Thursday, January 29, 2009

Projek-Projek Di Dubai yang Dibatalkan/tangguhkan

Dikatakan secara minima, 50% projek hartanah di Dubai sama ada dibatalkan atau ditangguhkan. Tidak mengejutkan dalam krisis kewangan dan ekonomi dunia yang terus merudum.

Antara yang ditangguhkan ialah pembinaan menara yang melebih 1 km dan lebih tinggi dari Burj Dubai, iaitu bangunan tertinggi di dunia apabila siap sepenuhnya. Ketika ini ketinggian Burj Dubai dikatakan 800m.
Ada banyak juga syarikat pembinaan hartanah yang gulung tikar. Tidak kurang yang lesap bersama wang pendeposit. Banyak cerita sedih dan malang.
Maka gelembung (bubble) Dubai telah pecah dan yang terburai adalah mereka yang selama ini seakan main judi dengan beli jual beli jual. Ada yang tersangkut dengan hutang dan pinjaman bank.
Bank juga turut sama lingkup. Dua syarikat kewangan hartanah digabungkan dibawah bail-out kerajaan. Syarikat hartanah juga sudah memberhentikan ramai pekerja. Dikatakan jumlah yang dibuang sudah menghampiri 30 ribu orang dari pelbagai industri, terutama hartanah dan perbankan.
Keadaan masih belum menentu. Dengan persidangan Davos sama memberi isyarat krisis ekonomi berterusan, mungkin lebih banyak berita projek yang diberhentikan/tangguhkan/batalkan yang kita dengar.

2 comments:

AIDA said...

keciknye list.. xnampak

WY Kam 甘永元 said...

hi tehre,

i saw one of my friend's project on it, but last i checked (last week), it is still ongoing, but scaled down.

where did u base your list on?