Thursday, February 05, 2009

Apakah Yang Di Bualkan di Istana Perak


Memang suspen juga adegan drama politik negeri Perak yang masih masuk babak klimaks.

Apakah agaknya yang dibualkan oleh Sultan Perak dengan Najib. Dengan isu yang amat serius, yakni rompakan siang hari oleh penyamun tarbus United Malays National Organisation, untuk menculik pemerintahan negeri melalui pintu belakang yang tidak demokratik ini, mungkin ada perbualan santai.

Dengan kes pembunuhan Altantuya juga sudah masuk klimaks, maka strategi Najib ini berjaya menenggelamkan kata-kata Sirul bahawa dia sekadar kambing hitam pada sekumpulan penjenayah besar yang berada di luar mahkamah.

Sultan Perak adalah mantan ketua hakim negara dan seorang yang dihormati dengan ketegasan. Mungkinkah Sultan bertanya mengenai lompat-melompat. "Tiada bayaran apa-apa kah?"
Ketiga-tiga ADUN dari PR yang pernah berikrar depan Sultan juga mungkin berpeluh-peluh mahu kelihatan tiada siapa yang dirasuah untuk menggulingkan kerajaan negeri.

Semuga DYMM Sultan Perak membuat keputusan tepat, yakni memihak kepada Pakatan Rakyat, bukan penyamun yang menang judi dan mabuk dengan pembohongan serta khianat.

3 comments:

Pentilium5 said...

based on current scenario, it is very likely that DYMM Sultan Perak will allow BN to helm over the state.

Firdaus Omar said...

Janganlah kita mengharapkan kepada manusia. Gantungkanlah pengharapan kita bulat2 kepada Yang Maha Esa... Insya'Allah kita selamat.

Ini kerana nasib dan hayat manusia yang ingat dia berkuasa itupun bergantung sepenuhnya kepada Maha Pencipta.

Kita perlu berlapang dada dan Insya'Allah segala2nya ada hikmah di sebaliknya.

Yang penting terus berkerja dan jangan gundah gulana dan berputus asa. Takbir!!

I swear said...

It is also good that BN helm Perak for some time because I do not believe there will be excessive corruption, given so many eyes in DUN and power of WWW. At the same time this should teach PKR and DAP a lesson that intergrity of a person is very important. I have been asked many times the most important quality of a person and I have always answered intergrity. Looks like that the 1 UMNO man, 2 PKR men and 1 DAP woman really lacks intergrity.

But if I were UMNO and MCA, I would not admit these jokers. Better that these jokers stay as independent DUN. Also, if I were the Sultan of Perak (I am not), I would not even want to meet and speak to these jokers.

PR lost the political game in Perak and should gracefully accept defeat. While I believe new election is the best way forward, the Perak Sultan's decision on whether to dissolve the Perak DUN or not should be respected.