Sunday, February 01, 2009

GMP demo depan Sogo - Hisham di Atlantis Dubai

Demo depan Sogo - Gambar dari blog Prof Abdullah Hassan.

Sewaktu demostrasi depan Sogo dan majlis pelancaran kempen Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Menteri Pelajaran berada di Dubai. Singgah dari umrah bersama rombongan gerombolan exco pemuda United Malays National Organisation. Apakah ini sebahagian dari lawatan sambil belajar sempena pemilihan gerombolan United Malays National Organisation Mac nanti?

Seorang kawan menelefon dari Atlantis Resort Palm Jumeirah (Pak Lah dan rombongan menginap di hotel lima bintang ini sewaktu lawatan ke Dubai baru-baru ini) yang beliau nampak Hishamudin masuk ke hotel tersebut.
Beliau tidak sempat mengejar Hishamudin tetapi sempat bercakap dengan Dato Pirdaus, exco Pertanian dan mantan imam masjid negara yang masuk United Malays National Organisation sebelum kalah dua kali bertanding melawan Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh.
Mahu juga saya bertemu dengan Hishamudin untuk memprotes PPSMI secara peribadi.

Baca - Big Mama kata ' I don't bloody care'.

Saya sempat juga bercakap dengan Pirdaus melalui telefon kawan saya itu. Pirdaus adalah senior isteri saya di Sekolah Agama Irsyad Pulau Pinang dan kami ada juga bertemu beliau sewaktu Pirdaus masih imam masjid negara. Terngiang-ngiang lagi alunan 'reformasi' dari mulut Pirdaus kali terakhir kami bertemu di Dewan FELDA untuk satu majlis perkahwinan.

Untuk baca lain-lain berita kempen Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), sila ke laman SifuPTS di mana ada satu artikel menarik Data-data Pencapaian Pendidikan Melayu 1958 - 2002.

2 comments:

rastom said...

Tak sangka saya Sheikh Pirdaus pun pandai melaung REFORMASI? Apa dia buat dalam United Malay National Organization tu?

rascal r us said...

Orang melayu tak sepatut takut belajar sains dan matematik dalam bahasa ingeris. Jangan lari dari cabaran baru. Anak-anak kita boleh berjaya apabila di cabar. Sampai bila kita nak duduk dalam tempurung yang kita sendiri bina?