Friday, January 23, 2009

Pertemuan dengan Pak Lah di Dubai

Gambar Pak Lah tidur di SINI

Aturcara asal sepatutnya bermula jam 6.30 petang. Kemudian ditunda secara rasmi ke jam 7 petang.
Seperti dijangka, Pak Lah tiba sejam kemudian. Satu perkara yang sudah menjadi sinonim dengan Pak Lah sebagai PM. Ramai yang seakan tahu dan datang lambat. Ketika jam 7 petang, hanya 2-3 meja yang dipenuhi.
Kalau penuh rasanya dalam 240 orang 'rakyat Malaysia' yang dijemput mengikut bilangan meja. Dewan tidak penuh sehingga habis majlis.
Tiba-tiba dalam menanti dan berbual, ada seorang mamat datang memperkenalkan diri kepada kami.
Katanya, "I'm a minister!"
Saya berkata, "Betul ke, tak kenal pun!"
Dia menjawab, "Ongkili...!"
"Maaf, kami tidak kenal ramai menteri...sudah tidak ikut perkembangan!"
Nampak dua tiga menteri masuk, terus menyusup ke satu meja...malas nak tegur, kecuali Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) yang nampak mesra dan bersalam dengan semua yang ada.
Kami sempat berdialog santai dengan TSMY yang tidak dalam rombongan tetapi terbang ke Dubai untuk bertemu Pak Lah. Mungkin ada perkara penting.
Kami berjenaka mengenai 'bakal PM Malaysia' dan dia menerima dengan baik. Katanya, "Sebelum di checkmatekan...!"
Saya berkata kepada TSMY, 'Dengar Tan Sri kata, UMNO tiada 'wow' lagi...salah tu, dalam UMNO ada wow, alif mim nun wow!"
Dia tersenyum, "UMNO ada alif ba ta sahaja...!"
Saya bertanya bila dia balik, katanya esok.
"Ada masa untuk berdialog?"
Dia kata dia akan datang balik ke Dubai dan boleh buat dialog.
Baca Menteri-Menteri UMNO yang SOMBONG di SINI

Lama juga menanti Pak Lah. Beratur sahaja dalam 20 minit. Saya sengaja berada paling depan. Sengaja dan seronok-seronok
Sebaik tiba, Pak Lah bersalaman.
Duta baru ke UAE memulakan ucapan.
Ucapan Pak Lah juga lemah seperti biasa. Berjenaka mengenai 'malam jumaat'.
Tersasul cakap yang 'Qatar adalah sebahagian dari Emirates'. Kemudian bercerita mengenai kejayaan ekonomi negara. Termasuk 'buy Malaysia'. Tidak begitu menarik dan tidak ingat apa lagi yang dicakapkannya dalam masa setengah jam begitu. Kerana jemu/boring, sempat pergi solat isha sekejap. Kalau ada majlis dialog dan Q&A bagus juga, malangnya hanya ucapan Pak Lah yang membuang masa sahaja....macam kita masih budak-budak sekolah.
Jam 9 malam baru boleh makan.
Kemudian hampir jam 11 baru Pak lah berjalan untuk bergambar dengan setiap yang hadir. Sempatlah bergambar. Tetapi ramai sangat UTK....begitupun jutaan terima kasih kepada konsul besar Malaysia yang sudi menjemput.

Gambar RUSDI di SINI

8 comments:

AJ said...

Salam brother. UMNO dah tak de WOW lagi. Sama macam pasukan bola sepak Malaysia sekarang....kena belasah 5 - 0 dengan UAE. Bukan macam zaman Allahyarham Mokhtar Dahari lagi. Silap-silap haribulan, bungkus.....

Z said...

perangai datang lewat PM ni sama mcm calon Timbalan Presiden UMNO dari melaka je..
Kalau janji mesti lewat paling tidak 1 jam. Adakala sampai 2 jam..
Langsung tak hormat org ramai yang terpaksa tunggu dia..

hanizar said...

dia tunggu seat penuh, baru muncul.

lan said...

sungguh tak respect orang lain orang2 yg selalu buat orang lain tunggu.. kita boleh tahu seseorang itu macam mana orang nya bila kita perhati cara dia mengurus masanya

F.A.Z.R.U.L.L.S said...

Ya.. patut di "booo" ja..
hmm apa pun itulah hari2 terakhir seorang pemimpin...

slyderrose said...

pak lah sempat lelap tak masa berucap?. Kesian pak lah tak ada karisma langsung. Sapalah pilih pak lah jadi TPM dan PM nie memang
tak tahu menilai..

slyderrose said...

pak lah sempat lelap tak masa berucap?. Kesian pak lah tak ada karisma langsung. Sapalah pilih pak lah jadi TPM dan PM nie memang
tak tahu menilai..

Zuhair Hasan said...

Salam.
Tu yg taknak datang tu...hehe..
Bila lak Ketua Pembangkang nak datang ni ye?
Mesti tak cukup seat plak kang...