Friday, February 06, 2009

Kenapa Saya Tidak Jadi Seorang Politikus

Saya ada sedikit sahaja pengalaman dalam berpolitik. Masuk United Malay National Organisation sekitar tahun 1996 melalui cawangan di kampung. Terpilih sebagai salah seorang AJK yang dilantik.
Itupun kerana ada desakan kawan-kawan dan keluarga memandangkan tidak ramai dari kepimpinan pemuda yang berkaliber mahupun berpelajaran tinggi. Ketua pemuda bahagian masa itu pun hanyalah sekadar seorang budak pejabat....itulah taraf kepimpinan politik lapisan United Malay National Organisation.
Saya sempat bergaul dengan ahli parlimen, ADUN dan ahli-ahli politik United Malay National Organisation. Kebetulan pula salah seorang keluarga memegang jawatan Timbalan MB dan timbalan speaker parlimen.


Pernah rapat juga dengan ahli parlimen yang masa itu menyokong kemasukan saya dan meminta saya aktif sebagai pemimpin pelapis, sebab katanya, "Pemuda bahagian semuanya perompak dan penyamun....."
Selalu dengan dia yang kini masih ahli parlimen (waktu itu belum menteri, sekarang bekas menteri yang dikatakan meraba pelayan) dan dapat mengenal hati budi seorang politikus....never trust politicians from United Malay National Organisation. They have many faces for different situations.
Ada pemilihan tahun itu dan saya dicalunkan untuk ke bahagian. Selama hampir sebulan saya masuk juga berkempen ke serata pelusuk bahagian.
Akhirnya saya mengambil keputusan menarik diri kerana pengalaman sebulan itu sudah cukup untuk menyatakan saya bukan politikus. Tidak sanggup untuk berbohong dan merasuah orang. Saya tidak keluar satu sen pun duit (memang tiada duit...makan gaji) untuk mengupah orang berkempen kerana masih berpegang pada prinsip.
Terus meninggalkan United Malay National Organisation. Parti korup dengan sebahagian besar pemimpin berjuang demi perut dan survival diri. Persetan dengan perjuangan demi bangsa dan ketuanan.

Ramai yang menyokong dengan meminta duit kopi dan bayaran lain termasuk bayar duit ansuran kereta dsbnya.

Dalam tahun 1998, kesedaran berpolitik kembali memuncak. Saya masih teringat panggilan telefon dari (sekarang YB) Zulkifli Noordin, "Jom ke rumah Anwar, dia kena pecat!" Seminggu sebelum itu saya bersama ramai ahli korporat dan seniman (termasuk aruah Usman Awang) berada di pejabat Anwar untuk majlis baca sajak.

Saya muncul sebelum itu dalam satu program TV3 dirakamkan di Shah Alam untuk baca sajak bersama M. Nasir dan seniman lain.

Hampir setiap keluaran, saya menulis (kebanyakan cerpen melalui nama pena MFMN) dalam Harakah, walaupun masih bekerja di TV3. Selain laman-laman reformasi.

Dalam tahun 1999, pilihanraya umum saya naik ke pentas PAS untuk berceramah dan masuk ke kampung-kampung berkempen.

Tahun 1999 juga saya dipecat 24 jam dari Tv3.

2 comments:

NGINAP SRENGENGE said...

Saya dulu macam tu juga.Naik sampai pengerusi JKKK.Lepas tu cabut juga tak suka berbohong.

Lepas tu mula mencari2.Ikut arqam,ikut abim,ikut pas,ikut tabligh,last sekali tak ikut sapa.Cuma ikut pengajian kitab lama.Rasa selesa buat ibadat.Tak ganggu sapa.Apa Allah suruh kita buat , apa Dia larang kita tinggal.Semua yang kita buat akan ikut ke lubang kubur,jadi kena buat terbaik.Tak boleh lompat sana,lompat sini.Lompat macam katak.Tak mengada2.Rasa nak tolong kita tolong.Tak payah panggil tv3 ambil gambar.

ngapa saya cerita begini ? kerana tak larat dengan kerenah politik sekarang.Banyak daki.Banyak kudis,banyak panau dan berselekeh dengan kurap.Dari mulut keluar muntah,dari pungkor keluar darah,dari telinga keluar nanah,dari hidung keluar hingus,mata berselapok taik,kote dah tak bangkit lagi.Dah impotent.

bazLa' said...

agaknya sampai bila UMNO akan terus begini? letih dengan lakonan mereka di tv...huh