Wednesday, February 04, 2009

Rakyat Malaysia di tahan di Dubai kerana dituduh bos terlibat rompak syarikat sendiri

Kemaskini entri di SINI

Saya menerima kabar mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia di Dubai oleh Polis kerana di tuduh oleh syarikatnya sendiri, sebuah syarikat hiasan dalaman (kita panggil Lu Caya Lu) yang disenaraikan di BSKL. Berita ini memang sesuatu yang mengejutkan.

CEO syarikat Malaysia berkenaan adalah warga Thai.

Dari apa yang diberitahu....ini adalah lapuran yang saya rasa SAHIH.

Rakyat Malaysia tersebut merupakan antara pekerja awal syarikat Lu Caya Lu untuk operasi mereka di Dubai. Beliau boleh dikatakan anak angkat kepada salah seorang bos Lu Caya Lu dan merupakan anak kepada seorang pegawai kanan Polis di Malaysia.

Beliau telah pulang ke tanah air bercuti dari 11hb Januari 2009 hingga 31hb Januari 2009 sempena Majlis Pernikahan beliau bersama seorang staff Lu Caya Lu Dubai juga, pada 24hb Januari 2009.

Sekembalinya beliau dari percutian dan melapor diri semula untuk bekerja, beliau telah dipanggil oleh CEO dan diberitahu beliau sudah ditamatkan perkhidmatan bersama Lu Caya Lu.

Beliau menyatakan perasaan tidak puashati dengan tindakan ini dan meminta surat perberhentian tersebut jikalau ada dan ianya perlu melalui proses yang sepatutnya. CEO berkeras dan meminta beliau menyerahkan passportnya untuk ditamatkan visa kerjanya di Dubai ini. Tidak melaksanakan arahan tersebut, CEO telah membuat laporan polis dan mengaitkan beliau dengan kejadian rompakan yang berlaku ke atas premis pejabat berkenaan pada 24hb Januari sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Nilai rompakan berjumlah Dhs350,000 dan dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang mengekori staff bahagian akaun yang mengeluarkan duit berkenaan dari bank. Kes rompakan dikatakan ada kena mengena dengan politik dalaman antara dua bos kerana selepas 1 jam kejadian, sejumlah wang Dhs50,000 telah ditemui di dalam bakul sampah tandas wanita premis pejabat berkenaan.

Semasa kejadian, yang tertuduh berada di Malaysia dan di dalam Majlis Pernikahan. Buat masa ini beliau difahamkan ditahan di Balai Polis berdekatan dengan 'Trade Center'.

Pihak konsulat sudah maklum dan sedang berusaha mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kes malang ini.

No comments: