Wednesday, February 25, 2009

Ketuanan

Ketuanan yang gemuk itu
Berebut perkongsian 30%
Sebagai harta rompakan
United Malay National Organisation
Diatas abu mitos lama
Dasar ekonomi baru
Ketuanan yang sumbing itu
Meliwat warisan sejarah
Perspektif berat sebelah
United Malay National Organisation
Memutar rekod sumbang
Dari balaci ke wira kemerdekaan
Ketuanan yang bangang itu
Mengubur jasad bahasa
Tinggal sekadar keranda 152
United Malay National Organisation
Ketamakan lembu kroni
Merogol science and mathematics
Ketuanan yang tempang itu
Kebaculan media perdana
Sekadar omongan propaganda
United Malay National Organisation
Membelit segala berita
Memaksumkan kepimpinan bangsat
Ketuanan yang derhaka itu
Raja boneka tanpa daulat
Mengikut telunjuk duli kuasa
United Malay National Organisation
Setelah ruh perlembagaan
Tinggal bangkai dalam muzium
Ketuanan yang berdaulat itu
Suara keramat rakyat
Bangkit untuk menerajang
United Malay National Organisation
Yang kerisnya tumpulnya semakin berkarat
Dimamah rasuah dan kebobrokan terlampau!

Fudzail
Dubai, UAE
25 Februari 2009

No comments: