Thursday, February 19, 2009

Melayu Yang Mati Katak Itu


Melayu itu telah terbunuh
Setelah lama sakit dan nazak
Darahnya hanyir membusuk
Dagingnya berkecai lumat
Diletupkan sebutir kecil C4
Di Menara Putra World Trade Centre


Melayu itu matinya mati katak
Jauh sekali dari syahid
Tidak perlu solat jenazah
Tidak perlu talkin berjela
Hanya sumpah seranah maki hamun
Pada United Malays National Organisation


Melayu itu bukan roh perlembagaan
Sekadar mitos dari pembohongan
Perompak dan pelacur elit
Menggadai kampong dan warisan
Tanpa bahasa ilmu sebagai pengajaran
Science and mathematics


Melayu itu hanya hikayat
Penglipur lara para tokeh keparat
Merasuah dan merogol kuasa
Propaganda lucah demi survival
Hipokrasi kepimpinan totok bangsat
United Malays National Organisation


Melayu yang mati katak itu
Jenama usang yang tinggal debu
Mengekori jejak tulisan jawi
Tanah semenanjung sekangkang kera
Disemadikan di muzium bangsa
Bernama KETUANAN
United Malays National Organisation!


Fudzail
Dubai, UAE
19 Februari 2009

3 comments:

pagarmakanpadi said...

ketuanan melayu apa.. kalau dh makin ramai melayu dah bukan islam.. tak tahulah kalau islam bukan "syarat wajib melayu".. ketuanan diorang ketuanan "biar aku kaya, anak cucu aku senang".. rakyat lantak depalah..

A K U said...

Assalamualikum... salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..
Melayu itu gumpalan sampah mainan hina Si batu api.. Semua benda nak kaitkan dengan Melayu... Raja Melayu, Islam itu Melayu.. Melayu itu Islam, Saham/Ekuiti Bumiputra... supaya semua Orang Melayu mengamuk bila sebut atau acah-acah pasal Raja, Biasiswa, Perlembagan, Agama... Pasal saham/ekuiti.. Saja letak semua itu dengan nama Melayu/Bumiputra dan digembar gembur Cina nak makan hak-hak yang dikatakan kepunyaan Melayu... itulah kerja Si batu api selama lebih 50 tahun telah diperdaya semua orang.. sampai porak peranda satu negara..

Rolf said...

AsSalamMualaikum Tuan,

Perjuangan bangsa itu picisan bagi saya. Perjuangan yang lebih besar artinya adalah perjuangan agama. Cabaran kita sebagai umat Islam abad ini adalah lebih besar dari yang kita sangka.Gunakanlah segala saluran tuan ke arah itu.

Jika ada kelapangan, layari www.wakeupproject.com dan tuan pasti lebih peka dengan apa yang ada Dubai sekarang ini. Cuba juga layari youtube dan search The Arrivals.....

wake up and free your mind....

SALAM dari tanahair.