekerja satu pejabat dengan ibu mertuanya, M. Sultan berkahwin dua, dimana anak perempuan tunggal M itu menjadi isteri kedua Sultan. Saya memang baik dengan M sebelum saya tahu M itu ibu mertua Sultan. Sebab M ini sudah senior dan tidak ramai yang ingin berkawan. Apalagi dia wanita Emirati yang kaya raya dengan famili bertaraf juta-jutawan adanya dan M ini straightforward, kalau dia tidak suka, dia cakap terus terang.

Maka melalui ibu mertua Sultan, saya berbaik juga dengan isteri Sultan secara tidak langsung. Begitupun, saya tidak pula dapat berbaik dengan Sultan sendiri.

Sebenarnya saya menulis pasal Sultan kerana ada sultan yang berhati perak, bukan berhati emas seperti mana yang saya sangka.

Baca cerpen Mertua Sultan yang saya tulis dan tersiar dalam Dewan Sastera Ogos 2007.

Sedutan:
Kata pepatah, ‘Kalau tidak dapat menewaskan mereka, sertai mereka’. Walau ada pilihan ketiga, meninggalkan saja mereka, para luncai dengan labu-labunya, Reme mungkin terpaksa juga membuat pilihan terbaik, sertai mereka dalam kancah politik. Walau dia amat membenci politik dan tidak percaya kepada kebanyakan ahli politik.
Tetapi ini bukan politik berpartian, atau politik persatuan sukan, atau politik dunia hiburan, mahupun politik mat rempit, tetapi politik pejabat. Walau apa pun definisi, politik adalah politik dan politik itu membayangkan yang kotor-kotor.

5 comments:

Pyanhabib said...

fudzail,
gua (dengan izin) selalu masuk sini cuma masuk dan keluar gua tidak kasi salam dan lu (dengan izin) pun tidak tahu gua masuk ke sini. terima kasih kerana menjengok ke blog gua. (sekadar memberitahu: gua ada sesuatu yang nostalgia tentang lu. tk

a said...

Tuan Fudzail..

Salam

Anti-climaxs!

Rakyat dah menunaikan hak demokrasi, kena coup-d'etat cara tak jantan.

Macam you jugak, so sad, a learned person is a man of straw!

A hj

wanrosaini said...

1. Impian 16 Sept kekal manjadi faux pas terpahat dan terpalit menghantui PR sampai bila bila. Tiada elemen 'surprise' dan jerat yang dipasang tidak mengena walaupun kejar sampai ke Taiwan.
2. Bila Bota masuk kesangkar, PR terlepas cakap...bukan satu dua talipon nak masuk, tapi berpuluh!!
Tu dia, tak berlapik langsung. Dua minggu lepas sorang pun tak kata Bota penyamun.
3. Bila Behrang dan Cangkat Jering kena tuduh rasuah, apa PR mampu buat selain kata ini mainan manipulasi organ kerajaan Pusat. Nak main bersih dalam tong taik susahlah, macam mana nak terus jadi suci lagi bersih kalau dah dok dalam tong taik.
4. Big Mama dan Hubby mampu dan mahu buat apa sahaja demi mengejar impian. Ini bukan zaman lembik laki Jin. Duit yang ditabur sekarang lebih terkawal daripada belanja pilihanraya yang keputusannya belum lagi tentu berpihak kepada BN. Lebih buat buat deal dengan yang arif lagi mulia. Money and power and a little bit of sex is spicier than holy big talk.
5. tengok pulak lepas ni, macamana duit bertaburan senang senang kat Sarawak pasal inilah masanya..Now or never and aint't nothing is gonna stop this Melaun, oopss Melanau.
6. It's economics, stupid! It has always been money and power. kalau tak ada duit, dok rumah ajalah diam diam. Kalau dah sengkek sangat, buat apa nak buat susah susah. Orang tepi, kiri, kanan atas bawah nak jugak limpahan itu ini, takkan air liur aja atas nama wadah dan keikhlasan...sampai bila. Nak termuntah bila masuk bab ni.
6. Big Mama and geng thrive on crisis and so is DSAI. Berapa ramai sanggup jadi kambing hitam dan kambing sembelihan atas nama perjuangan?
7. Take rakyat out of the equation! Personal agendas are always bigger than any other agendas.

Pa'chik said...

dulu kan mereka tu dah tolong dia supaya jurai keturunan dia saja yang leh ganti dia...

jadi tidak salah lah dia tolong balik mereka tuh...

dariana said...

salam ikram.

dua labu yang paling popular mengatasi labu negeri sembilan,
labu si luncai dan labu labi ts p ramlee.

kura-kura labi-labi
pura-pura lobi-lobi...