Thursday, February 19, 2009

PPSMI: Kembali ke pangkal jalan - Malaysiakini

Saya membaca artikel dibawah dengan senyuman kerana semua ibu bapa yang ditemuramah enggan memberi nama sebenar...apa yang ditakutkan?

Melayu Yang Mati Katak Itu





Kementerian Pelajaran diminta melihat rasional di sebalik protes


KEMENTERIAN Pelajaran diminta melihat protes penolakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (PPSMI) sebagai usaha mempertahankan bahasa Melayu dengan fungsi bahasa ilmu dan bukan penentangan kepada menteri mahupun kementerian terbabit.

Seorang bapa, Khairul Anwar (bukan nama sebenar) yang ditemui meminta Kementerian Pelajaran melihat rasional di sebalik penentangan PPSMI di kalangan pejuang bahasa Melayu negara ini sebagai turut mewakili kemelut yang dihadapi sebahagian besar ibu bapa tidak berkemampuan.

“Kami juga mahu anak cemerlang dalam pelajaran apalagi dalam kedua-dua subjek berkenaan. Bagaimana anak kami mahu cemerlang jika mereka tidak faham bahasa yang digunakan untuk PPSMI. Kami pula tidak mampu menghantar mereka untuk mendapatkan tuisyen,” katanya.

Muhammad Basiron (bukan nama sebenar), berkata beberapa anaknya terbabit secara langsung dengan dasar PPSMI dan beliau sudah melihat sendiri kesulitan yang terpaksa dihadapi anak-anaknya bagi memahami subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Dasar ini tidak adil untuk anak-anak yang seluruh isi keluarga tidak memahami bahasa Inggeris. Bukan anak-anak saya malas belajar, tetapi halangan bahasa menyebabkan minat mereka mati. Jika dulu ceria mengulang kaji pelajaran, kini seperti bosan dan terpaksa. Saya pula tidak mampu menghantar mereka tuisyen kerana bilangan ahli keluarga yang ramai dan bergaji kecil,” ujarnya.

Seterusnya di SINI

2 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

Teringat apa yang di ceritakan oleh seorg kawan yang belajar di UK. dalam kelas beliau best student adalah orang malaysia yang selalu score CPA 3.8 keatas. org malaysia ini cakap org putih pun bau budu.

Pengalaman sebdiri kerja bersama Jepun untuk project di Qatar. sorg Jepun ni kami panggil 'Genius' english dia langsung tak tahu & Faham. perlukan translator.

Mana dasar pandang ketimur yang tun M duk heboh2 dulu? dasar yang dia sendiri tak ikut. PPSMI ni begitu memeritkan pelajar2 di malaysia khursus nya melayu di luar bandar. Tak terhad kepada pelajar malah guru sendiri pun pening dgn PPSMI ni.

PPSMI ni adalah salah satu dasar yang paling tak boleh pakai pernah saya tahu.

awang kata said...

Barangkali puak Umnoni ada perjanjian dengan penjajah Inggeris dulu. Patutlah sokong sangat budaya dan bahasa penjajah ni. Nama pun Umno bukan Pekembar. Nampak gayanya tak boleh dah sokong puak ni. Mari pakat tak sokong UMno dulu, kini dan selamanya.