Wednesday, January 14, 2009

Satu Hari Ke Kuala Trengganu

Dalam demam pilihanraya kecil yang semakin sampai ke kemuncak, saya teringat salah satu perjalanan ke Kuala Trengganu pada suatu masa dahulu.

Sebaik pulang dari New Zealand (NZ) dan menganggur, saya mengambil keputusan untuk melihat tanahair yang lama di tinggalkan. Bersama seorang rakan baik, senior di NZ yang pulang awal, Zulkifli Noordin yang kini Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, kami mengambil keputusan untuk bercuti di pantai timur. Waktu itu Zulkifli rasanya sudah bertugas sebagai seorang peguam.

Kebetulan, ada sahabat seflet sewa kami di Kerinchi berkahwin di Cukai (rasanyalah, tidak berapa ingat) Trengganu.

Dengan menaiki bas ekspress dari Puduraya, kami ke Kuantan. Dari Kuantan naik bas ke Kemaman dan ada seorang sahabat Zulkifli, kontraktor besar Kemaman mengambil kami ke rumahnya.

Seterusnya kami ke rumah pengantin perempuan yang kebetulan pula ada kena mengena dengan seorang sahabat lain.

Kami menjadi penanggah, basuh pinggan dan oleh kerana tidak tahu mana nak pergi, kami bermalam di rumah pengantin perempuan.

Sebaik sarapan esoknya, kami mengambil keputusan untuk hitch-hike ke Kuala Trengganu. Saya sudah biasa hitch-hike di seluruh pulau utara New Zealand sewaktu menjadi pelajar. Mahu pula pengalaman hitch-hike di tanahair.

Setelah tidak lama berjalan kaki, ada sebuah van berhenti.

"Nak ke mana?"

"Boleh tumpang ke Kuala Trengganu?"

"Boleh, naiklah..!"

Lega rasanya kerana ada pakcik yang sudi mengambil kami.

Kemudian pakcik itu berhenti lagi dan bertanya mereka yang berada ditepi jalan.

"Nak ke mana?"

Kami berbisik, wau, baik betul pakcik ini. Semua orang ditanya kalau mahu tumpang!

Ada yang tidak menjawab dan seakan tidak suka ditanya oleh pakcik itu.

Kemudian ada yang naik dan makin penuh pulak van pakcik yang baik hati ini.

Begitulah ignorannya kami....rupa-rupanya pakcik itu adalah prebet sapu....dan sebaik tiba di KT, pakcik bertanya, mana nak 'stop'?

Kami pun berkata, 'Balai Polis!"

Pakcik terdiam. Kami memang mahu ke berek polis KT kerana ada kawan sekampung Zulkifli di situ.

"Kamu ini polis ke?"

He he he kami pun mengakulah...polis SB...pakcik tidak berani berhenti depan balai polis dan tidak minta bayaran seperti yang lain....begitupun, kami bayarlah mana yang patut...dengan diskaun.

5 comments:

manlaksam said...

Hahahaha....kelakar juga kisah mu nih. Mesti Pok Cik nyesal ambik mu.....SB tuuuuu.

......? said...

hahaha !! hebat juga sempat kornar baring dengan pakcik tuh...

hayati said...

Saya ni org Ganu. Mmg kat Ganu byk prebet sapu coz sistem pengankutan kat sini teruk giler. Kalau tak de kenderaan sendiri tpaksa menapak sendiri la

Anyway, cannntik idea tu coz sometime diaorang ni charge gile2 nye. Wa cayya luuu

NGINAP SRENGENGE said...

Biarkan demo cari makan.Demo bukan boleh duit royalti minyak.

Dulu kata pak deris yang kebas bersama kroninya.

Biarkan,biarkan.

catz_mafia said...

Fudzail,
Bestla idea tu.. Manalah tau kot2 tkena prebet sapu..