Thursday, February 19, 2009

Betulkah Akta Kesalahan Jenayah Syariah tiada percanggahan dengan Al Quran dan hukum Islam

Kata Perdana Menteri di Parlimen bahawa Akta Kesalahan Jenayah Syariah tiada percanggahan dengan Al Quran dan hukum Islam....


Berikut adalah soalan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Jawapan serta komen YB Zulkifli Noordin:
SOALAN:
A. bilakah undang-undang Islam bagi Wilayah Persekutuan akan digubal untuk mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam; dan
B. adakah Kerajaan menyedari Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan enakmen-enakmen negeri yang berkaitan bercanggah dengan Al Quran dan hukum Islam.
JAWAPAN MENTERI:
A. Kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Syarak dan Sivil (JAKIM) telah menyediakan deraf undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama Islam untuk diterimapakai di Wilayah Persekutuan. Deraf tersebut kini dalam semakan akhir Jabatan Peguam Negara.

Sehingga kini 10 buah negeri telah mempunyai undang-undang tersebut kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Undang-undang ini adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Sivil dan pegawai penguatkuasanya adalah Polis.
B. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan enakmen-enakmen negeri yang diterimapakai oleh Mahkamah Syariah adalah berdasarkan had bidangkuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ketentuan dalam melaksanakan hukuman adalah berdasarkan hukum takzir semua undang-undang ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syarak dan Sivil yang keanggotaannya adalah terdiri daripada Mufti, Ketua-Ketua Hakim Syarie, Penasihat Undang-Undang Negeri, Tokoh Akademik dalam bidang perundangan dan sebagainya.
Oleh itu Kerajaan berpendapat ianya tiada percanggahan dengan Al Quran dan hukum Islam.

No comments: