Sunday, January 11, 2009

Tun Mahathir Akui Khianati Bahasa Melayu - Malaysiakini

Tun Dr Mahathir telah menulis tentang, “Mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,” dalam blognya, chedet.com, pada 10 Ogos, 2008.

Tulisannya panjang juga, merangkumi 22 perenggan, bagi menjelaskan kenapa beliau memutuskan supaya sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Sangatlah penting beliau memperjelaskan dirinya kerana isu kebahasaan dan pendidikan ini bukan isu kecil, dan keputusan Tun Mahathir mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri adalah suatu keputusan yang membawa kesan sejarah yang buruk terhadap:

a. Kedudukan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu;

b. Pendidikan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah; dan

c. Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaran globalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral, kebebasan dan kapitalisme Barat.

Baca hentaman panjang Baha Zain di SINI.

9 comments:

kekwa66 said...

Contohilah masyarakat cina yg menentang habis2an pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana mereka tahu nak mantapkan pemahaman kedua2 subjek ni, jalan mudah ialah dengan menggunakan bahasa ibunda. itulah sebabnya matematik budak2 cina sentiasa top!! Nak kukuhkan bahasa Inggeris pulak, mereka cari guru tuisyen bahasa Inggeris, ini baru betul!

karulann said...

Hahahahahahahaha....... Minta maaf, tapi saya rasa ayat yg "Contohilah masyarakat cina yang menentang"... Fakta tu rasanya tak berapa betul... Matematik budak-budak cina bukan nya "top" pasal dorang belajar dalam bahasa cina, tapi pasal dorang tahu matematik tu penting and mereka "belajar"...

lastikmelayu said...

Salam,
Mereka yang menolak bahasa ibunda termasuk golongan ‘kufur nikmat’ dengan merujuk nas al-Quran surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Rum ayat 22 dan bahasa Melayu bukan saja alat komunikasi tetapi bahan penucapan budaya tinggi dan sendi tamadun bangsa Melayu dan Malaysia amnya untuk abad depan kelak.

Kembalilah ke alam Melayu kerana masyarakat Melayu itu bahasanya, agamanya dan bangsanya seperti terpahat dalam perlembagaan persekutuan dan alam roh dalam bahasa Quran kerana Sains dan ilmu alam hanya untuk dunia. AMIN, daripada HJ ZULKEFLEE

lastikmelayu said...

Salam,
Mereka yang menolak bahasa ibunda termasuk golongan ‘kufur nikmat’ dengan merujuk nas al-Quran surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Rum ayat 22 dan bahasa Melayu bukan saja alat komunikasi tetapi bahan penucapan budaya tinggi dan sendi tamadun bangsa Melayu dan Malaysia amnya untuk abad depan kelak.
Kembalilah ke alam Melayu bahawa Melayu itu Islam, bahasa dan bangsa dan alam roh dalam bahasa Quran kerana Sains dan ilmu alam hanya untuk dunia. HJ ZULKEFLEE

lastikmelayu said...

Salam,
Mereka yang menolak bahasa ibunda termasuk golongan ‘kufur nikmat’ dengan merujuk nas al-Quran surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Rum ayat 22 dan bahasa Melayu bukan saja alat komunikasi tetapi bahan penucapan budaya tinggi dan sendi tamadun bangsa Melayu dan Malaysia amnya untuk abad depan kelak.

Kembalilah ke alam Melayu itu rohnya Islam, bahasa dan bangsa. HJ ZULKEFLEE

Admin said...

Fikrkanlan ,bagaimana anak kita yg lembab tu.Nanti kita asyik dok fikir bila mereka besar jadi tukang sepak kertas sebab belajar tak kemana.

chetak yusup said...

Tun Dr.Mahathir perlu dihukum kerana beliau bahasa Melayu terpinggir dan lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris bila ditemu ramah kecuali bila nak kempen masa beliau menjadi ahli parlimen baru beliau bercakap bahasa melayu : Seha Osman