Wednesday, February 04, 2009

Kemaskini - Penahanan Rakyat Malaysia di Dubai

Kemaskini dari entri sebelum ini - SINI

Surat Bapa kepada rakyat Malaysia yang teraniaya yang telah tersiar dalam yahoogroups Malaysian-in-UAE dan berada dalam public domain:-

Urutan peristiwa adalah seperti berikut :
1) Abu Bakar bin Razali telah dipinjamkan oleh Syarikat LCL Coorporation Berhad yang beralamat Lot 2123 Jalan BA/3 Kawasan Perusahaan Bukit Angkat 43000 Kajang Selangor kepada LCL INTERIORS L.L.C, DUBAI UAE sejak awal 2007 sebagai Site Supervisor yang berkaitan dengan Interior Design.

2) Pada 12 Januari 2009, Abu Bakar bin Razali mulai bercuti di Malaysia kerana melangsungkan perkahwinan pada 24 Januari 2009, dengan perbelanjaan penerbangan pulang ke Malaysia seperti kebiasaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

3) Pada 27 Januari 2009, beliau telah menghantar email kepada syarikat di Dubai bertanyakan tiket penerbangan pulang yang masih belum diperolehi. Setelah tiada respon dari pihak syarikat, beliau telah mengulangi email di atas perkara yang sama pada 28 Januari 2009.

4) Memandangkan tiada jawapan, beliau telah menghubungi pihak syarikat di Dubai dan mendapat jawapan CEO syarikat ( Charoonsak Leevutinun - warga Thailand ) sedang bercuti di Thailand dan tiada siapa yang berkuasa untuk meluluskan tiket penerbangan pulang Abu Bakar ke Dubai.

5) Pada 31 Januari 2009, Abu Bakar dengan perbelanjaan sendiri telah pulang ke Dubai bersama isteri ( Nurul Fahadha binti Hamim +971503074679 juga seorang pekerja syarikat yang sama ) bagi meneruskan kerja beliau sebagai Site Supervisor di syarikat tersebut.

6) Pada 2 Februari 2009, lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia, saya sebagai bapa kepada Abu Bakar telah menerima panggilan daripada Abu Bakar yang memberitahu beliau telah ditahan oleh pihak polis Dubai atas peristiwa berikut:

a - Sekembali dari Malaysia, Abu Bakar dipanggil oleh CEO syarikat yang memberitahu bahawa beliau ditamatkan perkhidmatan di Dubai atas alasan cuti beliau mulai 12 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009 tidak diluluskan dan dianggap telah tidak hadir bertugas secara berturut-turut melebihi 7 hari.

b - Abu Bakar bin Razali memohon pihak syarikat mengeluarkan surat akuan pemberhentian kerja tersebut tetapi tidak dilayan oleh CEO syarikat sebaliknya Abu Bakar diminta supaya menyerahkan passport dan dokumen peribadi kepada syarikat bagi tujuan pembatalan semua permit kerja dan yang berkaitan.

c - Memandangkan ketegasan Abu Bakar, pihak CEO telah merampas semua dokumen peribadi beliau dan melaporkan kepada pihak polis Dubai bahawa Abu Bakar disyaki terlibat di dalam satu kejadian kecurian dalam pejabat yang berlaku pada 24 Januari 2009 ( hari perkahwinan Abu Bakar di Malaysia ).

d - Sehingga email ini ditulis, Abu Bakar bin Razali masih berada di dalam tahanan pihak polis Dubai.

7) Sebagai rakyat Malaysia Negara Berdaulat, saya merayu kepada pihak Yang Mulia membantu anak saya Abu Bakar bin Razali yang saya yakini sepenuhnya tidak terlibat dalam sebarang jenayah samaada di Malaysia mahupun di Dubai.

8) Saya juga memohon nasihat dari pihak Yang Mulia apakah tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak saya bagi mempercepatkan proses pembebasan anak saya Abu Bakar bin Razali yang dianiaya sebegitu rupa oleh pihak syarikat tempat beliau bekerja.

Sekian, wassalam.

6 comments:

Johnny Ong said...

amat sedih membaca perkara macam ni terutama skali membabitkan syarikat malaysia

AIDA said...

Dengarnya bapa kepada Abu Bakar ni ketua polis Melaka. Harap keluarga mengambil tindakan saman kepada syarikat LCL.

Zawatil said...

Alhamdulillah..beliau sudah dibebaskan...Hanya Allah yang tahu siapa dipihak yg benar. Doa, tawakkal dan berserah pd Nya sahaja.

Maisarah said...

salam....saya salah seorang ahli keluarga mangsa yang telah dianiaya...
terima kasih kerana menjadi rakyat Malaysia yg prihatin....terima kasih atas doa kalian yg mendoakan abang sy....
terkejut juga pabila membaca blog ni...namun benar2 istilah "segala-gala di hujung jari anda" tidak bole disangkal....
perkara ini akan di bawa ke muka pengadilan...insya allah...doakan ye....semoga orang yg benar sentiasa mendapat perlindungan YANG maha Esa..insya allah...
jika ade perkara yg bole membantu kes ini, sila email sy ya...terima kasih yg amat di atas kesudian mendengar rintihan dari kami sekeluarga....
sama-sama lah kita menjadi rakyat Malaysia yang prihatin dan berjiwa MALAYSIA....TERIMA KASIH...

Princess in Fantasy said...

Salam..Harap2 shiding tabah dekat sane...x sangka perkara nie jadi, kita baru jer tau dari cousin shiding (muhd)..My Allah bless u.. terima dugaan dengan hati yang terbuka..Moga tuhan kembalikan dugaan yang lebih dasyat pada orang tersebut..kita doakan shiding n adha tabah hadapi dugaan hidup ni.. Insyallah, Allah sentiasa berpihak pada orang yang benar..Kita doakan supaya shiding bebas dari tuduhan tersebut.. Moga Allah melaknati orang yang telah melaknati shiding..Insyallah..

Nur Muhammad Nur Iskandar said...

shiding. kuatkan semangat tue. kepada kwn2 abu bakar d dubai tue. tlg2 lah dia. kita org d malaysia nie harap sgt dia d bebaskan.