Saturday, February 14, 2009

P. Ramlee Yang Derhaka kepada Sultan

Sesungguhnya seniman agung P.Ramle memang 'agung' dengan imuniti besar kerana biar berkali-kali menghina, mengutuk dan melecehkan Sultan, tiada siapa berani berkata aruah seorang yang menderhaka.

Malah P.Ramlee pernah menyamakan Sultan dengan setan dalam Seniman Bujang Lapuk.
Klasik sekali. Filem-filem aruah terus menjadi evergreen dan tidak jemu di tonton berulang kali. Juga isinya sesuai untuk sepanjang zaman.

Dalam adegan Seniman Bujang Lapuk ini, sultan dipanggil setan, perdana menteri dipanggil bahlol, bodoh dan tuk nujum (apakah ini sama taraf dengan mufti...) menjadi tukang rujuk yang nampak lurus tetapi rasanya kelentong lebih.

Diluar filem, menurut cerita P. Ramlee pernah diharamkan menjejak kaki di Perak pada satu masa kerana mengahwini janda Sultan Perak, Norizan.

Kebetulan, tarikh aruah meninggal dunia bersamaan dengan tarikh hari lahir saya.


5 comments:

Pemuda Pelapis said...

Jom kita tengok...

WAJAH-WAJAH PENDERHAKA NEGARA

G-kin said...

"bukan syaitan lah setan, sultan!!!"

mula2 aku pun tak faham apa maksud tersirat dari babak tu...

Si Jurufoto said...

cuba search dlm youtube,p.ramlee kutuk umno lak..

WY Kam 甘永元 said...

p ramlee s era lain dari zaman sekrang. back then, we don't even have multiracial problem.

Rezal Z said...

Kartunis LAT pun ada lesen agung utk kenakan org2 besar... dan dua2 pun dapat gelaran besar dr istana akibatnya.

'Kutukan' lucu biasanya tidak terasa menghinakan, tetapi lebih seperti teguran seorg kawan. Asal jgn lebeh2