Wednesday, February 04, 2009

Penyamun Yang Menang Judi


Saya mengikuti drama suspen politik Perak dengan penuh minat, walaupun sudah malas sebenarnya untuk mengulas pasal politik negara. Penat dengan politiking tidak berhabisan. Bila mahu berkhidmat kepada rakyat?
Kebetulan dalam drama politik Perak ini, salah seorang pelaku utamanya, yang hilang 5 hari dikatakan di hutan Pahang ada pertalian keluarga (sebelah isteri).

Saya teringat dalam salah satu perbualan biasa dengan dia pada tahun 2002 lalu, dia bertanya, bila mahu balik Malaysia?

Saya menjawab, bila Anwar keluar penjara.

Anwar keluar dan saya masih di Dubai, rezeki masih di Dubai dan tidak begitu berminat untuk pulang dalam senario politik dan ekonomi tidak memberangsangkan.


Selepas dia menang pilihanraya tahun lalu dan menjadi EXCO, saya tidak pula bertemu. Satu perkara yang baik juga rasanya. Apapun, pertalian keluarga tidak terputus hanya kerana dia kini senyum girang disebelah Najib dan menjual amanah rakyat demi sesuatu yang saya tidak faham tujuan dia berpolitik. Begitupun, kebanyakan ahli politik hari ini lebih kepada survival diri dan perut dari rakyat yang memilih dan diwakilinya.
Ada rahmat dan iktibar dari Allah dalam trajidi politik ini. Perjalanan masih jauh dan setiap halangan membawa kepada pengajaran. Kita belajar dari kesilapan dan meneruskan perjuangan demi mendapat keberkatan, bukan wang rasuah jutaan ringgit.

Wahai para penyamun yang menang judi, teruslah berbohong dan merompak!

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

ESOK HARI KHAMIS 5FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH


PADA JAM 3.00 PETANG


PADA JAM 7.00 MALAM MUNAJAT 100 RIBU RAKYAT

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MENYATAKAN SOKONGAN

TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK




SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG

3 comments:

noname said...

sudah penat berpolitik!
asyik2 pilihan raya saja!

samun lah jika nak samun pun. janji jangan dok letup C4 mangsa2 yang tidak berdosa.

Sysop said...

Bhai...

Gua pon dah penat gak nak ulas isu politik nie... Penat sungguh... tapi rasa geram pula bila ada orang mempermainkan undang-undang dan perlembagaan Negeri dan Persekutuan...

Maranz said...

Dear NOjib bin Razak,

Well Done, Bagus... Pilihanraya tak boleh Menang... so Beli MP yang sudah Menang...

Marketing strategi yang baik.. But NOjib, You memang dah keterlaluan.

Kami Undi dan pilih wakil Rakyat, NOjib Beli Wakil Rakyat ye? Tunggu la, Hang... Kami tau nak buat ape,Pilihanraya nanti.. Bukan saja kerusi, Bangku tak tinggal...


Say NO to Criminal-PM-In-Waiting...