Thursday, February 12, 2009

Pejuang bahasa tetap tolak PPSMI

Malam di Balai Budaya
Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’
Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berteriak
‘Ayuh, mari kita berarak’
Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
“Dada kami sedia dibakar’
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA
USMAN AWANG
3 Mac 1967
Dipetik daripada Antologi Sajak Keranda 152
Pendirian tegas demi bahasa dan bangsa Melayu
SEMAKIN banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti dapat dilihat melalui beberapa pernyataan secara terbuka, demonstrasi, laporan polis serta tindakan undang-undang yang akan diambil.
Di tengah-tengah kehangatan perjuangan pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu bagi memastikan haknya dipertahankan dan diletakkan di tempatnya seperti tertera dalam Perlembagaan Negara, ada suara di kalangan orang Melayu sendiri yang mempersoalkan tindakan pejuang bahasa, seolah-olah mereka melakukan suatu jenayah bangsa.

SINI

2 comments:

Ahmad Busu said...

Assalamualikum,
Dulu masa sekolah saya cukup seronok kerana semua matapelajaran dalam bahasa malaysia apabila aliran inggereis dimansuhkan. Tapi bil masuk alam kerja saya mengelabah keran kebanyakan urusan kerja (lisan dan penulisan serta dokumen majoriti dalam bahasa inggeris, saya kena belajar semula dan berusaha untuk menguasi bahasa inggeris sehingga kini saya boleh berbangga kerana dengan penguasaan bahasa inggeris inilah kerjaya saya terus meningkat disamping berjaya meningkatkan keuntungan syarikat bila berurusan dengan pehak luar negara. Kini saya dan isteri berusaha mengikut kemampuan kami agar anak2 kami mampu menguasi bahasa inggeris sebaik mungkin, saya tak kira apa orang lain kata tetapi saya yakin Islam tidak menghalang kita menununtut ilmu walau kenegeri china, pokoknya Ulama Islam tidak akan dapat menyebarkan ilmu dan agama islam jika mereka tidak boleh berbahasa china.. Pada saya mereka2 yang menolak PPSMI ini adalah sekadar mainan politik mereka, naik cari populariti murahan serta mereka yang cemburu dengan kejayan anak2 melayu yang berjaya bila mereka dapat berbahasa inggeris dengan baik, pasaran pekerjaan mereka adalah lebih luas. Peluang untuk bangsa cina dan india tergugat bila anak2 melayu yang beragama islam mempunyai ilmu dunia yang terbaik dan dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan lebih baik darai mereka dan lebih mudah diterima. InsyaAllah anak2 saya dah termasuk dalam program PPSMI dan InsyaAllah program ini jika hendak ditamatkan pun hanya bagi pelajar yang akan memulakan tahun satu pada tahun hadapan. Saya dah tak peduli kalu orang Melayu dan Islam sendiri yang menolak dan menyempitkan fikiran terhadap proses pembelajaran .. untuk kepentingan anak2 bangsa sendiri. Takkan ada orang yang rugi kelak selain bangsa kita sendiri. Anak2 ini akan terpaksa melalui segala susah payah untuk menguasai bahasa inggeris dengan baik sebagaimana yang telah saya lalui.... tak cara mudah dalam kehidupan ini. bersusah2 dahulu untuk bersenang2 kemudian, sesal dahulu berpendapatan tetapi tak berguna lagi bile menyesal dikemudian hari.. peljaran melayu kita dapat 9A1 dalam SPM tak dapat melanjutkan pelajaran keluar negara atau terpaksa dihantar pulang hanya kerana gagal dalam berkomunikasi didalam bahasa inggeris. Wallahualam.

Man said...

Saya dan berjuta rakyat malaysia adalah pejuang Bahasa Ibunda Malaysia,Kami penyambung dari pejuang yang terdahulu untuk memartabatkan bahasa melayu dan kini ditukar kepada bahasa malaysia.Bahasa melayu dulu dipejuangkan sehingga menjadi bahasa ibunda negara malaysia dan semua bangsa yang ada kena belajar bahsa melayu untuk buat segala urusan dalam negara malaysia. sebab itu sekarang kita lihat betapa bangga apa bila ada bangsa bukan melayu yang fasih bertutur dalam bahasa melayu. Begitu lah juga apa yang diperjuankan oleh PPSMI (GMP) harus dipandang tinggi sama seperti pejuang haiwan,alam sekitar atau pun yang lain2 dimana terdapat segelintir rakyat dan juga pemimpin yang berpengatahuan tinggi atau pun tidak ambil sambil lewa terhadap apa yang diperjuangkan mereka. Gelaran anasir terhadap mereka adalah satu yang terlalu biadap! begitu juga apa yang di sebut DS Nizar kepada sultan perak yang penuh rendah diri menyebut "Menyembah Derhaka" yang sepatutnya kita ambil rendah diri ini ibaratkan anak yang cuba menerangkan atau menegur pada bapa atau ibu mereka tentang apa yang mereka suruh adalah salah. bayangkan seorang anak yang mahu bercakap pada bapanya untuk menyatakan sesuatu yang dia tak mahu buat apa yang disuruh sudah pasti anak soleh/solehah berkata begini "maaf ayah/ibu saya tak berniat nak melawan....."ini adalah bahasa yang sopan terhadap ibu dan bapa kita.tapi adakah penderhaka bahasa sendiri tahu apa ayat yang paling sopan utuk menegur atau memberitahu tindakan sultan adalah itu adalah salah??melainkan kaki ampu/kaki kipas sahaja yg tunjuk sopan dari gayanya!!!fikirkan Lah!!!