Monday, February 23, 2009

Melayu Yang Mati Pucuk Itu

Melayu pemuda buncit bertempik
Derhaka! Derhaka! Derhaka!
Sebagai beruk dan monyet sarkis
Sambil terkencing dan terkencit
Melihat pisang ufti yang dirompak
Semakin sedikit untuk direbut

Melayu SPRM kentut berdegar
Rasuah! Rasuah! Rasuah!
Sebagai anjing mitos ketuanan
Tidak nampak gajah di depan mata
Lapuran dan penyelewengan si tuan
Terus berbukit dan berbau hancing

Melayu GERAK jilat menjilat
Lembu! Lembu! Lembu!
Kerana sedap di cucuk hidung
Sekali diterajang sekali berGERAK
Gemuk kenyang makan suap
Kerana itu berak memilih tempat

Melayu NGOk-NGOk berdemo sakan
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Sebagai hamba kepada ketuanan
Telah buta hati tersasar perjuangan
Menempek sebagai pelakun pembantu
Aksi bodoh berskrip agenda hipokrasi

Melayu-Melayu itu dan yang sewaktu
Keras kerisnya dibalut viagra
Sebagai wira bangang yang mati pucuk
Kerana belum sempat klimaks
Mereka terkulai dan tersadai dipinggiran
Ignoran sebagai pengkhianat bangsa!

Fudzail
Dubai, UAE
23 Februari 2009

3 comments:

Roti Kacang Merah said...

BRILLIANT ONE, bro.fudzail!

tepuk tepuk tepuk tepuk! *standing ovation*

ridzuan said...

Tabik sama en Fuzail, melayu yg ada kualiti byk merantau. Melayu yg berdikari bukan nya umpama buih. Pemimpin melayu kerap guna talian hayat bila tersepit, hasilnya umat melayu lemah, melayu wellfare. Barisan pemimpin pulak semuanya are not clean and be seen clean. Takutlah kpd Allah sy seru pd diri sy dan tuan2

davors said...

good one bro...